Kita semua tahu sungai terpanjang di negara kita adalah Sungai Rajang, yang terletak di Sarawak.

Sungai sepanjang 563 km itu mengalir bermula daripada Pergunungan Iran yang terletak di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, melalui Kapit sebelum berakhir di Laut China Selatan. Walaupun angka 563 km dilihat panjang bagi negara kita, sekiranya dibandingkan dengan sungai-sungai terpanjang dunia, Sungai Rajang jauh lebih kerdil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda lima sungai terpanjang di dunia? Berikut adalah lima sungai terpanjang di dunia yang telah ditemui dan disahkan setakat ini.

5. Sungai Yenisei-Angara-Selenge-Ider

sungai terpanjang dunia amazon nil

Merentasi sempadan dua buah negara, gabungan empat buah sungai ini iaitu Sungai Yenisei, Sungai Angara yang merentasi kawasan Siberia, Sungai Selenge dan Sungai Ider mempunyai panjang sejauh 5,539 km jaraknya.

Mengikut peratusan, empat sungai yang bersambung ini, 97% daripadanya terletak di Russia dengan hanya 2.9% panjangnya berada dalam negara Mongolia. Jalinan sungai ini adalah sumber air terbesar yang mengalir ke lautan Artik.

4. Sungai Mississippi-Missouri-Jefferson

sungai terpanjang dunia

Merentasi 31 buah negeri dalam Amerika Syarikat serta dua negeri dalam Kanada, ketiga-tiga buah sungai layak untuk diambil sebagai satu jalinan yang panjang berikutan titik pertemuan ketiga-tiga sungai. Sungai Missouri bertemu dengan Sungai Mississippi di bandar St.Louis. Sementara Sungai Missouri pula bertemu dengan Sungai Jefferson di pekan Montana.

Pada mulanya, jalinan sungai ini dijadikan sempadan pembahagian wilayah sebelum kawasan-kawasan ini disatukan dan sungai-sungai ini mula menjadi salah satu elemen paling penting sistem pengangkutan yang membolehkan perkembangan bandar-bandar di Amerika Syarikat. Gabungan tiga sungai ini mempunyai jarak sejauh 6,275 km.

3. Sungai Yangtze

sungai yangtze sungai terpanjang dunia

Sungai Yangtze mencatatkan rekod menjadi satu-satunya antara sungai terpanjang di dunia yang hanya mengalir dalam satu negara sahaja. Terkenal sebagai sungai terpanjang Asia, kawasan pinggir sungainya menjadi penempatan ramai populasi masyarakat China. Sungai Yangtze mempunyai panjang sejauh 6,300 km.

Ketika ini, Sungai Yangtze turut menempatkan beberapa pusat aktiviti China, dengan projek empangan air untuk jana kuasa hidroelektrik terbesar dunia iaitu Empangan Three Gorges yang terletak berdekatan dengan pekan Sandouping, Huabei. Malangnya, pembinaan empangan tersebut menimbulkan beberapa masalah pada kondisi Sungai Yangtze berikutan hakisan dan masalah mendapan yang timbul, sehingga menyebabkan bencana banjir mula menimpa kawasan-kawasan sekitar Sungai Yangtze.

2. Sungai Nil-Kagera

sungai nil sungai terpanjang dunia

Turut sama dianggap sebagai sungai terpanjang di dunia, berikutan perbezaan cara pengiraan serta pendapat pelbagai pihak - jalinan Sungai Nil-Sungai Kagera mempunyai panjang sejauh 6,853 km keseluruhannya. Airnya mengalir melalui 11 buah negara di Afrika; Tanzania, Uganda, Rwanda, Burundi, Congo-Kinshasa, Kenya, Ethiopia, Eritrea, Sudan Selatan, Sudan dan Mesir.

Menjadi pusat tamadun orang Mesir sejak dahulu lagi, pembukaan empangan pada tahun 1970 mengubah tahap kesuburan tanah di sepanjang sungai, menyebabkan perubahan besar pada aktiviti pertanian terpaksa dilakukan. Sungai Kagera yang terletak di Burundi melimpah masuk ke Tasik Victoria, tasik terbesar benua Afrika.

1. Sungai Amazon

sungai amazon sungai terpanjang dunia

Sungai terpanjang di dunia berdasarkan panjangnya yang mencecah 6,992 km, Sungai Amazon menyumbangkan 20% sumber air ke laut di seluruh dunia, serta sumber pengeluaran air terbesar di dunia. Merentasi tiga buah negara yang terletak di Amerika Selatan iaitu Brazil, Colombia dan Peru - Sungai Amazon menjadi asas pembukaan beberapa bandar besar masyarakat zaman dahulu.

Pada mulanya, pengkaji tidak menemui sumber asal air Sungai Amazon, meletakkannya di tempat kedua lebih pendek berbanding Sungai Nil tetapi penemuan sumber air Sungai Nil yang datang daripada Gunung Nevado Mismi, yang terletak dalam banjaran Andes pada tahun 2014 memanjangkan panjang Sungai Amazon, menjadikannya sungai terpanjang di dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)