Komputer adalah antara salah satu peranti atau alat yang paling penting dalam dunia teknologi masa kini. Jika dahulu hanya syarikat-syarikat besar sahaja yang menggunakan khidmat komputer, namun kini ia telah menjadi satu keperluan bagi setiap orang.

Segala kerja menjadi lebih mudah, pantas dan efisyen dengan penggunaan komputer. Disebabkan persaingan oleh syarikat komputer gergasi yang pesat membangun, harga komputer menjadi semakin murah dengan prestasi yang sangat menakjubkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

k computer

Namun, sehebat manakah prestasi sesuatu komputer yang boleh didapati di pasaran sekarang ini, jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil superkomputer? 

iluminasi.com ingin berkongsi 5 superkomputer yang paling dasyat di atas muka bumi ketika ini.

Nota : Kebanyakan komputer yang biasa digunakan oleh umum mempunyai antara 4 hingga 16 teras pemprosesan.

5. Sequioa

sequioa

Negara : Amerika Syarikat

Dibina oleh : IBM

Teras Pemproses : 1.573 juta

RAM : 1688 Terabyte

Superkomputer ke-5 terhebat di dunia jatuh kepada Sequoia yang dihasilkan oleh syarikat IBM. Ia disiapkan pada tahun 2011 dan digunakan oleh Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL) yang terletak di California, Amerika Syarikat bermula Jun 2012.

sequioa 2

Sequoia mampu menjana kelajuan pengiraan selaju 17.17 petaflops yang dihasilkan oleh 1.573 juta teras pemproses. Selain itu, ia juga sangat efisyen dari segi penggunaan tenaga iaitu 2177 megaflops bagi setiap watt.

4. Titan

titan

Negara : Amerika Syarikat

Dibina oleh : Cray

Teras Pemproses : 299,008

RAM : 762.6 Terabyte

Di tempat ke-4 adalah superkomputer Titan yang merupakan hasil kerja syarikat Cray. Ia dipasangkan di Oak Ridge National Laboratory yang terletak di Tennessee, Amerika Syarikat dan digunakan dalam pelbagai projek sains. Ia merupakan penaiktarafan kepada superkomputer sebelum ini iaitu Jaguar. 

titan 2

Titan yang menelan belanja sebanyak RM415 juta ini mempunyai 299,008 teras pemprosesan yang mampu menjana kelajuan 17.59 petaFLOPS.

3. Piz Daint

piz daint

Negara : Switzerland

Dibina oleh : Cray

Teras Pemprosesan : 206,720

RAM : 557 Terabyte

Piz Daint merupakan superkomputer yang dibina oleh Cray dan terletak di Swiss National Supercomputing Centre. Ia mendapat namanya bersempena gunung Piz Daint yang terletak di Swiss Alps.

Pada penghujung tahun 2016, ia berada di tangga ke-8 namun Piz Daint telah melalui satu perubahan apabila ia digabungankan bersama superkomputer Piz Dora Cray XC40, yang membuatkan ia mampu menjana kelajuan 25 petaflops dan melonjak ke tangga ke-3. Ia juga merupakan superkomputer paling hebat di Eropah.

piz daint 2

Sejauh mana kehebatan superkomputer ini? Pengiraan atau kerja yang mampu dilakukan oleh Piz Daint selama sehari melebihi kerja yang mampu dilakukan oleh komputer riba selama 900 tahun. Hebat tak?

2. Tianhe-2

tianhe 2

Negara : China

Dibina oleh : National University of Defense Technology, China

Teras Pemprosesan : 3,120,000

RAM : 1511 Terabyte

Tempat ke-2 bagi senarai superkomputer terhebat di atas muka bumi ini terletak di National Supercomputer Center di Guangzhou, China. Superkomputer ini dibina oleh 1,300 orang saintis dan juruteraa dari National University of Defense Technology (NUDT) China. Tiahen-2 menungguli carta superkomputer terhebat di dunia 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2015 sebelum dipintas oleh Sunway TaihuLight. 

tianhe 2 2

tianhe 2 3

Dengan kos RM1.7 billion, Tianhe-2 dilengkapi dengan 3,120,000 teras pemprosesan yang mampu menjana kelajuan 33.86-petaflop. Pada tahun 2015, Universiti Sun Yat-sen dengan kerjasama pentadbiran Guangzhou ingin menaiktaraf kapasiti superkomputer ini namun gagal apabila kerajaan Amerika Syarikat menolak permohonan lesen oleh Intel untuk mengeskport perkakasan komputer ke China.

1. TaihuLight

taihulight

Negara : China

Dibina oleh : National Research Center of Parallel Computer Engineering & Technology, China

Teras Pemprosesan : 10,649,600

RAM : 1511 Terabyte

Sebagai respon terhadap sekatan oleh Amerika Syarikat ke atas China untuk mengimport perkasan komputer, maka terhasilah Sunway TaihuLight pada tahun 2016, sebagai superkomputer paling hebat di atas muka bumi. Apa yang lebih menarik, perkakasan yang digunakan termasuklah pemproses superkomputer adalah 100% barangan tempatan, daripada syarikat komputer China, Sunway.

taihulight 3

sunway 1

Menggunakan 100% barangan tempatan, kos membina TaihuLight adalah lebih rendah daripada Tianhe-2 iaitu sebanyak RM1.17 billion. TaihuLight yang dipasangkan di National Supercomputer Center, Jiangsu, China dilengkapi dengan 10,649,600 teras pemprosesan. Dengan perkakasan sebanyak dan sehebat ini, ia mampu menjana kelajuan 3 kali ganda kelajuan Tianhe-2 yang berada di tangga ke-2 senarai ini iaitu dengan kelajuan 93 petaflops.

Betapa laju kelajuan 93 petaflops ini? Kemampuan untuk melakukan pengiraan oleh TaihuLight selama 1 minit adalah bersamaan dengan 7.2 billion populasi dunia membuat pengiraan menggunaan kalkulator selama 32 tahun. Tak dapat dibayangkan!

TaihuLight digunakan dalam pelbagai kajian seperti perubahan iklim global, sains bahan, asal alam semesta dan banyak lagi. Lebih hebat, ia merupakan superkomputer paling efisyen dalam penggunaan tenaga elektrik. 

Rujukan :

1. BBC

2. Wikipedia

3. Extreme Tech

4. CSCS




Hakcipta iluminasi.com (2017)