Pasti anda pernah diberitahu berkali-kali untuk tidak memakan sesetengah jenis makanan kerana ia tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan namun anda masih ingin mencubanya.

Mungkin makanan yang anda ingin cuba tersebut tidaklah begitu berbahaya dan hanya menyebabkan sakit yang sederhana. Namun, terdapat beberapa jenis makanan di dunia ini yang jika anda memakannya, ia mampu membuatkan anda sakit serta merta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, ada yang boleh membunuh dengan hanya satu hidangan. iluminasi.com kongsikan antara 6 makanan yang paling beracun dan berbahaya di seluruh dunia.

6. Badam pahit

badam pahit

Badam sebenarnya bukanlah sejenis kacang tetapi benih yang penuh dengan manfaat kesihatan dan ini adalah sesuatu yang kita semua tahu.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang lebih suka memilih badam pahit berbanding badam manis, kerana ia lebih diperkaya dengan rasa.

Tetapi adakah anda tahu bahawa badam pahit ini mengandungi sianida?

Ia sangat penting bagi badam ini untuk diproses supaya dapat mengeluarkan racunnya dan jika tidak, ia boleh menyebabkan kematian.

5. Buah Ackee Jamaica

buah ackee

Ackee adalah buah negara Jamaica dan juga salah satu makanan paling beracun di seluruh dunia. Ia boleh menawarkan rasa "punch" yang anda tidak pernah mahukan.

Ackee mengandungi racun yang dikenali sebagai hipogliscin yang membawa kepada muntah yang serius, masalah yang dikenali sebagai penyakit Muntah Jamaica.

Jika anda makan ackee sebelum ia masak, ia mungkin mampu menyebabkan kematian atau sekurang-kurangnya membuat anda menjadi koma.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi anda untuk hanya mengambil bahagian yang boleh dimakan pada buah ini, iaitu bahagian kuning yang ada di sekitar biji hitam. 

4. Cendawan liar

cendawan liar death cap

Ramai di antara kita yang sangat menggemari cendawan dan ia boleh menjadi sebahagian daripada diet seharian. Sekiranya anda mempunyai tabiat mengutip cendawan dan memasaknya, anda perlu lebih berhati-hati.

Cendawan liar tertentu seperti Death Cap sebenarnya boleh menyebabkan anda nyawa anda melayang. Cendawan ini boleh menyebabkan sakit perut, muntah, atau kerosakan pada jantung, hati, dan buah pinggang.

Sebelum memilih apa-apa dari alam semulajadi dan memakannya, anda tahu apa yang anda lakukan.

4. Hákarl

daging ikan jerung hakarl

Hákarl adalah sejenis daging ikan jerung yang sangat popular di Greenland. Apa yang tidak ada pada jerung ini adalah saluran kencing atau buah pinggang.

Ini bermakna bahan-bahan toksik dan bahan buangan hadir di tempat lain dalam ikan ini. Dan jika anda memakan ikan ini, ia mampu menyebabkan penyakit bawaan makanan.

Daging ikan ini hanya boleh dimakan jika ia disediakan dengan cara yang betul yang memerlukan penapaian, diikuti dengan menggantungnya sehingga enam bulan.

Jika anda tidak tahu cara yang betul untuk menyiapkannya, lebih baik elak daripada mencubanya.

3. Elderberry

elderberry

Elderberry dianggap sebagai mempunyai nilai perubatan yang hebat dan boleh merawat gejala selesema. Malah, ia dapat membantu menyembuhkan luka pada kulit jika disapu.

Buah dari pokok elderberry digunakan untuk membuat alkohol dan ia memberi rasa kepada makanan seperti sirap, pai dan jem.

Namun, anda perlu berhati-hati. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mencadangkan bahawa walaupun beri ungu dan biru boleh dimakan, beberapa spesies beri merah adalah toksik.

Pakar botani dan pakar perubatan mengatakan bahawa batang, daun, dan buah mentah yang tidak masak boleh menyebabkan rasa mual, muntah, dan juga cirit-birit.

2. Rhubarb

rhubarb

Rhubarb boleh digunakan untuk membuat puding atau pai yang lazat namun jika anda termakan bahagian yang salah, ia boleh menjadi makanan terakhir anda.

Daun tumbuhan ini mempunyai bahan kimia yang dinamakan oxalate. Sekiranya anda memakannya, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan juga menyebabkan kejang, kegagalan buah pinggang, dan mungkin menyebabkan kematian.

Batang rhubarb juga mempunyai bahan kimia ini, walaupun tidak dalam jumlah yang begitu tinggi.

1. Fugu

fugu

Fugu adalah makanan istimewa Jepun yang mana jika mana anda hanya boleh makan jika ingin menanggung risiko sendiri.

Juga dikenali sebagai ikan puffer, ia merupakan salah satu haiwan yang paling beracun di dunia. Chef atau tukang masak yang ditugaskan perlu menjalani latihan selama dua tahun sebelum dapat menyediakan hidangan ini, dan harus lulus ujian.

Kira-kira satu pertiga daripada permohonan tukang masak gagal. Sesetengah bahagian seperti ovari, usus dan hati ikan ini mempunyai sebatian kimia yang dikenali sebagai tetrodotoxin, iaitu 1,200 kali ganda lebih toksik berbanding sianida.

fugu sashimi

Toksik ini terkenal kerana rasa sensasi "semut-semut" pada bahagian bibir. Malah, ia dapat melumpuhkan otot seseorang dan menyebabkan sesak nafas walaupun dalam keadaan sedar.

Menurut UK Daily Mail, di antara 30 hingga 50 orang terbunuh setiap tahun disebabkan memakan Fugu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)