Public Display of Affection (PDA) boleh diistilahkan sebagai sebuah perlakuan fizikal menunjukkan keintiman bersama pasangan di hadapan orang ramai. Walau bagaimanapaun, tahap penerimaan perlakuan intim yang dipertonton itu selalunya dipengaruhi oleh sesuatu budaya, agama dan konteks perlakuan itu sendiri.

Banyak kajian menunjukkan perlakuan keintiman secara fizikal ini biasanya dikaitkan dengan hasil positif dalam hubungan romantis sesuatu pasangan itu. Antara bentuk perlakuan fizikal ini termasuklah memegang tangan, pelukan, ciuman dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perasaan "insecure" dalam perhubungan

bercinta di media sosial

Secara umumnya, PDA adalah tindakan semulajadi orang yang sedang hangat bercinta dengan pasangan masing-masing. Ianya menunjukkan anda berasa selesa dan selamat dalam perhubungan dengan pasangan masing-masing. Walau bagaimanapun, cara anda mengawal perasaan itu akan menentukan tahap PDA anda.

Namun, PDA juga boleh terjadi apabila seseorang individu itu berasa tidak yakin (insecure) mengenai hubungannya dengan pasangan. Contohnya, apabila seseorang individu itu berasa cemburu melihat hubungan pasangan orang lain, dia mungkin mempamerkan PDA untuk menunjukkan pada pasangannya secara senyap bahawa "kita pun romantik macam mereka kan?".

Tahap penerimaan yang berbeza

suka tayang kebahagiaan di media sosial

Penerimaan sesuatu masyarakat terhadap perlakuan keintiman secara fizikal antara pasangan ini kebiasaannya dipengaruhi oleh pelbagai budaya tempatan, kepercayaan agama dan konteks perlakuan tersebut itu sendiri.

Sebagai contoh, di negara-negara Barat, perlakuan ciuman antara pasangan lelaki dan perempuan di tempat awam dianggap sebagai perkara biasa dan boleh diterima masyarakat setempat. Begitu juga pelukan antara pasangan lelaki dan perempuan. Ia dianggap sebagai suatu kebiasaan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mencium atau memeluk pasangan anda di khalayak ramai di Malaysia, anda pastinya akan dikecam. Hal ini disebabkan kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan budaya ketimuran yang sangat menjaga batas-batas pergaulan.

Selain itu, penerimaan perlakuan keintiman secara fizikal juga turut dipengaruhi oleh kepercayaan agama. Sebagai contoh, perbuatan mencium dan memeluk antara pasangan suami dan isteri adalah dibenarkan dalam agama Islam. Walau bagaimanapun, ia mestilah dilakukan secara tertutup dan bukan dipamerkan di khalayak ramai.

Hal ini disebabkan agama Islam amat menjaga privasi dan kehormatan kaum wanita. Perlakuan menunjukkan keintiman secara fizikal di khalayak ramai ini secara tidak langsung akan menimbulkan fitnah terhadap pasangan itu sendiri. Dalam Islam, perlakuan intim hanya dibenarkan di kawasan tertutup dan privasi sahaja.

Dalam majlis persandingan ketika majlis perkahwinan pula, bagi orang Islam mereka biasanya hanya akan memegang tangan pasangan dan mencium dahi pasangan sahaja. Ini berlainan dengan agama lain dimana adalah menjadi kebiasaan pasangan pengantin tersebut akan mengucup bibir pasangan dan memeluk pasangan masing-masing.

Get a room!

pda

Terdapat banyak tahap perbuatan intim dan ianya boleh dikategorikan kepada 7 jenis antaranya memegang tangan, pelukan, urutan, mengusap/membelai badan, ciuman pada muka/dagu, pelukan dan ciuman di bibir.

Di negara Barat seperti Amerika Syarikat, ayat "Get a room!" biasanya akan digunakan oleh orang ramai terhadap pasangan yang menunjukkan perlakuan intim secara melampau-lampau di tempat awam. Hal ini disebabkan mereka menganggap pasangan tersebut melakukannya secara melampau (biasanya ciuman/pelukan) sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain yang melihatnya.

Public Display of Affection (PDA) di media sosial

public display of affection facebook 693

Sejak dahulu, ekspresi perasaan sayang antara lelaki dan perempuan bukan hanya terhad pada perlakuan fizikal tetapi juga secara penulisan surat, panggilan telefon dan bertemu antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan banyak lagi menyebabkan sesetengah pasangan mula mempamerkan keintiman dan kasih-sayang bersama pasangan di media sosial. Bukan sahaja golongan dewasa, tetapi golongan kanak-kanak yang digelar "golongan WeChat" juga gemar berkongsi perkara yang dianggap romantik tetapi bila dibaca atau lihat akan menimbulkan rasa "geli".

PDA di media sosial dapat dilihat apabila sesebuah pasangan itu mula berkongsi status, gambar, video dan sebagainya bagi menunjukkan keintiman mereka. Tidak kurang juga yang gemar berkongsi screenshot perbualan dengan pasangan yang mungkin tidak sesuai untuk tatapan umum.

Adakah PDA sesuatu yang salah? Sama sekali tidak, namun haruslah berpada-pada. Jika anda perasan, PDA ini biasanya dilakukan oleh pasangan yang belum lagi berkahwin atau baru sahaja berkahwin.

Bagi pasangan yang sudah lama kahwin, mereka biasanya kurang memaparkan keintiman dengan pasangan, lebih berahsia dan hanya berkongsi kepada umum sekadar yang perlu sahaja. Bagi mereka, privasi dan rahsia bersama pasangan adalah terhad untuk mereka sahaja bukannya untuk pengetahuan dan tatapan umum.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Medium
  3. ThoughtCo
  4. Live Strong



Hakcipta iluminasi.com (2017)