iluminasi perogol bersiri5 820

Kes rogol banyak berlaku di negara namun selepas masuk ke abad 21, kurang sedikit kedengaran kewujudan perogol-perogol bersiri yang kerap terkenal dan menjadi igauan masyarakat, khasnya wanita.

Pernahkah anda tahu dan dengar beberapa kes perogol terkenal yang menakutkan satu Malaysia? Berikut adalah 5 kes rogol bersiri paling banyak diperkatakan orang satu masa dulu.

1. Lee Chow Meng

iluminasi perogol bersiri8

Berwajah tampan dan mempunyai ketinggian lebih 6 kaki, Chow Meng mampu membuatkan gadis-gadis berasa teruja melihatnya namun selepas putus cinta dengan seorang gadis Tionghua dari Kota Bharu, Chow Meng membalas dendam dengan menjadikan gadis-gadis seiras bekas teman wanitanya sebagai mangsa rogol. Dia akan membuat temujanji lalu memasukkan dadah ke dalam minuman mangsa sebelum merogol dan membunuh semua mangsanya. Chow Meng ditangkap pada 28 Ogos 1997, menjadi suspek kepada kehilangan 5 orang wanita namun hanya satu kes berjaya dibuktikan lalu dijatuhkan penjara 15 tahun. Beliau sempat menderita dalam penjara selama 4 tahun sebelum meninggal pada 30 Mac 2001, akibat radang paru-paru.

2. Selva Kumar

iluminasi perogol bersiri6

Berasal dari Perak, Selva mempunyai keluarga yang berlatar belakang pendidikan tinggi dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada tahun 1980 namun dia mula menjadi-jadi dengan melakukan serangan seksual kepada lebih 1000 wanita di sana sebelum ditangkap pada 1992 atas beberapa belas pertuduhan melibatkan rogol, serangan seksual dan peras ugut. Mangsa paling muda Selva adalah seorang gadis berusia 13 tahun dan dia mengumpan wanita-wanita tersebut dengan menyamar menjadi ejen pencarian bakat. Selepas 24 tahun dipenjarakan, Selva pulang ke Malaysia pada 7 Februari 2017 untuk meneruskan hidup beliau.

3. Ismail Hassan @ Mail Kerbau

iluminasi perogol bersiri7

Banyak kisah-kisah kehebatan kekuatan seksualiti Mail Kerbau tersebar. Dikatakan mempunyai daya nafsu luar biasa, Mail Kerbau pernah ditangkap merogol selepas dibebaskan dari penjara. Dilaporkan memberitahu mahkamah tujuan dia merogol kerana "saya tidak tahan melihat paha gebu, dada yang membukit, dan gelek ponggong yang tergedik-gedik" membuatkan nama Mail Kerbau menjadi igauan ngeri masyarakat kita satu masa dulu. DItangkap selepas merogol dua gadis di Sungai Petani bersama lima kawannya, dia dibebaskan atas kekurangan bukti untuk pendakwaan namun diberkas semula selepas dibebaskan di bawah Akta Kecemasan atas arahan Menteri Dalam Negeri.

4. Perogol Bersiri Gadis Kota Bharu

iluminasi perogol bersiri

Seorang lelaki 29 tahun yang tidak diketahui namanya berjaya diberkas selepas lebih 2 tahun bebas merogol gadis-gadis di sekitar Kelantan. Perogol tersebut ditahan ketika sedang cuba merogol di sebuah asrama pekerja wanita. Modus operandi beliau adalah dengan mengganggu mangsa yang berseorangan dengan pisau lalu mangsa diikat sebelum dirogol. Gadis yang bernama Fina dan hampir menjadi mangsa ke 20 berkata lelaki itu berpura-pura mencari seseorang bernama Yati walaupun pada ketika itu, mangsa sudahpun diikat dengan wayar seterika.

5. Soleh

iluminasi perogol bersiri23

Dengan menggunakan laman sosial WeChat, Facebook dan Instagram, lelaki berumur 19 tahun yang hanya dikenali sebagai Soleh, akan mengumpan mangsa berjumpa dengannya. Selepas berjumpa, mangsa akan dicekik oleh Soleh dan dipukul, sebelum dirogol. Selesai memuaskan nafsu, Soleh akan memadam semua maklumat dalam telefon milik mangsa bagi melindungi dirinya. Selepas enam bulan diburu pihak polis, Soleh akhirnya tewas ditangkap ketika sedang melakukan jenayah rogol dalam sebuah kereta. Dia mengaku terlibat dengan 10 kes rogol lain di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah. Selepas ditangkap, Soleh mengaku salah seorang mangsanya adalah seorang pelajar sekolah.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)