kos penerbitan drama paling mahal di dunia

Game Of Thrones Dan Mak Cun

Walaupun siri atau rancangan TV kelihatan tidak begitu sukar untuk dihasilkan seperti filem-filem terutamanya filem aksi, namun ia masih boleh menelan kos yang tersangat tinggi.

Dan disebabkan ini, kemungkinan untuk tidak mendapat sambutan hangat membuatkan kru penerbitan tak senang duduk.

Kos-kos bagi penerbitan siri TV biasanya menelan kos tinggi disebabkan oleh lokasi penggambaran, bayaran pelakon popular yang mahal dan ramai serta penghasilan kostum yang rumit.

iluminasi.com kongsikan 5 siri atau rancangan televisyen yang paling mahal pernah dihasilkan dalam sejarah.

5. Lost - RM16.5 juta setiap episod

lost

Penarafan Rotten Tomatoes: 89%

Siri ini memulakan trend semula pada awal tahun 2000 ke arah plot sci-fi yang mengingatkan Buck Rogers dan Space 1999 bercampur dengan Twilight Zone.

Siri ini menghasilkan 121 episod atau enam musim. Ia begitu popular sehingga memberikan inspirasi kepada kumpulan baru dengan tema yang serupa termasuklah Flashforward dan The Event.

Pada musim pertama sahaja, Lost mendapat purata 15.69 juta penonton bagi setiap episod. Para pengkritik juga sering menyenaraikan siri ini di antara sepuluh siri TV teratas sepanjang zaman.

Membuat semula pesawat yang terhempas dan mengangkutnya ke Hawaii di mana rakaman siri TV dilakukan serta menggunakan khidmat pelakon yang ramai sudah tentu menjadikan siri ini antara yang termahal di dunia. 

4. Deadwood - RM18.6 juta setiap episod

deadwood

Penarafan Rotten Tomatoes: 95%

Deadwood mempunyai tiga musim yang berjaya dan diiktiraf sejak Mac 2004 hingga Ogos 2006. Plot-plot siri ini membawa kita kembali ke Wilayah Dakota pada abad kesembilan belas dan menggabungkan tokoh-tokoh fiksyen dan sejarah seperti Seth Bullock, Wild Bill Hickok dan Calamity Jane.

Siri ini menggunakan set rakaman yang sangat mahal dan jumlah pelakon yang ramai, menyumbang kepada kos yang tinggi.

Walaupun mendapat rating yang agak baik, bos-bos studio memutuskan untuk mengakhiri siri itu dan merancang untuk menghasilkan filem dengan dua bahagian.

Namun, projek filem ini tidak pernah diteruskan. 

3. Game of Thrones - RM24.8 juta setiap episod

game of thrones

Penarafan Rotten Tomatoes: 94%

Dengan pelakon seramai 275 orang, set abad pertengahan, persenjataan dan kostum yang rumit serta lokasi penggambaran pan-Eropah, seperti di Croatia, Ireland dan Malta, Game of Thrones dengan mudah tersenarai sebagai siri TV ketiga paling mahal pernah dihasilkan.

Rancangan ini diilihamkan berdasarkan trilogi fantasi George R.R. Martin dan ia telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia membuatkan HBO memperbaharuinya kepada musim keenam.

2. Rome - RM37.2 juta setiap episod

rome

Penarafan Rotten Tomatoes: 87%

Kisah Lucius Vorenus dan Titus Pullo diceritakan dengan menjadikan Empayar Rom sebagai latar belakang. Set besar-besaran, pakaian yang rumit dan penggunaan CGI yang meluas menjadikan Rome sebagai rancangan TV kedua paling mahal yang pernah dihasilkan.

Selama dua musim (2005 dan 2007), Rome menyajikan kita dengan kehidupan terperinci, politik dan cabaran untuk bertahan hidup ketika zaman Rom.

Rancangan ini telah mendapat penarafan yang besar, yang membuatkan kru penerbitan berbincang mengenai versi filem pada tahun 2008. Ramai peminat yang masih menunggu kebangkitan Rome sekali lagi. 

1. Friends - RM40 juta setiap episod

friends

Penarafan Rotten Tomatoes: 78%

Dan siri TV paling mahal pernah dihasilkan dalam sejarah manusia tak lain tak bukan adalah sitkom Friends. Siri ini memaparkan kisah lucu kehidupan 6 sekawan iaitu Monica, Rachel, Phoebe, Joey, Chandler dan Ross.

Ia mempunyai 10 musim dari September 1994 hingga Mei 2004. Friends menjadi satu kejayaan komersial yang dahsyat dan ikon budaya pada zamannya.

Satu set studio ringkas yang ditukar-tukar daripada kedai kopi kepada bilik-bilik watak-watak dan kadang kala adegan-adegan lain kelihatan tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding sitkom-sitkom yang lain.

Namun, setelah siri ini menjadi semakin popular dan pelakon-pelakonnya semakin mendapat perhatian, mereka menuntut bayaran yang lebih tinggi. Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry dan David Schwimmer mula menjadi kawan rapat di dunia luar.

Bermula dari musim ketiga, mereka bersetuju untuk merundingkan skala gaji kolektif dengan studio, memastikan setiap daripada mereka mendapat bayaran yang sama.

Bermula dengan RM310,000 bagi setiap episod, skala itu melonjak RM4 juta bagi setiap pelakon untuk setiap episod pada musim akhir. Mereka juga memenangi royalti untuk tayangan semula Friends. 

Berapa kos penerbitan drama di Malaysia?

Di Malaysia, kita tidak lebih menggunakan konsep drama seperti drama TV3 dan sebagainya. Namun, ia juga diklasifikasikan sebagai siri TV.

Antara siri TV paling popular di Malaysia termasuklah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Mak Cun, Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) dan banyak lagi.

mak cun mokcun erma fatimah

Akan tetapi, sudah tentunya kos penghasilan dan penerbitan siri TV di Malaysia jauh lebih rendah berbanding antarabangsa disebabkan faktor-faktor seperti bayaran pelakon yang lebih rendah, set penggambaran yang tidak begitu mahal dan juga keadaan ekonomi semasa.

Berikut adalah purata kos penerbitan di Malaysia:

TahunBilangan JudulKos PenerbitanPurata
2013222RM115 Juta+- RM510,000
2014165RM71 Juta+- RM430,000
2015119RM54 Juta+- RM453,000
2016115RM66 Juta+- RM573,000
2017115RM66 Juta+- RM573,000
201895RM55 Juta+- RM578,000
sumber kos penerbitan drama dari finas

Kos purata tertinggi adalah pada tahun 2018 iaitu RM578,000 untuk setiap episod. Dan jika dibandingkan, siri TV Friends menelan kos 70 kali ganda berbanding nilai ini. 

Malah, kos satu episod Friends sahaja sudah menghampiri kos penerbitan drama TV Malaysia untuk seluruh tahun 2018. Dahsyat kan?


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)