Jika ada senarai laptop paling mahal di dunia, pasti ada senarai laptop gaming paling power di dunia. Terlalu banyak laptop yang hebat di pasaran ketika ini dan antara penentu kepada sesuatu laptop itu menjadi idaman semua gamers termasuk lah pemproses, grafik, RAM dan saiz skrin.

iluminasi.com ingin kongsikan kepada anda antara 8 laptop gaming yang paling power khas untuk gamer-gamer di luar sana.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Asus ROG Zephyrus GX501

asus rog zephyrus gx501 laptop gaming paling power 3

Harga : RM15,999CPU: Intel Core i7 Grafik: Nvidia GeForce GTX 1080 (8GB GDDR5X VRAM) RAM: 16GB Skrin: 15.6 inci FHD (1920 x 1080)Storage: 512GB

asus rog zephyrus gx501 laptop gaming paling power

asus rog zephyrus gx501 laptop gaming paling power 2

Asus Zephyrus GX501 menggabungkan bentuk yang nipis dengan prestasi komputer gaming yang memberikan pengalaman yang berbeza dari yang lain.

Walaupun ia mempunyai kelemahan dari segi ketahanan bateri dan tidak ergonomik namun komputer riba ini tetap menjadi pilihan.

Jika bunyi bising merupakan benda yang paling anda tak tahan, komputer ini sesuai untuk anda kerana ia sangat begitu lancar sehinggakan tidak mengeluarkan bunyi.

2. Razer Blade

razor blade laptop gaming paling power 2

Harga: RM8,500CPU: 2.6GHz Intel Core i7-6700HQGraphics: Nvidia GeForce GTX 1060 (6GB GDDR5 VRAM)RAM: 16GB Skrin: 14 inci FHD (1920 x 1080) / QHD+ (3200 x 1800)Storage: 256GB – 1TB PCIe SSD 

Bagi Razer Blade, anda mungkin tak dapat untuk menambahkan cakera keras namun ia dibina untuk stamina dan paparan berkualiti tinggi.

razor blade laptop gaming paling power

Selain daripada mempunyai hayat bateri selama 7.5 jam, ia mampu mengendalikan permainan video sehingga ke paparan 4K Ultra dengan bantuan kotak grafix luaran Razer Core V2.

Kekurangan pada komputer ini adalah kipasnya berputar dengan kuat disebabkan beban penggunaan dan pilihan menaiktaraf yang terhad.

3. Asus ROG Strix GL502

asus rog strix gl502 laptop gaming paling power 2

Harga: RM6,999CPU: Intel Core i7 Grafik: Nvidia GeForce GTX 1060 - 1070RAM: 16GB DDR4Skrin: 15.6 inci FHD 1,920 x 1,080 Storage: 128GB - 256GB SSD, 1TB HDD 

asus rog strix gl502 laptop gaming paling power

asus rog strix gl502 laptop gaming paling power 3

Asus Strix GL502 mungkin tidak mempunyai reka bentuk yang begitu menarik, namun ia tak dapat disangkal sebagai antara yang terbaik untuk permainan video berdefinisi 1080p.

Ia memberikan pengalaman yang sangat menakjubkan bagi permainan dengan definisi tinggi penuh 1080p. Kekurangan pada laptop ini adalah jangka hayat yang tidak begitu lama.

4. Alienware 13 R3

alienware 13 r3 laptop gaming paling power 2

Harga: RM6,499CPU: Intel Core i5 – i7 Grafik: Nvidia GeForce GTX 1060 RAM: 8GB – 16GB DDR4 Skri: 13.3 inci HD 1,366 x 768 / QHD 2,560 x 1440 OLED touchscreenStorage: 180GB – 512GB SSD

alienware 13 r3 laptop gaming paling power

Tak seperti laptop sama saiz dengannya, Alienware 13 R3 mempunyai rekabentuk yang sangat menarik. Dengan meletakkan pengeluar haba di bahagian belakang skrin ia memberikan rangka komputer ini lebih nipis iaitu senipis 2 sentimeter.

alienware 13 r3 laptop gaming paling power 1

alienware 13 r3 laptop gaming paling power 3

Bukan sahaja ia dilengkapi dengan grafik Nvidia GeForce GTX 1060, malah paparan OLED nya yang membuatkan komputer ini pilihan terbaik. Untuk pengetahuan anda, Alienware 13 adalah komputer gaming OLED pertama di dunia.

Namun, hayat bateri Alienware 13 R3 juga agak pendek.

5. Razer Blade Pro

razer blade pro laptop gaming paling power 3

Harga; RM17,685CPU: Intel Core i7 Grafik: Nvidia GeForce GTX 1060 (6GB GDDR5) / 1080 (8GB GDDR5X) RAM: 16 – 32GB Skrin: 17.3 inci, FHD (1920 x 1080) 120Hz / UHD (3840 x 2160)Storage: 512GB – 2TB PCIe SSD

razer blade pro laptop gaming paling power 2

Akhirnya Razer telah mengeluarkan komputer yang mampu menggantikan PC yang anda boleh bawa ke mana-mana sahaja. Dengan ketebalan 2.2 sentimeter dan paparan 17 inci 1080p, Razer Blade Pro juga memperkenalkan suis mekanikal yang pertama di dunia.

Kelebihan laptop ini adalah trackpad nya terletak di bahagian tepi memudahkan penggunaan. Namun harganya agak tinggi dengan jangka hayat bateri hanya 5 jam.

6. Gigabyte SabrePro 15

gigabyte sabrepro 15 laptop gaming paling power 4

Harga: RM6,500CPU: Intel Core i7 Grafik: Nvidia GeForce GTX 1060 Skrin: 15.6-inch FHD (1920 x 1080) IPSStorage: 1TB HDD, 256GB SSD

gigabyte sabrepro 15 laptop gaming paling power

Walaupun dengan harga yang tidak begitu mahal, Gigabyte SabrePro 15 mampu memberikan cabaran kepada laptop gaming yang lain. Dengan harga sebegini anda tak akan dapat laptop dengan prestasi sebegini.

Ia dilengkapi dengan papan kekunci yang sangat menarik iaitu RGB dan Microsoft Precision Touchpad. Kekurangan bagi SabrePro 15 adalah paparan dan pembesar suara yang tidak begitu memuaskan.

7. Alienware 17 R4

alienware 17 r4 laptop gaming paling power 1

Harga:RM10,200CPU: Intel Core i7Grafik: Nvidia GeForce GTX 1050 Ti (2GB GDDR5) / GTX 1080 (8GB GDDR5X) RAM: 8GB – 32GB Skrin: 17.3 inci, FHD (1920 x 1080) / UHD (3840 x 2,60) IPSStorage: 128GB SSD, 1TB HDD – 2TB SSD, 1TB HDD

alienware 17 r4 laptop gaming paling power 4

Secara jujurnya, Alienware adalah jenama yang tidak setanding dengan harganya. Namun, semua itu telah berubah dengan keluaran model Alienware 17 R4 yang dilengkapi dengan yang mempunyai begitu banyak pilihan spesifikasi berbeza.

Dari segi spesifikasi, Alienware 17 R4 sangatlah menakjubkan namun ia mempunyai kipas penyejuk yang agak bising dan jangka hayat bateri yang mengecewakan, tak setanding dengan spesifikasinya.

8. Acer Predator 21X

acer predator 21x laptop gaming paling power 3

Harga: RM39,999CPU: 2.90 GHz Intel Core i7-7820HK (quad-core, 8MB cache, sehingga 3.90GHz)Grafik: Nvidia GeForce GTX 1050 Ti (2GB GDDR5) / GTX 1080 (8GB GDDR5X)  RAM: 64GB DDR4 (2400Hz)Skrin: 21-inci 2000R skrin lengkung (2560x1080)Storage: 1TB HDD (SATA 3), 1TB SSD (2 x PCIe 512GB RAID 0)

acer predator 21x laptop gaming paling power 1

Percaya atau tidak, Acer Predator 21X adalah laptop gaming paling tak masuk akal yang pernah dikeluarkan. Dengan hanya melihat pada reka bentuknya sahaja anda sudah ternganga seperti ia sebuah komputer dari planet lain.

Apa yang paling menyerlah pada laptop ini selain daripada rekabentuknya adalah ia mempunyai skrin lengkung bersaiz 21 inci yang pasti membuatkan anda puas bermain permainan video.

Tak cukup dengan itu, paparannya adalah yang paling hebat dalam kategorinya kerana dilengkapi dengan 2 kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080. Teringin nak beli? Mungkin anda tak mampu, kerana Predator 21X merupakan yang komputer gaming paling mahal di dunia dengan harga RM40,000. Ya, harganya lebih mahal daripada Perodua Axia!

acer predator 21x laptop gaming paling power 2

acer predator 21x laptop gaming paling power 0

Kerana terlalu hebat prestasinya, ia dilengkapi dengan 5 kipas dan 9 paip haba bagi mengendalikan penghasilan haba serta memerlukan dua bekalan kuasa. Namun apa yang kurang pada laptop ini adalah ia dikatakan tidak praktikal kerana terlalu besar dan terlalu mahal.

Malah, dengan seberat 8.8 kilogram, anda mungkin tak perlu lagi ke gym.

Rujukan:

1. Cnet

2. Tech Radar [1] [2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)