Oleh pada 30 Nov 2024 kategori

Beberapa tahun kebelakangan ini, kenderaan elektrik (EV) dari China telah mendapat perhatian yang positif dalam pasaran global khususnya di Malaysia, terutamanya kerana harganya yang amat-amat-amat berpatutan.

Bagi mendapatkan harga yang jauh mengalahkan pesaing lain, ada beberapa faktor penting yang menyumbang kepada rendahnya kos EV China.

Bagaimana mereka melakukannya?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Membangunkan teknologi bateri

teknologi bateri ev keluaran china

Asas kepada mana-mana EV adalah baterinya! Pengeluar China telah membangunkan teknologi bateri sendiri yang membantu kepada penjimatan kos.

Syarikat seperti Contemporary Amperex Technology Co. Limited (CATL) dan BYD telah mempelopori penggunaan bateri lithium iron phosphate (LFP). Tidak seperti bateri lithium-ion tradisional yang menggunakan kobalt, bateri LFP lebih murah untuk dihasilkan kerana menggunakan bahan yang lebih murah kos pengeluarannya.

Sebagai contoh model 'kereta sukan' BYD Han yang menggunakan bateri LFP, menawarkan harga kompetitif berbanding model serupa pengeluar Barat. Penjimatan kos dari pengeluaran bateri disalurkan kepada pengguna, menjadikan kenderaan ini berpatutan.

2. Skala ekonomi besar gedabak

skala pengeluaran besar ev china

Di China, semuanya mesti besar dan mega! Kapasiti pengeluaran gergasi di China membolehkan pengeluar mencapai ekonomi skala, seterusnya mengurangkan kos per unit.

Negara ini mampu menghasilkan EV dan bateri pada skala besar yang membantu menyokong kos tetap ke atas jumlah unit yang lebih besar, disokong asas industri yang kukuh dan rantaian bekalan yang mantap.

Keupayaan pengeluaran membolehkan jenama China menawarkan EV berkualiti tinggi pada harga lebih rendah berbanding kerana mereka berani untuk menghasilkan kenderaan dalam kuantiti yang besar mengurangkan kos per unit.

3. Pentingnya sokongan kerajaan

lessons for india xi jinpings ccp gave chinese ev makers over 231 billion as aid in last 15 years 2024 06 42dbac755b6a6fcaf2da276e0080f28c 1200x675

Kerajaan China memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri EV melalui subsidi, insentif cukai dan pembangunan infrastruktur yang membantu usahawan mereka.

Langkah-langkah dan dasar kerajaan China membantu mengurangkan kos pengeluaran EV dengan ketara seperti subsidi kepada pengeluar EV. Bagi menggalakkan jualan, insentif cukai untuk pengguna menjadikan EV ditawar dengan harga lebih berpatutan.

Yang lebih kritikal, kerajaan China juga berani melakukan pelaburan kerajaan dalam infrastruktur pengecasan, menjadikan EV lebih praktikal untuk kegunaan harian, seterusnya meningkatkan popularitinya.

4. Mempunyai kawalan ke atas rantaian pengeluaran

kilang bateri ev china

Berbeza dengan negara yang mengamalkan pasaran terbuka, China mempunyai sistem yang layak dikatakan terkawal.

Walaupun tidak bersifat bebas, kawalan ini membolehkan China membentuk rantaian bekalan yang mantap untuk komponen EV dalam setiap fasa, termasuklah bahan mentah untuk bateri. Negara ini mengawal sebahagian besar bekalan global bahan seperti litium, kobalt dan bahan penting lain yang digunakan dalam pengeluaran bateri. Kawalan ini ke atas rantaian bekalan membantu mengekalkan kos rendah.

Kawalan ini membantu mengurangkan kebergantungan mereka kepada pembekal antarabangsa yang menyumbang kepada kos pengeluaran lebih rendah.

5. Kos buruh lebih rendah

kos buruh murah china

Nak hasilkan kereta, sudah pastilah memerlukan tenaga buruh yang besar kan?

Kos buruh yang lebih rendah di China berbanding negara-negara Barat merupakan antara faktor terpenting menyumbang kepada keseluruhan kos EV China yang kita rasa berpatutan.

Tenaga kerja yang ada dalam kuantiti besar serta tatacara proses pengeluaran yang optimum, membantu mengekalkan kos buruh yang rendah. Ini layak dikatakan faktor penting mengurangkan kos pengeluaran EV.

Jika kita lakukan perbandingan kos buruh antara China dan negara-negara lain, memang jelas kita nampak perbezaan ini. Sebagai contoh, indeks kos buruh di China jauh lebih rendah berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jerman.

Sama ada anda melihat isu ini sebagai satu kelebihan atau kekurangan, terpulanglah kepada bagaimana anda melihat dunia ini berfungsi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)