Pembunuh bersiri biasanya datang daripada kalangan mereka yang mempunyai kehidupan yang bermasalah, tidak waras dan juga mempunyai sasaran masing-masing. Ada yng melakukannya kerana nafsu dan ada juga kerana wang.
Namun kita sebagai masyrakat yang waras haruslah lebih peka agar dapat membanteras jenayah seperti ini. Syukur Malaysia masih selamat, jenayah kejam seperti jarang berlaku di negara kita.
Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 pembunuh bersiri paling kejam pada abad ke-20.
5. Gary Ridgway - Jumlah mangsa : 70
Gary Ridgway dari Amerika Syarikat merupakan pembunuh bersiri prolifik sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an di sekitar Washington. Pada tahun 2001, Gary diberkas oleh pihak polis dengan tuduhan 4 kes bunuh. Namun dia mengaku telah membunuh sekurang-kurangnya 70 wanita.
Gary memberi kerjasama kepada pihak polis dengan memberi pengakuan yang terperinci sehinggakan pihak polis menjumpai tempat pembuangan mayat mangsanya. 5 daripadanya di buang di Green River yang memberi gelaran kepadanya iaitu "The Green River Killer".
Disebabkan kerjasama itu Gary terlepas daripada hukuman mati dan disabitkan kesalahan atas 49 pembunuhan dan dihukum penjara seumur hidup.
4. Pedro Rodrigues Filho - Jumlah mangsa : 71
Pedro Rodrigues Filho atau gelarannya "Pedrinho Matador" berasal dari Brazil adalah antara pembunuh paling kejam di dunia. Rasa ingin membunuh dalam dirinya bermula pada usia 13 tahun apabila berlakunya pergaduhan antara Pedro dan sepupunya yang telah ditolak ke dalam mesin pemerah tebu.
Setahun selepas itu, berlakunya pembunuhan pertama Pedro dengan membunuh penolong Ketua Bandar kerana memecat bapanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah yang dituduh mencuri makanan di dapur sekolah. Tidak cukup dengan itu, Pedro kemudiannya membunuh pengawal keselamatan sekolah yang merupakan pencuri sebenar.
Antara yang menjadi mangsa lain Pedro adalah pengedar dadah tempatan yang telah dibunuh secara beramai-ramai olehnya. 4 tahun menjadi penjenayah, jumlah mangsa pembunuhan Pedro meningkat kepada 10 orang. Apa yang paling kejam adalah Pedro telah membunuh bapanya sendiri di sebuah penjara tempatan, selepas bapanya itu menyembelih ibu Pedro. Pedro yang ingin membalas dendam telah memotong sebahagian kecil jantung bapanya, mengunyahnya dan meludah kembali.
Pada tahun 1973, Pedro telah diberkas dan dipenjarakan. Jumlah mangsa pembunuhan Pedro telah disahkan olehnya sendiri iaitu sebanyak 71 orang. Dia disabitkan kesalahan dan telah dijatuhkan hukuman 128 tahun penjara. Ketika di dalam penjara, Pedro telah membunuh 47 orang banduan lain. Walaupun undang-udang di Brazil hanya mengharamkan hukuman melebihi 30 tahun penjara, namun disebabkan oleh jenayah bunuh yang masih dilakukan oleh Pedro membuatkan dia dihukum 400 tahun penjara. Namun Pedro telah dibebaskan pada tahun 2007 selepas 34 tahun dipenjara oleh Justice System.
Dia kemudiannya ditahan semula pada tahun 2011 di rumahnya atas kesalahan memberontak dan penahanan palsu.
3. Daniel Camargo Barbosa - Jumlah mangsa : 150 orang
Barbosa, atau nama penuhnya Daniel Camargo Barbosa merupakan perogol dan pembunuh bersiri yang menjadikan wanita muda sebagai mangsanya. Sepanjang jenayahnya, Barbosa telah merogol dan membunuh 150 orang wanita muda telah menjadi mangsa rogol dan bunuhnya di Colombia dan Equador di sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.
Sebelum kehidupannya sebagai pembunuh, Barbosa mempunyai 2 orang anak bersama kekasihnya, namun telah jatuh cinta dengan perempuan lain, Esperanza. Barbosa bercadang untuk mengahwini Esperanza namun mengetahui bahawa wanita itu bukan perawan. Mereka kemudiannya membuat satu perjanjian di mana Barbosa akan masih bersamanya jika Esperanza membantu Barbosa untuk mencari gadis perawan lain untuk ditiduri, yang mana bermulanya jenayah rogol dan bunuh Barbosa.
Modus operandinya adalah dengan Esperanza memancing gadis-gadis ke rumah mereka dan memasukkan ubat tidur ke dalam air mereka bagi memudahkan proses rogol oleh Barbosa. 5 gadis telah dirogol dengan cara ini namun mereka tidak dibunuh. Namun kedua-dua Barbosa dan Esperanza telah disabitkan diberkas dan dipenjarakan disebabkan laporan yang dibuat oleh gadis yang menjadi mangsa kelima.
Hakim telah menjatuhkan hukuman 3 tahun penjara dan Barbosa sangat gembira dengan kelonggaran itu telah berjanji untuk bertaubat. Namun, kes itu telah diambil alih oleh hakim lain dan menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara kepada Barbosa. Ini menyebabkan kemarahan di dalam diri Barbosa yang sangat tinggi. Dia menjalani hukuman penuh 8 tahun penjara dan akhirnya dibebaskan.
Pada 1973, pembunuhan pertamanya berlaku ketika Barbosa melalui sebuah sekolah dan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun. Barbosa kemudiannya merogol dan membunuh kanak-kanak malang itu kerana tidak mahu perbuatannya itu diketahui pihak polis dan ditangkap seperti kes sebelum ini.
Dia kemudiannya telah berjaya diberkas pada tahun 1974 dan dijatuhkan hukuman 25 tahun penjara. Dikatakan lebih daripada 80 gadis menjadi mangsa Barbosa di Colombia dan dia mengaku telah membunuh lagi 72 mangsa di Ecuador.
Pada tahun 1994, Barbosa telah dibunuh di dalam penjara oleh sepupu salah seorang daripada mangsanya.
2. Dr. Harold Frederick Shipman - Jumlah mangsa : 250 orang
Seramai hampir 250 pembunuhan telah dilakukan oleh seorang doktor, Harold Frederick Shipman. Harold merupakan antara salah seorang pembunuh bersiri prolifik dalam sejarah manusia. 80% daripada mangsanya adalah wanita.
Kegiatan membunuh yang dilakukan oleh Harold telah disedari oleh rakan sekerjanya dan penggali kubur tempatan. Mereka berasa curiga dengan kadar kematian yang sangat tinggi di kalangan pesakit Harold. Perkara ini dibawa ke pengetahuan pihak polis namun disebabkan bukti yang tidak mencukupi, Harold tidak dapat disiasat dan didakwa. Harold kemudiannya membunuh 3 lagi mangsanya pada tahun 1998. Mangsa terakhirnya adalah Kathleen Grundy yang ditemui mati di rumahnya dan Harold merupakan orang terakhir yang melihatnya hidup. Harold merupakan doktor yang menandatangani sijil kematian Kahtleen dan bebab kematian Kathleen dicatatkan oleh Harold sebagai sakit tua.
Setelah kematian Kathleen, anaknya Angela Woodruff berasa curiga apabila peguam ibunya memberitahu bahawa ibunya telah menulis surat wasiat yang tidak menyertakan nama Angela, tetapi terdapat nama Harold yang ditinggalkan wang sebanyak RM2.14 juta. Angela kemudiannya membuat laporan polis berkenaan hal itu dan kemudiannya siasatan bermula. Mayat Kathleen digali semula dan dibedah siasat. Terdapat kesan diamorphine pada mayat Kathleen yang biasanya digunakan untuk mengawal kesakitan pesakit barah yang tidak dapat diselamatkan.
Pada September 1998, Dr. Harold diberkas dan pihak polis menjumpai mesin taip yang digunakannya untuk menghasilkan wasiat palsu. Pada tahun 2000, Harold dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan dicadangkan. Sehari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-58, Harold telah membunuh diri dengan menggantungkan dirinya di dalam selnya di Wakefield Prison.
Janet Smith, hakim yang menghantar laporan mengenai kes Dr.Harold Fredrick mengganggarkan sebanyak 250 orang telah menjadi mangsa bunuh Harold selama jangkamasa 27 tahun tersebut.
1. Pedro Alonso Lopez - Jumlah mangsa : 300 orang
Pedro Alonso Lopez atau gelarannya "The Monster of the Andes" adalah pembunuh bersiri yang berasal dari Colombia. Jenayahnya ini dilakukan di beberapa buah negara termasuk Colombia, Peru, Ecuador dan juga beberapa negara lain. Beliau dijatuhkan hukuman kerana membunuh 80 kanak-kanak perempuan namun menurut pengakuannya, telah merogol dan membunuh lebih daripada 300 kanak-kanak perempuan.
Kehidupan awal Pedro ketika kecil yang kelam-kabut mempengaruhinya dan menjurus kepada jenayah ini. Beliau pernah dicabul dan diliwat ketika masih kecil. Pedro pernah dipenjara ketika berumur 18 tahun akibat mencuri kereta. Ketika dipenjarakan, dia telah diliwat beramai-ramai oleh banduan lain.
Pedro mula membunuh anak gadis di Peru selepas dibebaskan. Dia mengaku telah membunuh hampir 100 orang sehingga tahun 1978. Ketika berada di Colombia dan kemudiannya ke Ecuador, dia memberitahu bahawa 3 gadis dibunuh setiap minggu. "Saya suka gadis di Ecuador, mereka lebih lembut dan mudah percaya," jelasnya.
Pedro ditangkap ketika satu cubaan culik yang gagal, dan telah mengaku membunuh lebih daripada 300 mangsa dan hanya dipercayai oleh pihak polis selepas menjumpai kubur tempat mangsa-mangsanya ditanam. Mereka menemui 53 mayat. Penangkapannya pada 1980 oleh kerajaan Ecuador berakhir selepas pembebasannya pada tahun 1998. Pedro memberitahu media bahawa dia dibebaskan kerana tingkah lakunya yang baik.
Selepas satu jam dibebaskan, Pedro diberkas semula sebagai pendatang tanpa izin dan diserahkan kepada pihak berkuasa Colombia. Di Colombia, Pedro akhirnya telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2002.
Kepada para wanita jagalah diri anda sebaiknya. Dan kaum lelaki, awasi dan perlu lebih peka terhadap kaum wanita dan kanak-kanak.