Anda ada awek atau teman wanita?

Keseronokan mempunyai seorang wanita yang mengaku dia adalah seorang yang istimewa pada lelaki, merupakan satu perasaan indah yang ramai lelaki tak akan lupakan. Itupun andai teman wanitanya normal serta berkelakuan seperti manusia.

Bagaimana pula kalau teman wanita itu tidak mempunyai kelakuan normal? Adakah itu masih lagi petanda cinta atau hanya membuktikan cinta itu gila?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Wanita yang mempengaruhi teman lelakinya untuk membunuh diri

michelle carter conrad roy bunuh diri

MIchelle Carter adalah seorang wanita berumur 18 tahun yang dahagakan perhatian. Walaupun mempunyai seorang teman lelaki bernama Conrad Roy yang menyayangi dirinya sepenuh hati, bagi MIchelle itu saja tidak cukup. Dia mahu merasai perhatian yang diberikan kepada seorang wanita yang terpaksa melalui kematian orang tersayang.

Bagi memenuhi impiannya itu, MIchelle memujuk Conrad supaya membunuh diri melalui mesej-mesej yang dihantar melalui telefon. Conrad, pelajar cemerlang yang mempunyai masalah depresi menyangkakan permintaan Michelle perlu dipenuhi sebagai bukti cinta jarak jauh mereka, membunuh diri dengan mengurung dirinya dalam trak dengan asap dari ekzos disalurkan ke dalam kabin trak.

Pihak polis berjaya mengenalpasti pengaruh Michelle dalam insiden tersebut, melalui mesej-mesej yang dihantar. Pada bulan Ogos 2017, Michelle didapati bersalah menyebabkan Conrad membunuh diri dan dijatuhkan penjara 2 tahun 3 bulan.

2. Cacah tubuh teman lelaki dengan nama sendiri

dominique fisher tatu badan teman lelaki

Dominique Fisher, seorang wanita yang tinggal di Lancashire, Blackburn menjalinkan hubungan satu malam dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya selama dua hari. Selepas tidur bersama, lelaki tersebut Wayne Robinson cukup terkejut melihat nama Dominique dicacah pada bahagian badannya tanpa kerelaan beliau.

Insiden itu berlaku selepas mereka berdua pulang ke rumah Dominique dalam keadaan mabuk dan khayal dengan pil serta dadah. Berlaku hubungan seks di antara mereka berdua tanpa mereka menyedari perkara itu berlaku. Selepas selesai, Dominique dengan menggunakan pisau, menoreh badan Wayne dengan namanya di dua bahagian dan logo bintang di satu bahagian. Wayne yang terjaga, merasakan darah mengalir daripada badannya dengan Dominique nyenyak di sisinya.

Dalam perbicaraan, Dominique mengakui yang Wayne meminta dia mencacah badan Wayne dengan namanya, selepas Wayne berminat hendak mendapatkan tatu pada tubuhnya. Dominique yang bekerja sebagai seorang juru tatu pun menunaikan impian Wayne. Wayne bernasib baik luka tersebut tidak dalam, namun parut kekal bertulis 'Dominique' akan terus ada bagi mengingatkan dirinya tentang kejadian itu. Dominique berjaya mengelak hukuman penjara dan hanya diberikan hukuman kerja khidmat sosial selama 2 tahun.

3. Suami ada penyakit kronik ketagih internet. Isteri ada ubatnya.

ketagihan internet isteri potong tangan

Jiang Ming adalah seorang suami kepada He Ling. Pasangan ini tinggal di wilayah Chengdu di China dan mereka baru saja mendapat cahaya mata pertama. He Ling yang kepenatan menjaga anak meminta suaminya mengurangkan tabiat beliau terlalu asyik dengan internet sehinggakan jarang berada di rumah, dengan Jiang Ming berjanji akan mengubah sikapnya. Bagaimanapun, tabiat Jiang Ming itu sudah menjadi satu ketagihan sehinggakan dia gagal dan kembali semula pada sikap lamanya, membuatkan He Ling marah suaminya gagal menunaikan janji.

Sedang melayari internet di salah sebuah kafe internet berdekatan rumah mereka, Jiang Ming yang leka tiba-tiba menyedari kursor tetikus yang digunakan tidak bergerak. Sejenak kemudian barulah dia menyedari tangannya masih lagi memegang tetikus, yang sudah bercerai daripada pergelangan tangan.

Dengan menggunakan pisau, rupanya He Ling telah menetak tangan suaminya bagi mengelakkan dia terus ketagihan internet. Dalam perbicaraan, Jiang Ming mengaku tindakan isterinya itu berlaku kerana dia gagal menjalankan tanggungjawabnya, sebagai suami dan bapa. Jiang Ming memohon agar hukuman yang lebih ringan dikenakan ke atas isterinya.

4. Bunuh teman lelaki kerana media sosial

laquand jones bunuh teman lelaki kerana instagram

Michael Williams, seorang lelaki berusia 24 tahun adalah seorang pengguna Instagram tegar. Pada satu hari, dia secara bergurau mahu menyertai salah satu acara trending dalam Instagram yang digelarkan 'Woman Crush Wednesday'; yang memerlukan mana-mana pengguna Instagram memuatnaik gambar individu yang mereka sebenarnya sukakan dalam diam.

Perkara itu tidak disenangi oleh teman wanitanya yang bernama Laquanda Jones. Laquanda, yang mempunyai masalah berat badan merasakan tindakan teman lelakinya itu sesuatu yang memalukan dirinya. Berang dengan tindakan Michael, Laquanda menyerang Michael dengan pisau sehingga mengakibatkan kematian Michael, dalam apartmen yang mereka kongsi bersama-sama.

Michael mati dengan telefon beliau masih lagi dalam tangan sementara Laquanda, yang menyedari apa yang telah berlaku, dijumpai dalam tab mandi dan menyerahkan diri untuk ditangkap ketika pihak polis tiba ditempat kejadian. Michael didapati memuat naik gambar seorang wanita cantik bukan warganegara Amerika Syarikat yang dikenali oleh Michael.

5. Tidak sanggup ditinggalkan, wanita Russia ini 'bom' alat sulit teman lelakinya

wanita russia letupkan zakar teman lelaki dengan mercun

Seorang wanita Russia yang hanya dikenali sebagai Kira V. telah bercinta dengan seorang lelaki bernama Alik D. selama 2 tahun tinggal bersama. Hubungan cinta yang telah bertaut sekian lama membuatkan Kira merasakan Alik adalah lelaki yang bakal menjadi putera dalam hidupnya, lalu mula memohon agar Alik mengambilnya menjadi isteri.

Namun, bagi Alik yang pernah melalui alam perkahwinan serta mempunyai anak dengan bekas pasangannya, dia enggan untuk berkahwin. Permintaan Kira terpaksa ditolak Alik yang merasakan jika perlu berkahwin, lebih baik dia kembali berbaik dengan bekas isterinya. Ini membuatkan Alik terpaksa berpindah keluar daripada rumah yang mereka kongsi kerana hubungan mereka sudah berakhir.

Demi meraikan hubungan mereka selama ini, Kira memujuk Alik untuk sama-sama menghabiskan satu malam bersama, sebagai kenang-kenangan mereka berdua dengan makan malam romantik diaturkan Kira. Mabuk akibat pengambilan alkohol yang terlalu banyak, Alik tidak sedarkan diri dan Kira mengambil peluang itu dengan mengikat mercun pada zakar Alik lalu menyalakannya.

Alik dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi atas kecederaan yang ditanggung akibat perbuatan kejam Kira itu, sementara Kira dihukum penjara atas perbuatannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)