Wang bukanlah segalanya, tapi untuk hidup kita perlukan wang. Bagi yang tak bernasib baik dalam mencari wang dan tidak mempunyai pekerjaan, salah satu "kerjaya" yang terpaksa dilakukan adalah dengan mengemis di jalanan.

Mengemis bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda perlu memiliki kesungguhan meminta dari orang yang tidak dikenali serta menanggung malu.

Namun, apa yang ramai tidak tahu bahawa di dalam kesukaran ini, kerjaya sebagai seorang pengemis sebenarnya mampu memberikan pendapatan yang sangat lumayan, kadang-kala melebihi gaji seorang CEO.

iluminasi.com kongsikan 5 pengemis paling kaya di dunia dengan gaji lebih tinggi dari CEO.

1. Simon Wright - England 

Di kaki lima Jalan Putney High di London, lelaki ini duduk dengan pakaian compang-camping dan lusuh dengan memegang kotak bertulis "gelandangan dan kelaparan".

Selama 3 tahun, Simon Wright duduk di situ setiap hari dari pagi hingga ke petang, dan anda dapat melihat dengan jelas "kemiskinan" pada wajahnya. 

simon wright kelihatan mengemis di england

Seorang pegawai polis bernama Oliver mengenali lelaki ini dan bersimpati dengan nasib Simon, memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Pada satu malam, Oliver mengikut pengemis ini ke rumahnya secara senyap-senyap untuk melihat tempat tinggalnya untuk menolongnya.

Namun, Oliver terkejut apabila melihat Simon memasuki apartment mewah berhampiran Fulham dan lebih mengejutkan, lelaki "miskin" itu merupakan pemilik apartment tersebut yang bernilai £300,000 bersamaan RM1.67 juta.

rumah dimiliki simon wright

Simon ditahan dan diharamkan dari mengemis di bawah arahan mahkamah untuk tingkah laku anti-sosialnya. Seminggu selepas perintah mahkamah, polis mendapati bahawa Simon mengemis di Leicester Square.

Dia ditahan lagi dan dibebaskan dengan jaminan. Tidak serik, Simon mengemis lagi di Coventry Street setengah jam selepas dibebaskan.

Akhirnya, dia ditahan sekali lagi dan dilarang daripada diikat jamin.

Para penyiasat mendapati bahawa Simon memperoleh kira-kira £50,000 setahun, bersamaan dengan RM278,324 setahun atau RM23,193 sebulan.

Malah, Simon turut membelanjakan ribuan ringgit di kelab dan bar elit.

2. Eisha - Arab Saudi

pengemis jutawan arab saudi eisha

Ketika meninggal dunia Eisha, berusia 100 tahun. Selepas kematiannya, rakan ketika kecil Eisha bernama Saeedi mendedahkan butiran aset yang dimiliki Eisha bernilai USD 1 juta (RM4.22 juta).

Kekayaannya termasuk 4 bangunan diserahkan kepada pihak berkuasa selepas kematiannya. Pendedahan itu mengejutkan ramai jirannya yang tidak mengetahui tentang kekayaannya.

Menurut Saeedi, sebahagian besar daripada kekayaan Eisha terkumpul daripada usaha mengemis selama lebih 50 tahun.

Dia pernah mengemis bersama keluarganya dan mewarisi harta mereka selepas kematian ibu dan kakaknya.

Beberapa keluarga tinggal di hartanah Eisha secara percuma dan mereka mengatakan wanita tua itu tidak pernah mengenakan bayaran sewa kepada mereka.

Saeedi berkata bahawa dia cuba meyakinkan rakannya itu berkali-kali supaya berhenti mengemis.

"Saya memintanya untuk meninggalkan profesion ini kerana dia sudah memiliki sejumlah besar kekayaan, tetapi dia sering menolak dan berkata dia sedang bersedia untuk masa-masa sukar," kata Saeedi.

Dalam wasiatnya, Eisha juga telah menyatakan bahawa selepas dia meninggal dunia, dia mahu hartanya diagihkan kepada orang miskin.

3. Bharat Jain - India

bharat jain pengemis terkaya di india

Melihat pengemis di kaki lima di Mumbai, India, bukanlah satu perkara yang pelik namun apa yang tidak dijangkakan adalah untuk mengetahui salah seorang daripada mereka bergelar jutawan.

Bharat Jain adalah seorang lelaki yang memperoleh kekayaan hanya dengan mengemis sepanjang hidupnya. Malah, dia bukan sahaja seorang jutawan, tetapi merupakan salah seorang pengemis terkaya di dunia.

Bharat Jain mengemis hampir 8 hingga 10 jam sehari dengan memperoleh pendapatan sekitar RM140 sehari. Jika dibandingkan, pendapatan ini adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada pendapatan purata seorang India yang bekerja.

mengemis pulangan lumayan

Sebagai tambahan kepada pendapatan yang tinggi ini, Bharat juga merupakan seorang ahli perniagaan di mana memiliki ruang komersial disewakan pada harga RM558 sebulan.

Malah, Bharat juga memiliki dua apartment mewah di Patel Nagar yang masing-masing bernilai RM446,742.

Sejak dunia mengetahui tentang kekayaannya, Bharat menjadi seperti seorang selebriti yang boleh dilihat mengemis di sekitar Mumbai. 

4. Irwin Corey

irwin corey pelawak jadi pengemis

Bekas selebriti, Irwin Corey telah mengemis sejak 17 tahun sepanjang hayatnya. Irwin adalah seorang pelawak selebriti yang berjaya dan dia memperoleh kekayaan semasa kerjayanya sebelum bersara.

Selepas bersara, Irwin menjadi pengemis sepenuh masa. Apa yang mengejutkan adalah jumlah yang diperolehi Irwin setiap hari dengan mengemis iaitu sekitar RM632 hingga RM1054 sehari.

Irwin juga merupakan seorang dermawan yang teliti, di mana wang yang diperolehnya dengan mengemis disalurkan terus kepada amanah amal di Cuba.

Sudah tentunya ramai di antara kita tidak menyedari kekayaan yang dimiliki pengemis apabila mereka memberikan wang.

Namun dalam kes Irwin ini, kebanyakan orang yang memberikannya wang tahu akan kekayaan Irwin tetapi kerana usaha amalnya, mereka menganggap bahawa itu adalah satu idea yang baik.

5. Sambhaji Kale

sambhaji kale pengemis kaya india

Apabila anda memikirkan tentang pengemis, apa yang bermain di fikiran adalah individu yang duduk di tepi jalan tanpa arah tujuan dan meminta wang.

iklan

Walau bagaiamanpun, bagi Sambhaji Kale dan ahli keluarganya, mengemis adalah satu profesion yang diceburi oleh keempat-empat mereka. 

Tinggal di jalanan di Mumbai, Sambhaji dan keluarganya mengemis sepanjang hari dan mengemis di Mumbai adalah perkara yang sangat menguntungkan.

Dengan wang yang diperolehi, Sambhaji dapat menyimpan sekitar INR 50,000 (RM2,792) setiap bulan selepas menolak perbelanjaan bulanan mereka.

Wang tersebut kemudiannya dilaburkan di beberapa syarikat dan memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Sambhaji  memiliki sebuah apartment di Mumbai dan dua buah rumah di Solapur City, Maharashtra.

Rujukan:

1. Daily Mail

2. BBC

3. Washington Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)