Suka atau tidak, India adalah sebuah negara yang terkenal dengan perkara yang buruk melebihi yang baik.
Terkenal dengan kemiskinan, jenayah dan rasuah, India secara perlahan-lahan menjadi negara yang harus dielakkan daripada harus dilawati, untuk bertahun lamanya.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, tak semua yang buruk di negara ke-7 terbesar dan ke-2 tertinggi penduduknya.
Walaupun filem-filem dan dokumentari memaparkan India sebagai miskin dan sesak dengan para pengemis serta penyakit, namun generasi baru bekerja keras untuk mengubah semua ini.
iluminasi.com kongsikan 9 fakta yang anda tak tahu mengenai India.
1. Sebuah negara yang sangat muda
Ia adalah hakikat bahawa India adalah sebuah negara yang sangat muda dan sedang dalam proses pematangan. Malah, dalam populasi mereka yang melebihi 1.2 bilion, lebih 50% daripadany berumur 25 tahun atau kurang.
Tak cukup dengan itu, dua pertiga negara ini penduduk India berusia bawah daripada 35 tahun. Ini bermakna, negara ini sedang membangun secara perlahan-lahan dengan kekuatan besar dalam belia mereka.
Idea-idea dan keputusan mereka telah mengubah bagaimana orang luar melihat India pada hari ini. Adalah sangat jarang bagi para pelabur untuk menjadikan India sebagai tempat perniagaan namun segalanya berubah disebabkan oleh belia mereka.
2. Hampir semua penduduk tak bayar cukai
Ini mungkin kedengaran seperti tidak enak namun sebab disebalik perkara ini harus difahami sebelum menuding jari kepada masalah korupsi.
India adalah sebuah negara yang pada dasarnya bergantung kepada pertanian dan penanamannya, yang mana dikecualikan daripada cukai.
Memandangkan lebih daripada 50% penduduk India hidup di dalam dan di sekitar kawasan luar bandar, satu-satunya pekerjaan mereka adalah sebagai petani yang bercucuk tanam.
Ini bermakna mereka tidak perlu membayar cukai. Satu lagi bahagian besar di mana percukaian sangat sukar untuk diamalkan adalah dalam sektor buruh India.
Ia sangat tidak teratur dan ini menjadikannya sukar untuk menjejaki pekerja serta mengetahui jumlah pendapatan yang mereka perolehi.
3. Penyiasat pra-perkahwinan
Di negara di mana perkahwinan yang diaturkan mendominasi, ibu bapa hanya mencari yang terbaik untuk anak perempuan mereka dan tidak akan berhenti bagi merealisasikan impian mereka.
Jika anda memandu di lebuh raya India, anda pasti akan ternampak papan iklan di tepi jalan yang tertulis "Detektif Pernikahan". Jika anda tertanya-tanya apakah maksudnya, jangan terlalu berfikir kerana maksudnya adalah tersangat jelas.
Jika di Malaysia ada penggambaran pra perkahwinan, di India ada penyiasatan pra perkahwinan.
Kebanyakan syarikat detektif ini telah tumbuh bak cendawan selepas hujan di seluruh negara dan memberikan maklumat terperinci mengenai pengantin lelaki serta hubungan masa lalu (jika ada).
Detektif ini sebenarnya mendapatkan maklumat melalui kawan rapat dan keluarga pengantin lelaki melalui segala cara yang mungkin . Jika tiada masalah, pasangan itu dibenarkan untuk berkahwin.
4. "Horn Please"
Dengan populasi yang tak masuk akal, hampir 40 kali ganda populasi Malaysia, tak dapat dibayangkan bagaimana keadaan trafik di negara ini.
Kesesakan lalulintas adalah sangat biasa di semua jalan dan lorong di India. Dengan bunyi hon yang sentiasa kedengaran, anda boleh sakit kepala.
India sebenarnya menggalakkan membunyikan hon kerana anda boleh melihat ia tertulis di bahagian belakang semua trak dan lori. Perkataan "Honk OK Pease" dicat supaya kenderaan yang memotong dari belakang tahu mereka perlu membunyikan hon bagi memberikan isyarat kepada pemandu di hadapan.
Malangnya, kebanyakan pemandu di India tersalah anggap tanda ini dengan membunyikan hon tanpa henti. Tapi, sekurang-kurangnya kemalangan kurang berlaku disebabkan oleh memotong dari belakang.
5. Perniagaan akhbar masih kukuh
Ketika mana kebanyakan bahagian di dunia secara perlahan-lahan mengabaikan penggunaan akhbar kerana semuanya kini berada di hujung jari, India masih beranggapan bahawa cara untuk mengetahui apa yang berlaku di seluruh dunia adalah dengan cara membaca akhbar.
Sebab disebalik ini adalah kadar celik huruf meningkat dengan begitu ketara namun kadar penggunaan internet pula menurun. Salah satu sebab lagi adalah kerana terdapat pelbagai bahasa yang dituturkan di negara ini.
Akhbar-akhbar ini dicetak dalam pelbagai bahasa, tidak seperti berita atas talian yang anda hanya mungkin disediakan dalam 10 bahasa sahaja.
Malah, membeli senaskah akhbar di India adalah sangat murah berbanding menggunakan internet. Dan apa yang baik mengenai membaca akhbar adalah anda boleh menjualnya kembali.
6. Masalah obesiti yang semakin membimbangkan
Tidak seperti di bahagian lain di dunia, orang India secara beransur-ansur menjadi gemuk dan menghampiri obesiti.
Dengan peningkatan makanan segera dan makanan yang diproses di setiap pasaraya, makanan segar semakin dilupakan.
Disebabkan mereka lebih menekankan masa mereka untuk bekerja, masa untuk memasak makanan semakin berkurangan. Mereka lebih cenderung untuk membeli makanan segera yang murah dari gerai tepi jalan dan kembali bekerja.
Apa yang menarik adalah ia bukan sahaja memberikan kesan kepada manusia sahaja malah kepada haiwan di mana makanan diproses menjadi makanan utama.
7. Kerusi plastik ada di mana-mana sahaja
Ini adalah satu perkara yang memenuhi negara ini secara berterusan yang penuh dengan sifat yang sentiasa berubah.
Kerusi plastik telah menjadi sangat biasa seperti lembu duduk di tengah-tengah jalan lalu lintas. Ia boleh ditemui di setiap rumah, restoran, hotel, sekolah, hospital, pejabat dan sebagainya dan sebagainya.
Walaupun reka bentuk mungkin berbeza (dengan dan tanpa pemegang), kerusi ini terletak di mana-mana.
Sesetengah orang juga memotong bahagian penyandar dan menggunakannya sebagai meja.
8. Meludah, kencing dan berak di tempat awam
Ini adalah sesuatu yang tidak dibanggakan oleh India, walaupun sesetengah orang India berasa bangga. Kedua-dua perbuatan yang menjijikkan ini telah menjadi bahan bagi pengkritik anti-India.
Meludah di India telah menjadi seperti satu trend di mana mereka merasakan ia seperti satu tanggungjawab untuk meludah di jalan raya dan di dinding bangunan.
Ia sama bagi kencing di tempat awam. Kerana telalu teruk, kerajaan telah mula membina tandas awam di jalan untuk pelaku ini namun ini tidak mampu menghalang mereka.
Kerana tersangat biasa, ada di antara mereka yang kencing di tepi tandas yang disediakan, tanpa berasa perlu untuk melakukannya di dalam tandas tersebut.
Terdapat kata-kata yang agak lucu, "Di negara asing, anda boleh bercumbu di atas jalan. Di India, anda boleh kencing di atas jalan,".
Malah, di beberapa bahagian di India, penduduk setempat membuang air besar di tepi jalan tanpa berasa malu atau hiraukan orang lain.
9. Segalanya ada di tepi jalan
India adalah sebuah negara yang suka membawa sesuatu ke tahap yang berbeza namun kali ini ia sangat menakjubkan.
Jalan adalah tempat di mana di mana kebanyakan orang India menjana pendapatan dan menghabiskan masa mereka.
Sama ada anda mahukan sesuatu untuk dimakan atau memerlukan sesuatu yang untuk dibaiki, anda boleh menemuinya di tepi jalan.
Daripada membaiki kasut, makanan segera, "doktor" aromaterapi, "pakar" tulang, tukang membersih hidung dan telinga, pendandan rambut dan banyak lagi, boleh ditemui di tepi jalan.
Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari.