pemangsa seksual yang terkenal

Dunia Hollywood baru saja digemparkan dengan berita tentang kes masalah seksual yang melibatkan salah seorang produser paling berpengaruh di Hollywood, yang gemar mengambil kesempatan ke atas pelakon-pelakon wanita.

Lelaki-lelaki ini dikatakan nama, kedudukan dan pengaruh mereka untuk mengugut pelakon-pelakon wanita ini dengan pelbagai ugutan yang akan menutup peluang mereka untuk menjadi terkenal. Siapakah mereka? Berikut adalah 5 nama paling besar di Hollywood yang terbukti menggunakan kedudukan untuk memuaskan nafsu serakah mereka yang buas.

1. Harvey Weinstein

harvey weinstein 2 seksual serangan

Kes terbaru ini menggemparkan Hollywood selepas beberapa orang artis wanita mula menampilkan diri mendedahkan kes-kes rogol yang telah dilakukan oleh salah seorang orang paling besar di Hollywood ini.

Weinstein adalah pengasas kepada penerbit Miramax dan juga penerbit The Weinstein Brothers yang telah menerbitkan filem-filem seperti Django Unchained, Inglorious Basterds dan Imitation Game.

Mangsa Weinstein adalah pelakon terkenal seperti Ashley Judd, Rose Mcgowan, Asia Argento, Mira Sorvino, Rosanna Arquette, Gwyneth Paltrow, Claire Forlani dan juga Angelina Jolie semasa dia masih muda.

2. Roman Polanski

roman polanski seksual serangan

Pengarah filem legenda ini yang mengarahkan filem Rosemary's Baby dan The Pianist mempunyai banyak kes seksual terhadapnya.

Dia terkenal sebagai seorang pengarah yang mempunyai masalah pedofilia. Walaupun begitu hanya seorang mangsanya tampil ke depan iaitu ketika kes beliau merogol seorang remaja berumur 13 tahun bernama Samantha Gailey yang dikhayalkan dengan dadah.

Polanski didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman namun sempat melarikan diri ke Perancis, ekoran Perancis tidak mengamalkan dasar ekstradisi pesalah. Sehingga sekarang, dia masih lagi dikehendaki di Amerika Syarikat.

3. R.Kelly

r kelly seksual serangan

Penyanyi lagu 'I Believe I Can Fly' ini memang benar-benar ingat dia boleh terbang.

Di dapati bersalah kerana mengahwini penyanyi Aaliyah ketika penyanyi itu berumur 15 tahun, di saman oleh 3 orang wanita yang mendakwa beliau merogol mereka ketika bawah umur dan didakwa mempunyai video lucah dengan gadis bawah umur yang tersebar pada tahun 2003.

Sehingga kini R.Kelly masih belum disabitkan bersalah oleh mahkamah apabila kes selalunya ditutup selepas pihak penuduh bersetuju membuat penyelesaian luar mahkamah, untuk semua dakwaan.

4. Woody Allen

woody allen seksual serangan

Kisah kesalahan seksual pengarah terkenal Woody Allen ini jika dijadikan filem pasti menarik.

Kisah Woody bermula setelah dia didapati menyimpan gambar bogel anak angkat perempuannya, Soon-Yi Previn yang hanya terdedah selepas anak angkatnya sudah berumur 20 tahun pada sekitar tahun 1992, ketika dia masih berkahwin dengan isterinya, pelakon terkenal Mia Farrow.

Ekoran itu pada 1993, keluar pula tuduhan oleh bekas isterinya yang selama ini Woody Allen kerap melakukan gangguan seksual ke atas anak angkat perempuannya, Dylan Farrow sejak Dylan berumur 7 tahun. Selepas berpisah dengan isterinya yang tidak dapat menerima skandal suami dengan anak angkat sendiri, Woody mengahwini anak angkatnya, Soon Yi Previn.

Dylan Farrow yang mengakui dirinya mengalami masalah trauma sejak kecil, pada 2014 memberanikan diri menceritakan semua yang berlaku dalam artikel New York Times, 21 tahun selepas kisah ini mula didedahkan.

Pada minggu berikutnya, Woody Allen mengeluarkan artikel balas dalam surat khabar sama, menepis semua tuduhan ke atasnya. Hujahnya, itu semua rancangan jahat bekas isteri dan anak angkatnya itu, untuk membalas dendam bila dia jatuh cinta dengan anak angkatnya yang telah dia kahwini.

5. Bill Cosby

seksual bill cosby serangan

Bill Cosby adalah salah seorang pelakon yang paling digemari satu masa dulu melalui siri The Cosby Show. Dengan wajah lucu dan perwatakan riang, Bill berjaya menambat hati peminatnya.

Walaupun begitu, tembelangnya pecah selepas satu per satu wanita yang pernah dicabul oleh Bill selama ini muncul bermula daripada kes tahun 1960-an sehinggalah 2008.

Kebanyakan wanita menceritakan yang Bill kerap menggunakan modus operandi yang sama, iaitu akan memberikan dadah pada mangsanya melalui minuman sebelum merogol mereka.

Ketika ini Bill masih lagi menghadapi perbicaraan mahkamah ke atas kesemua tuduhan yang ditimbulkan ketika ini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)