Aktiviti sukan All Terrain Vehicle (ATV) sebenarnya sudah lama bertapak di Malaysia. Walau bagaimanapun, aktiviti ini kurang popular mungkin disebabkan kosnya yang mahal selain tidak banyak lokasi atau trek ATV yang ada di Malaysia.
Bagi yang mempunyai keinginan untuk mencuba sukan lasak ini, kali ini pihak iluminasi ingin menyenaraikan beberapa lokasi atau trek ATV yang ada di Malaysia. Bagi maklumat lanjut seperti harga pakej, cara membuat tempahan dan sebagainya, sila layari pautan rasmi web lokasi tersebut yang disertakan.
BESARKAN TEKS A- A+
1. ATV Adventure Park, Kuala Lumpur
Lokasi ATV Adventure Park ini adalah di Kampung Kemensah. Kampung Kemensah sememangnya terkenal dengan trek untuk pelbagai aktiviti lasak antaranya motorcross, ATV dan trail running. Mengikut info daripada laman web rasmi ATV Adventure Park, terdapat 3 pakej yang ditawarkan bergantung kepada tahap kesukaran.
Harga bagi pakej-pakej yang ditawarkan adalah antara RM100 hingga RM300 setiap orang. Terdapat sebanyak 80 unit ATV yang boleh disewa. Sekiranya baru pertama kali bermain ATV dan datang bersama keluarga, bolehlah cuba pakej yang paling mudah. Satu pusingan trek bagi pakej beginner biasanya mengambil masa kira-kira 45 minit hingga 70 minit.
Laman web rasmi: ATV Adventure Park / Trip Advisor
2. ATV Tanjung Malim
Trek ATV Tanjung Malim ini terletak di Tanjung Malim. Perjalanan daripada Kuala Lumpur kesini mengambil masa selama 50 minit menggunakan lebuh raya PLUS. Lokasi ini hanya sesuai untuk kumpulan yang lebih kecil kerana hanya 9 buah ATV yang boleh disewa dan untuk setiap tempahan, minimum 3 orang peserta diperlukan.
Mengikut laman web ATV Tanjung Malim, terdapat 2 pakej yang ditawarkan dan satu pusingan mengambil masa 2.5 jam hingga 3.5 jam.
Laman web rasmi: ATV Tanjung Malim
3. Congkak ATV, Berjaya Hills
Trek Congkak ATV ini terletak di Berjaya Hills, kira-kira 1 jam setengah perjalanan daripada Kuala Lumpur. Terdapat beberapa laluan trek disediakan, sesuai untuk anda yang pertama kali bermain ATV mahupun yang sudah berpengalaman.
Buat masa ini, terdapat 32 buah ATV yang disediakan dan setiap sesi hanya melibatkan 20 orang maksimum. Bagi yang pertama kali bermain ATV, jangan risau kerana sesi pembelajaran juga akan diberikan. Had umur bagi melayakkan anda memandu ATV disini adalah 16 tahun.
Laman web rasmi: Congkak ATV
4. ATV Park Johor
Bagi anda yang tinggal di Johor Bahru dan kawasan sekitaranya, bolehlah merasai keseronokan bermain ATV di ATV Park Johor. Trek permainan ATV ini pula adalah di hutan rekreasi Universi Teknologi Malaysia (UTM). Terdapat beberapa trek laluan yang disediakan, sesuai buat pelbagai tahap dan kecekapan pemain.
Buat masa ini, tidak banyak info yang disediakan berkaitan harga, pakej dan panjang trek. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi no telefon yang tertera di halaman Facebook page ATV Park Johor.
5. ATV Nur Eco Resort
Selain tempat percutian, Nur Eco Resort juga menyediakan kemudahan permainan ATV. Lokasinya adalah di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam. Terdapat 5 pakej ATV yang disediakan antaranya Easy Ride, Explore Ride, Advance Ride, Extreme Ride.
Laman web rasmi: ATV Nur Eco Resort