Walaupun kebanyakan tumbuhan kelihatan seperti tidak berbahaya, namun sesetengah daripadanya mampu menghasilkan racung yang mampu membunuh.

Dari kematian Socrates disebabkan oleh  racun pokok hemlock sehinggalah kepada pengambilan secara tidak disengajakan oleh kanak-kanak, tumbuhan beracun telah bertanggungjawab terhadap kematian manusia sepanjang sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan antara 5 tumbuhan yang paling berbahaya dan mampu membunuh.

5. White Snakeroot (Ageratina altissima)

white snakeroot

Sejenis tumbuhan yang tidak berbahaya, snakeroot putih bertanggungjawab atas kematian ibu Presiden AS Abraham Lincoln, Nancy Hanks.

Snakeroot putih adalah herba Amerika Utara dengan bunga putih kecil dan mengandungi alkohol toksik yang dikenali sebagai trematol.

Tidak seperti orang-orang yang meninggal dunia akibat memakan tumbuhan maut secara langsung, Nancy Hanks mengalami kecarunan hanya dengan minum susu lembu yang memakan tumbuhan ini.

Daging dan susu dari ternakan yang makan tumbuhan beracun ini dapat melepaskan toksin kepada manusia melalui pemakanan.

Gejala "keracunan susu" tersebut termasuklah kehilangan selera makan, loya, kelemahan, ketidakselesaan perut, lidah reda, keasidan darah yang tidak normal, dan kematian.

Namun, para petani pada hari ini menyedari bahaya yang mengancam nyawa dan melakukan usaha menghapuskan tumbuhan dari padang rumput haiwan.

4. Castor bean (Ricinus communis)

pokok castor bean

Ditanam secara meluas sebagai hiasan, kacang kastor adalah tumbuhan yang menarik berasal dari Afrika.

Walaupun benih diproses adalah sumber minyak kastor, ia secara semulajadi mengandungi racun risin dan boleh membunuh dalam jumlah yang kecil.

Hanya 1 atau 2 biji sahaja mampu membunuh seorang kanak-kanak dan sehingga 8 biji untuk membunuh orang dewasa.

Risin berfungsi dengan menghalang sintesis protein dalam sel dan boleh menyebabkan muntah yang teruk, cirit-birit, sawan, dan juga kematian.

Racun ini digunakan pada tahun 1978 untuk membunuh Georgi Markov, seorang wartawan yang menentang kerajaan Bulgaria, dan telah digunakan terhadap beberapa ahli politik A.S dalam serangan keganasan.

Kebanyakan kematian adalah hasil daripada pengambilan tidak sengaja oleh kanak-kanak dan binatang peliharaan.

3. Rosary Pea (Abrus precatorius)

rosary pea

Juga dipanggil kacang jequirity, biji-bijian ini mengandungi abrin, sejenis protein yang sangat berbahaya.

Kacang rosario berasal dari kawasan tropika dan sering digunakan dalam perhiasan. Walaupun biji-bijinya tidak beracun jika masih dalam keadaan baik, namun benih yang tercalar, pecah, atau dikunyah boleh membunuh.

Hanya 3 mikrogram abrin diperlukan untuk membunuh orang dewasa dan jumlah ini adalah lebih rendah daripada jumlah racun dalam satu biji rosario.

Menurut sumber, ramai pembuat barang kemas jatuh sakit atau mati akibat menyentuh biji yang pecah ketika menghasilkan barang kemas.

Seperti ricin, abrin menghalang sintesis protein dalam sel dan boleh menyebabkan kegagalan organ dalam masa 4 hari.

2. Oleander (Nerium oleander)

oleander

Diceritakan oleh Pliny the Elder dalam Rom Purba, oleander adalah tumbuhan yang indah yang terkenal dengan bunga yang menarik.

Walaupun ia biasanya tumbuh sebagai tanaman pagar  dan hiasan, keseluruhan bahagian tumbuhan oleander ini boleh membunuh dan mengandungi glikosida jantung yang berbahaya yang dikenali sebagai oleandrin dan neriine.

Jika dimakan, oleander boleh menyebabkan muntah-muntah, cirit-birit, denyutan tidak menentu, sawan, koma, dan kematian. Menyentuh daun dan getah tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit bagi sesetengah orang.

Malah, toksin yang terkandung oleh oleander sangat kuat membuatkan orang yang makan madu dihasilkan oleh lebah yang hinggap pada tumbuhan ini jatuh sakit.

1. Tembakau (Nicotiana tabacum)

pokok tembakau

Tembakau adalah tumbuhan bukan makanan komersil yang paling banyak ditanam di dunia.

Keseluruhan bahagian tumbuhan ini, terutamanya daunnya, mengandungi alkaloid nikotin dan anabasin yang boleh membawa maut jika dimakan.

Walaupun dilabel sebagai racun jantung, nikotin dari tembakau digunakan secara meluas di seluruh dunia dan sangat ketagih serta psikoaktif.

Penggunaan tembakau menyebabkan lebih daripada 5 juta kematian setahun, menjadikannya tumbuhan paling berbahaya dan membunuh di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)