Pekerja yang bermasalah bukan sahaja menjengkelkan malah mereka juga boleh menjadi beban kewangan kepada sesuatu perniagaan atau syarikat.
Menurut kajian oleh Pusat Kepimpinan Kreatif (CCL), pekerja seperti ini boleh menyebabkan sesebuah syarikat atau organisasi kerugian RM32,000 sehari disebabkan oleh merosakkan amanah, mengurangkan output dan inovasi dan menurukan motivasi serta perpaduan kumpulan kerja.
BESARKAN TEKS A- A+
Untuk menentukan sama ada anda seorang pekerja yang bermasalah atau tidak, anda perlu melihat tingkah laku anda. Dalam kajian yang diterbitkan baru ini, CCL meminta sampel 214 orang pemimpin syarikat di seluruh dunia untuk mencirikan masalah pekerja.
Dan jawapan yang berada di tangga teratas adalah prestasi kerja yang lemah, diikuti dengan ketidakupayaan untuk bekerja dengan baik dalam kumpulan dan tidak bertindak balas terhadap apa yang diajar.
iluminasi.com kongsikan 5 tingkah laku pekerja bermasalah yang paling lazim dan bagaimana ia berlaku ketika di tempat kerja.
1. Prestasi kerja teruk
Pekerja yang berprestasi rendah menghasilkan kerja di bawah paras yang gagal memenuhi jangkaan majikan, yang bermaksud para pekerja lain terpaksa melakukan kerja bagi pihaknya.
214 pemimpin syarikat yang mengambil bahagian dalam kajian ini menggambarkan individu seperti ini dengan menggunakan frasa seperti "mengalami kesukaran bekerja" dan "gagal menyampaikan apa yang dijangkakan".
2. Tak mampu bekerja dengan baik dalam kumpulan atau dengan orang lain
Cuba anda tanya diri sendiri bagaimana rakan-rakan anda memperlakukan anda di tempat kerja. Jika mereka mengelak daripada anda, anda mungkin memmpunyai tingkahlaku yang bermasalah ini.
Para responden kajian ini mengenal pasti pekerja jenis ini sebagai orang yang tidak disukai oleh orang lain dan mereka ini sukar untuk membentuk hubungan positif dengan rakan sekerja.
3. Tidak responsif terhadap tunjuk ajar
Pekerja seperti ini enggan mendengar dan menerima maklum balas. Mereka seperti kalis daripada apa-apa yang diajar atau kritikan dan gagal melakukan peningkatan yang disyorkan oleh majikan mereka.
4. Sukar untuk melakukan perubahan
Perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana organisasi dan ia adalah satu elemen penting untuk pertumbuhan peribadi dan profesional.
Tetapi jika anda tidak mempunyai sifat keterbukaan terhadap perubahan, sama ada itu hanya menentang atau penolakan secara langsung sama sekali, anda berkemungkinan besar seorang pekerja yang bermasalah.
5. Tidak mempunyai rasa tanggungjawab
Ini adalah antara sikap yang paling teruk di antara kesemua yang tersenarai. Pekerja bermasalah gagal berulang kali dalam mengambil tanggungjawab ke atas tindakan mereka sendiri.
Mereka lebih cenderung untuk menyalahkan mereka di sekeliling disebabkan hasil kerja yang teruk. Dengan ini, mereka berasa agak selesa walaupun berada dalam situasi bermasalah.
Cara untuk mengatasi sikap pekerja bermasalah
Menurut CCL, anda tak perlu risau sekiranya memiliki beberapa ciri pekerja bermasalah dalam tingkah laku anda sendiri. Kesedaran diri adalah langkah penting yang pertama untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah sikap.
Malah, peningkatan diri adalah satu proses yang berterusan. Anda boleh mengambil beberapa langkah segera untuk menghapuskan tingkah laku buruk ini.
CCL mencadangkan mereka yang mempunyai masalah ini untuk memperuntukan sedikit masa setiap hari untuk melakukan penilaian sendiri terhadap kelakuan dan bagaimana ia mempengaruhi orang lain.
Organisasi ini menyarankan agar anda mendapatkan maklum balas dari rakan sekerja yang dipercayai atau dari penyelia.
Dengan melakukan penilaian seperti ini, ia akan membantu anda untuk lebih memahami bagaimana orang lain berhadapan dengan anda, sama ada salah atau betul dan baik atau buruk.
Rujukan:
1. CNBC