Bukan semua penjenayah adalah profesional. Sesetengah penjenayah tidak melakukan perancangan yang teliti sebelum melakukannya sebaliknya hanya bertindak mengikut hati dan kesesuaian keadaan semasa. Maka tidak hairanlah ada antara penjenayah yang mudah ditangkap akibat kebodohan diri mereka sendiri.

1. Terbuka Sarung Penutup Muka

Kebanyakan daripada seringkali tersilap membezakan antara pull (tarik) dan push (tolak). Itulah yang terjadi kepada seorang perompak bernama James Allan. Seperti perompak yang lain, beliau memakai sarung muka untuk menyorokkan identiti beliau.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika dalam keadaan kelam-kabut hendak melarikan diri, beliau tidak berjaya membuka pintu premis yang dirompak. Hal ini berpunca daripada kebodohannya yang tidak dapat membezakan antara pull (tarik) dan push (tolak) untuk membuka pintu tersebut. Ketika dalam keadaan tertekan, beliau tanpa sengaja telah membuka sarung muka dan mendedahkannya kepada kamera litar tertutup yang dipasang. Berdasarkan kamera tersebut, pihak polis akhirnya berjaya menahan lelaki tersebut selepas beberapa jam beliau melarikan diri.

2. Perompak Dirompak oleh Perompak

perompak dirompak 867

Seorang pemuda Brazil, Mauricio Fierro telah meletakkan kenderaannya sebelum bertindak merompak sebuah farmasi seorang diri. Untuk memudahkan beliau melarikan diri, keretanya telah dibiarkan dalam keadaan enjin tidak ditutup dan keretanya tidak berkunci. Ketika sedang merompak, seorang pemuda lain telah memasuki keretanya dan melarikannya.

Ketika sedang mencari keretanya, seorang pemuda lain telah merompak wang yang ada ditangannya. Dalam kata lain, beliau telah dirompak dua kali! Disebabkan begitu marah keretanya telah dicuri, beliau telah ke balai polis berhampiran untuk melaporkannya. Namun nasibnya begitu malang sekali apabila beliau telah terserempak dengan pemilik farmasi yang baru dirompaknya sebelum itu di balai polis tersebut. Beliau telah ditangkap serta-merta!

3. Terkunci Dalam Kereta

terperangkap dalam kereta

Kes ini berlaku di sebuah bandar di Afrika Selatan. Seorang pemilik kenderaan telah meletakkan kenderaannya dalam keadaan berkunci di tepi jalan. Tidak berapa lama kemudian, seorang pemuda telah berjaya membuka kereta tersebut menggunakan sebuah peralatan khas.

Nasib beliau tidak baik apabila beliau telah terperankap dengan sistem auto-lock yang dipasang pada kereta tersebut. Beliau cuba meminta pertolongan daripada pejalan kaki yang lalu lalang disitu dengan mengatakan bahawa beliau merupaka seorang jaga yang bertugas menjaga keselamatan disitu. Pihak polis juga telah dihubungi untuk cuba mengeluarkannya. Kira-kira satu jam setengah kemudiannya pemilik kenderaan telah kembali ke keretanya dan membuka keretanya. Pencuri tersebut telah ditangkap serta-merta.

4. Terlekat di tingkap

terlekat di tingkap

Kejadian lucu ini berlaku di China. Seorang pemuda telah memanjat tembok dan cuba masuk ke sebuah rumah yang terletak di tingkat 5. Ketika cuba memecah masuk melalui tingkap, beliau tersekat akibat tidak muat hendak masuk.

Pihak polis dan bomba kemudiannya telah datang ke tempat kejadian untuk menyelamatkannya

5. Tersilap isi minyak petrol

silver 1985 chevrolet truck 300

Pada tahu 2009, seorang pemuda berusia 19 tahun telah mencuri sebuah kereta pacuan 4 roda daripada sebuah gudang milik syarikat City Transfer Inc. Kejadian itu telah disaksikan oleh seorang pekerja syarikat tersebut yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada pihak polis. Pada hari yang sama, seorang lagi pekerja daripada syarikat tersebut telah ternampak kereta yang dicuri tersebut berada di jalan raya Highway 167 dan telah menghubungi pihak 911 untuk melaporkannya.

Beberapa minit selepas membuat panggilan tersebut, pihak polis menerima panggilan daripada pencuri tersebut yang melaporkan bahawa kereta beliau telah kehabisan minyak dan tersadai di lebuh raya Highway 167. Setelah tiba di tempat kejadian, pencuri tersebut didapati telah memakai jaket keselamat milik syarika City Transfer dan mengakui kereta tersebut miliknya. Pekerja yang telah menyaksikan pencuri itu mencuri kereta tersebut di gudang milik syarikatnya telah datang ke tempat kejadian untuk menceritakan perkara sebenar kepada polis dan pencuri tersebut akhirnya ditahan.

Setelah diperiksa, kereta tersebut bukan kehabisan minyak sebaliknya pencuri tersebut telah tersilap mengisi minyak petrol! Kereta pacuan 4 roda tersebut sebenarnya menggunakan diesel.

Kredit:

  1. Kent Reporter
  2. NY Daily News
  3. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)