Industri pertanian adalah antara industri yang sering terlepas pandang oleh ramai orang. Walaupun ada yang menceburkan diri, tetapi tak ramai yang berminat dalam industri ini lebih-lebih lagi golongan belia masa kini.

Namun, industri ini merupakan industri yang menjanjikan pulangan yang sangat berbaloi. Buktinya, ramai yang sudah menjadi jutawan daripada industri ini. iluminasi.com kongsikan 5 petani paling kaya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Blairo Maggi

blairo maggi

Blairo Maggi sememangnya mempunyai darah perniagaan pertanian, disebabkan beliau anak kepada Andre Maggi, orang yang bertanggungjawab mengasaskan Andre Maggi Group yang merupakan pengeluar kacang soya persendirian terbesar di dunia.

Jualan oleh syarikat ini pada tahun 2012 sahaja dilaporkan hampir RM12 billion yang membuatkan Blairo Maggi mendapat tembat dalam senarai manusia terkaya di dunia dalam majalah Forbes.

Syarikat yang mempunyai kepentingan dalam baja, tenaga, pengekstrakan getah dan pengangkutan ini diterajui oleh isteri Andre, namun Blairo memegang lebih daripada 16% saham syarikat.

blairo maggi dan ladangnya

Pada tahun 2002, Blairo dilantik sebagai gabenor Mato Grosso di Brazil, yang mana merupakan "syurga" pengeluaran kacang soya. Kini, beliau merupakan senator Mato Grosso, dalam usaha melobi untuk pasaran pampasan karbon bagi mencegah para petani daripada memotong pokok di hutan.

4. Harry Stine

harry stine

Siapa sangka, dengan kekayaan RM14 billion, manusia terkaya di Iowa, Amerika Syarikat merupakan seorang petani. Harry Stine merupakan penggerak syarikat Stine Seed, sebuah syarikat genetik yang sangat berjaya. 

Seperti kebanyakan petain yang lain, Harry membesar di sebuah ladang dan mula perniagaan pembiakan benih pada tahun 1960-an. Disebabkan Harry mengalami disleksia dan autisma, beliau sangat menggemari matematik dan data. 

harry stine orang terkaya di iowa

Kini, syarikat beliau adalah syarikat benih persendirian terbesar di dunia dan menghasilkan beberapa benih kacang soya yang paling kuat secara genetik.

3. Liu Yonghao

liu yonghao petani kedua terkaya di china

Di antara populasi China yang mencecah 1.379 bilion orang, Liu Yonghao merupakan antara manusia terkaya di negara itu.

Kekayaan beliau dianggarkan oleh Forbes bernilai kira-kira 16 billion, yang mana permulaannya berpunca daripada ladang ayam dan burung puyuh yang diusahakan bersama saudaranya.

Liu Yonghao memulakan kariernya sebagai seorang guru di sekolah teknikal.

Namun beliau membuat keputusan pada tahun 1982 untuk memiliki perniagaan sendiri, bersamsa-sama 3 adik beradik lelaki beliau. Tak mempunyai modal, keempat-empat adik beradik ini menjual jam dan basikal mereka.

new hope group ditubuhkan oleh liu yonghao

Dengan itu, mereka berjaya memperolehi hampir RM500 sebagai modal. Ia digunakan untuk membeli dan menternak ayam dan burung puyuh yang mana kemudiannya dijualkan kepada petani-petani luar bandar wilayah Sichuan.

Bermula daripada itu perniagaan mereka berkembang dengan memulakan rangkaian jualan untuk makanan haiwan.

Syarikat mereka, Hope Group, merupakan antara rangkaian terbesar bekalan makanan haiwan terbesar di China pada tahun 1992.

4 tahun kemudian, keempat-empat saudara ini membawa haluan masing-masing, dengan Liu menamakan syarikatnya sebagai New Hope Group.

Kini, syarikat beliau merupakan antara syarikat pertanian terbesar di China. Beliau juga mempelbagaikan perniagaannya kepada hartanah dan industri kimia. Liu juga pernah menjadi naib presiden lembaga China Minsheng Bank.

2. Stewart dan Lynda Resnick

stewart dan lynda resnick

Stewart dan Lynda Resnick , merupakan petani kedua terkaya di dunia dengan anggaran kekayaan RM16.35 billion. Kekayaan ini diperolehi daripada penanaman badam dan pistachio di atas tanah sebesar 64,000 ekar di California.

Sejak mula, mereka telah melaburkan wang kepada teknlogi sebanyak RM389 juta bagi menghasilkan pistachio tahan kemarau dan menyesuaikan diri dengan kemarau yang berpanjangan di California.

Selepas berkahwin, Stewart memulakan perniagaan mereka pada hujung tahun 1970-an dengan melaburkan wang ke ladang di California.

Wilayah ini terkenal dengan gurun dan cuaca yang kering, namun dengan kesungguhan, pasangan ini berjaya menukarkan gurun kepada empayar makanan ringan.

ladang stewart dan lynda resnick di california

Kini, produk daripada syarikat yang diberi nama Wonderful Company dibeli oleh hampir separuh penduduk Amerika Syarikat. Antara produk lain mereka adalah oren mandarin, air Fiji dan POM Wonderful.

1. Liu Yongxing

liu yongxing

Liu Yongxing merupakan abang kepada Liu Yonghao, yang berada di tempat ketiga senarai ini. Dengan anggaran kekayaan sebanyak RM25.7 billion, Liu Yongxing merupakan petani paling kaya di atas muka bumi. 

Selepas membawa haluan masing-masing pada tahun 1990-an, beliau menubuhkan East Hope Group.

Keempat-empat adik beradik Liu menubuhkan syarikat pertanian sendiri, dengan Liu Yongxing dan Liu Yonghao dinamakan sebagai antara manusia terkaya di dunia oleh Forbes.

liu yongxing dan anaknya shawn liu

Syarikat beliau beroperasi dalam bidang pertanian, hartanah dan industri berat. Fokus utama syarikat ini dalam bidang pertanian adalah mengeluarkan makanan haiwan dengan lebih daripada 100 produk.

Rujukan:

1. Success Story

2. Long Reads

3. Luxatic




Hakcipta iluminasi.com (2017)