ronald mcdonald protes

Kita semua pasti ada perkara yang kita nak protes tetapi kita mahu protes kita itu mempunyai tujuan yang baik serta kaedah yang tidak memalukan. Namun bagi 5 kes protes ini, sudah la tidak jelas apa yang mereka perjuangankan malahan kesemuanya hanya memalukan diri sendiri, terutamanya golongan feminis wanita. Entah kenapa terlalu ramai wanita barat kurang mempunyai rasa malu apabila mereka berada dalam keadaan hendak menunjukkan perasaan. Berikut adalah 5 tunjuk perasaan yang paling memalukan diri sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Tak mahu mengambil ujian Bahasa Inggeris

rotes peperiksaan inggeris perancis

Lebih 13,000 pelajar di seluruh Perancis menandatangani petisyen untuk memansuhkan bahagian Bahasa Inggeris dalam peperiksaan baccalauréat atau bac, sejenis peperiksaan wajib selepas pelajar menamatkan pengajian peringkat sekolah tinggi.

Ujian bac ini diperlukan sebagai syarat wajib untuk pelajar memasuki pengajian peringkat tertiari di Perancis. Pelajar sesi 2016 mengadu yang seksyen ujian Bahasa Inggeris mereka yang mengambil petikan dari novel The Museum of Extraordinary Things karya Alice Hoffman terlalu sukar difahami.Walaupun petisyen tersebut mendapat sokongan ramai, ramai pelajar yang menduduki peperiksaan sama menganggap petisyen itu memalukan serta memalukan generasi muda Perancis. Latar belakang tunjuk perasaan ini berlaku kerana dalam satu kaji selidik, Perancis dinobatkan sebagai negara paling teruk penguasaan Bahasa Inggeris mereka jika dibandingkan dengan negara Eropah lain.(rujukan)

2. Apa saja protes berkaitan Facebook setakat ini

rotes

Semenjak mula memperkenalkan perubahan demi perubahan pada rekaan antara muka Facebook dan sistemnya, pasti akan berlaku bangkangan-bangkangan yang mendesak Facebook supaya tidak mengganggu apa yang sudah lama di guna pakai selama ini.

Pada tahun 2006, apabila Facebook melancarkan News Feed, beratus ribu pengguna Facebook membantah tindakan itu dengan sebuah kumpulan pengguna Facebook (ironi) yang menggelarkan diri mereka "Students Against Facebook News Feed" mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Pada 2011, pengguna Facebook sekali lagi membuat bantahan terhadap beberapa penambahan baru pada Facebook. Kami pasti perkara ini tidak akan berakhir. (rujukan)

3. Wanita Argentina protes hak untuk berbogel...dengan berbogel

wanita protes dengan berbogel

Berpuluh orang wanita yang tidak berbaju, diiringi oleh beratus orang yang berpakaian lengkap, melakukan protes di Buenos Aires, selepas pihak polis menghalau beberapa orang wanita yang sedang berbogel di pantai. Tindakan wanita itu walaupun tidak menyalahi undang-undang Argentina, dianggap tidak sopan.

Pihak yang menyertai tunjuk perasaan mengatakan yang hak wanita untuk berjemur di pantai tanpa baju sepatutnya sama dengan lelaki. Protes itu berlangsung dengan aman dan penunjuk-penunjuk perasaan berjaya melakukan bantahan, dengan dikelilingi ribuan lelaki yang tanpa segan silu mengambil gambar mereka membantah. (rujukan)

4. Dunkin Donuts diboikot kerana selendang

rachel ray selendang muslim

Rachel Ray, pengacara dan tukang masak terkenal diminta untuk menjadi duta kepada jenama Dunkin Donuts dalam satu iklan. Mungkin kerana mahu memperagakan sesuatu yang unik, Rachel memakai satu selendang yang sangat mirip dengan selendang yang dipakai oleh lelaki Muslim dalam iklan tersebut.

Penonton yang terlebih sensitif mula mengkritik tindakan Rachel Ray memakai selendang tersebut dan meminta pihak Dunkin Donuts bertanggungjawab kerana "menyebarkan simbol jihad warga Palestine" melalui iklan mereka. Orang ramai yang memprotes meminta Dunkin Donuts menarik semula iklan tersebut bagi mengelak berlakunya sebarang salah faham. (rujukan)

5. Feminis radikal menunjuk perasaan dengan...

kencing digambar presiden ukraine

Kami nak tulis benda ni pun malu. Selepas Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych mengenakan larangan yang mengawal penunjuk perasaan pro- Kesatuan Eropah pada 2013, satu kumpulan feminis yang bersifat radikal yang menamakan diri mereka FEMEN melakukan bantahan di hadapan kedutaan Ukraine di Paris, Perancis.Apa yang menjadi persoalannya adalah cara mereka menunjuk perasaan. Setelah tiba di depan bangunan kedutaan Ukraine, lima orang daripada mereka menanggalkan baju lalu menampakkan buah dada yang berconteng dengan mesej buruk terhadap Ukraine. Kemudiannya, setiap seorang membuang air kecil pada gambar Presiden yang telah siap mereka cetak sebagai simbol bantahan mereka.

Tindakan mereka itu direkodkan dan disiarkan untuk tontonan masyarakat dunia dan jika anda nak saksikan sendiri, kami rasa tak susah untuk anda dapatkan videonya. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)