Sukan ping pong atau dalam bahasa Inggerinya, table tennis adalah antara yang paling popular pada masa kini. Ia dimainkan antara dua pemain atau antara dua pasangan dengan memukul satu bola ringan di atas meja yang dipisahkan dengan jaring.
Permainan ini dicipta oleh firma Inggeris J. Jaques aand Son pada akhir tahun 1800-an.
BESARKAN TEKS A- A+
Sukan ini ditadbir oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun 1926. Kini ITTF mempunyai 220 negara anggota namun kebanyakan pemain yang menonjol datang dari timur, terutamanya China.
Sejak tahun 1988, ping pong diiktiraf sebagai sukan rasmi di sukan Olimpik. Dengan ini, perkembangan sukan ini kini telah tersebar di seluruh dunia dan iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 pemain ping pong yang paling hebat sepanjang zaman.
5. Kong Linghui
Dianggap oleh ramai sebagai pemain ping pong paling lengkap sepanjang zaman, gaya permainan Kong Linghui seolah-oleh bercorak seperti pemain hebat 90an iaitu Jan-Ove Waldner dan Jorgen Persson.
Kong bertanding dalam tiga Sukan Olimpik iaitu dari 1996 hingga 2004. Beliau memenangi pingat emas dalam kategori beregu di Olimpik 1996 berpasangan bersama Liu Guoliang.
Empat tahun kemudian, Kong memenangi pingat emas dalam kategori perseorangan dan perak bersama Liu bagi kategori beregu. Ini menjadikannya pemain ketiga untuk mencapai karier Grand Slam (Menang ketiga-tiga kejohanan utama dunia iaitu Olimpik, Piala Dunia dan Kejuaraan Dunia)
Dalam Olimpik 2004, Kong berpasangan dengan pemain baru namun disingkarkan pada peringkat ke-3. Kong dianggap sebagai salah seorang pemain ping pong terbaik dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Wanita Kebangsaan China.
4. Liu Guoliang
Liu Guoliang adalah pemain ping pong ke-2 dunia yang berjaya mencapai karier Grand Slam. Beliau juga merupakan atlet ping pong yang sekurang-kurangnya memenangi satu gelaran dalam setiap kejohanan utama antarabangsa, termasuklah Kejohanan Dunia, Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
Liu bersara selepas musim 2001 dan dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Ping Pong Nasional Lelaki China ketika hanya berusia 27 tahun yang menggondol pingat emas dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2008.
Abang Liu Guoliang iaitu Lui Guodong adalah bekas ketua jurulatih Pasukan Ping Ping Nasional Wanita Singapura dan kini menjadi ketua jurulatih Pasukan Ping Pong Indonesia.
3. Zhang Jike - China
Zhang Jike memenangi Kejohanan Ping Pong Dunia (WTTC) pada tahun 2011 dan kemudiannya pingat emas dalam sukan Olimpik London 2012. Zhang terus memenangi WTTC pada tahun 2013 dan juga Piala Dunia pada tahun 2014.
Sehingga 2016, Zhang Jike dan Ma Lin adalah satu-satunya pemain ping pong yang telah memenangi lima gelaran utama dunia. Dikenali dengan kekuatan mentalnya dan kebolehan beraksi di bawah tekanan, Zhang telah memikat penonton dengan keupayaannya memenangi mata-mata yang sangat penting.
Zhang juga merupakan pemenang pingat emas di sukan Olimpik 2012 dan pemenang pingat perak di Olimpik 2016, tewas kepada Ma Long. Zhang Jike juga memenangi 2 kali dalam Kejohanan Dunia dan Piala Dunia.
Sepanjang kariernya, Zhang telah memenangi sebanyak 6 kali dalam Pro Tour. Rekod yang paling hebat dicatatkan Zhang adalah pemain paling cepat mencapai gelaran karier Grand Slam pada rekod 445 hari dan pemain paling hampir untuk memperoleh karier Grand Slam kedua.
2. Jan-Ove Waldner - Sweden
Jan-Ove Waldner adalah pemain ping-pong paling berjaya dalam sejarah, yang bukan berasal dari China dan satu-satunya atlet bukan dari China dalam senarai ini. Ramai yang menganggap beliau sebagai pemain terbaik sepanjang zaman disebabkan oleh tempoh permainannya dalam sukan yang memerlukan koordinasi mata.
Pada tahun 2010, Jan-Ove telah memenangi gelaran Sweden ke-9, menentang lawan yang dilahirkan pada tahun yang sama ketika beliau memenangi kejuaran Sweden pertamanya. Jan-Ove bermain di peringkat elit sehingga tahun 2016 dan bermain menentang pemain yang dilatih oleh bekas lawannya dahulu.
Tahap ketahanan beliau dalam sukan ini membolehkan Jan-Ove memperoleh nama gelaran "Evergreen Tree" di China. Jan-Ove juga adalah antara salah satu daripada 7 pemain yang bermain dalam lima sukan Olimpik sejak sukan ping pong dimasukkan ke dalam kejohanan itu.
Beliau memenangi emas dalam Olimpik pada tahun 1992 dan perak pada tahun 2000. Jan-Ove adalah pemilik kepada 11 pingat Kejohanan Dunia yang merangkumi dua emas perseorangan. Tak cukup dengan itu, beliau juga merupakan atlet yang memenangi 3 pingat emas di Kejohanan Eropah 1996, memenangi emas kategori keseorangan, beregu dan berpasukan.
1. Ma Long - China
Dan tak lain tak bukan, tempat pertama senarai pemain ping pong paling power sepanjang zaman adalah Ma Long. Ma Long adalah pemain lelaki nombor satu dunia yang paling lama memegang takhta itu. Sehingga Disember 2017, beliau memegang ranking nombor 1 dunia Persekutuan Ping Pong Antarabangsa selama 64 bulan berturut-turut dari Mac 2015.
Ma Long merupakan pemain lelaki pertama yang berjaya memenangi setiap gelaran perseorangan ping pong dan atlet ke-5 yang memenangi karier Grand Slam. Beliau juga memenangi Kejohanan Jelajah Dunia ITTF sebanyak 5 kali berturut-turut, termasuklah rekod tanpa kalah sebanyak 35 set.
Pada tahun 2014, Ma merupakan Juara Dunia Asia dan Dunia, memenangi pingat emas di sukan Olimpic Rio Brazil pada tahun 2015 dan Kejohanan dunia pada 2017. Beliau juga memenangi dua kali Piala Dunia, 24 kali Jelajah Dunia ITTF, 5 kali Jelajah Dunia Akhir ITTF, dan pingat emas Sukan Asia 2010.
Dan juga, Ma Long adalah pemain termuda dalam senarai ini yang berusia 29 tahun.