Oleh pada 18 Apr 2018 kategori

jeu de paume pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Diadaptasikan daripada sukan purba yang dikenali sebagai "Jeu de paume"  yang bermaksud permainan sawit, sukan tenis kemudiannya disistematikkan di England pada tahun 1870.

Selain daripada bola sepak, tenis juga merupakan sukan yang mendapat tempat di hati orang ramai. Kini, tenis merupakan antara sukan utama yang menawarkan hadiah lumayan.

iluminasi.com ingin kongsikan 5 pemain tenis paling hebat dan berjaya dalam sejarah.

5. Novak Djokovic

novak djokovic pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Karier pro: Bermula tahun 2003

Jumlah gelaran: 68 gelaran

Hadiah kemenangan: RM428 juta

Gelaran Grand Slam: 4 Terbuka Australia, 3 Wimbledon, 2 Terbuka Amerika Syarikat, 1 Terbuka Perancis 

Untuk memasukkan Novak Djokovic dalam senarai ini adalah sangat mudah namun di mana untuk meletakkannya, agak sukar. Di usia 30 tahun yang mana merupakan puncak dalam kariernya, Djokovic mempunyai potensi cemerlang untuk memenangi lebih banyak gelaran Grand Slam. Dan ketika kariernya sudah tamat satu hari nanti, mungkin beliau berada di top 3 pemain terbaik sepanjang zaman.

novak djokovic pemain tenis paling power sepanjang zaman

Jika dilihatkan kepada rekod kemenangan dicatakan Djokovic setakat ini, beliau sememangnya layak untuk berada dalam senarai 5 pemain terbaik sepanjang zaman. Dengan memenangi kejuaran di Terbuka Perancis pada tahun 2016, beliau merupakan pemain ke-8 yang berjaya mendapat gelaran karier Grand Slam, iaitu memenangi keempat-empat kejohanan Grand Slam (Terbuka Perancis, Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka AS).

Namun dengan kecederaan bahu yang dialami menghalang Djokovic daripada bertanding di Terbuka AS pada tahun 2007, membantutkan pengumpulan gelaran Grand Slam nya.

4. Pete Sampras

pete sampras pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Karier pro: Bermula tahun 1988

Jumlah gelaran: 64 gelaran

Hadiah kemenangan: RM168.7 juta

Gelaran Grand Slam: 2 Terbuka Australia, 7 Wimbledon, 5 Terbuka Amerika Syarikat

Tempat Pete Sampras dalam sejarah tenis sukar untuk diadili kerana beliau hanya memenangi 3 daripada 4 Grand Slam sepanjang kariernya. Beliau lebih jelas bermain di gelanggang keras dan rumput, dan bagaimana untuk kita menentukan kedudukannya apabila seseorang itu hanya mendominasi di satu gelanggang dan bergelut dalam gelanggang yang lain.

pete sampras pemain tenis paling power sepanjang zaman

Apabila beliau bersara para tahun 2002, Pete dianggap sebagai pemain terbaik sepanjang zaman walaupun ramai yang mempertikaikannya. Pete merupakan pemain nombor satu dunia untuk 6 tahun berturut-turut dari tahun 1993 hingga 1998, dengan 14 gelaran Grand Slam yang merupakan rekod terbaik sukan ini pada ketika itu.

Pete berada di kedudukan terbaik ketika memenangi Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2002 yang merupakan gelaran Grand Slam terakhirnya. Namun, tanpa memenangi gelaran Terbuka Perancis, bagaimana nak tentukan sama ada beliau layak untuk berada dalam senarai pemain terbaik sepanjang zaman. Setakat ini, beliau hanya layak berada di tangga ke-4 dunia.

3. Rod Laver

rod laver pemain tenis paling power sepanjang zaman 3

Karier pro: Bermula tahun 1962

Jumlah gelaran: 200 gelaran

Hadiah kemenangan: RM6.1 juta

Gelaran Grand Slam: 3 Terbuka Australia, 4 Wimbledon, 2 Terbuka Amerika Syarikat, 2 Terbuka Perancis

Sukar untuk menilai bagaimana prestasi Rod Laver jika berhadapan dengan para pemain hebat hari ini, tetapi dengan rekod yang dicatatkannya, pastinya Rod Laver akan memberikan tentangan yang sangat sengit.

Rod Laver pernah memegang kedudukan pemain nombor 1 dunia untuk 7 tahun berturut-turut dari tahun 1964 sehingga 1970, dan mempunya gelaran karier paling banyak dalam sejarah berbangding pemain lain, dengan 200 gelaran.

rod laver pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Beliau merupakan satu-satunya pemain yang berjaya memenangi 2 kali dalam keempat-empat gelaran Grand Slam iaitu pada tahun 1962 sebagai pemain amatur dan pada tahun 1969 sebagai pemain pro.

Rod Laver diharamkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Grand Slam selama 5 tahun di pertengahan tahun 1960-an, dan ramai yang menjangkakan beliau akan membolot semua gelaran Grand Slam ketika itu jika bertanding.

rod laver pemain tenis paling power sepanjang zaman

Beliau diharamkan bertanding kerana pada era pre-open, kejohanan Grand Slam hanya untuk pemain amatur sahaja, dan zaman "open era" hanya bermula pada tahun 1968, membolehkan beliau bertanding sebagai pemain profesional.

Dan memandangkan Rod berada di kedudukan nombor 1 dunia pada 5 tahun pengharaman tersebut, berkemungkinan besar beliau akan memenangi lebih banyak Grand Slam.

2. Rafael Nadal

rafael nadaal pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Karier pro: Bermula tahun 2001

Jumlah gelaran: 75 gelaran

Hadiah kemenangan: RM368.7 juta

Gelaran Grand Slam: 1 Terbuka Australia, 2 Wimbledon, 3 Terbuka Amerika Syarikat, 10 Terbuka Perancis

rafael nadal pemain tenis paling power sepanjang zaman

Jika bukan disebabkan tendinitis yang berulang di bahagian lututnya dan juga kecederaan pergelangan tangan, Rafael Nadal mungkin boleh memenangi beberapa lagi gelaran Grand Slam untuk dimasukkan ke dalam resume nya yang sudah cukup mengagumkan. 

Di usia 31 tahun, pemain Sepanyol yang "berapi" yang juga dikenali sebagai Rafa atau "Raja Tanah Liat" ini sudah mempunyai 16 gelaran Grand Slam dan berpotensi untuk mengejar Roger Federer. 

rafael nadaal pemain tenis paling power sepanjang zaman 3

Nadal dianggap sebagai pemain tenis di gelanggang tanah liat terhebat sepanjang zaman, walaupun peminat Bjorn Borg tidak bersetuju dengan gelaran ini. Rekod ke-10 Nadal dalam Terbuka Perancis pada tahun 2017 membuatkan ramai orang tak dapat membayangkan siapa lagi yang lebih hebat di gelanggang tanah liat.

1. Roger Federer

roger federer pemain tenis paling power sepanjang zaman 2

Karier pro: Bermula tahun 1998

Jumlah gelaran: 96 gelaran

Hadiah kemenangan: RM448.4 juta

Gelaran Grand Slam: 6 Terbuka Australia, 8 Wimbledon, 5 Terbuka Amerika Syarikat, 1 Terbuka Perancis

roger federer pemain tenis paling power sepanjang zaman

Pastinya ramai sudah menjangkakan dan bersetuju dengan pemilihan Roger Federer sebagai pemain tenis terhebat sepanjang zaman. Buktinya adalah rekod Grand Slam yang diperoleh beliau sebanyak 20 kali. Malah, di usia 36 tahun beliau masih memenangi dan bertanding di kejuaraan utama dunia.

Rekod Federer selama 302 minggu sebagai pemani nombor satu dunia adalah satu rekod pembukaan era yang baru. Dari tahun 2004 hingga 2008, Federer memegang takhta pemain nombor satu dunia selama 237 minggu berturut-turut, satu rekod yang tak pernah dicabar.

roger federer pemain tenis paling power sepanjang zaman 3

Walaupun ketika ini ramai pemain-pemain muda mencuba pelbagai cara untuk mengalahkan beliau, namun Federer masih konsisten bermain di tahap terbaik membuktikan kemahiran dan kebolehannya yang hebat.

Dengan memenangi Kejohanan Terbuka Australia 2008 selepas prestasi cemerlang pada musim 2007 dengan memenangi di Wimbledon dan Terbuka Australia, tanpa ragu menjadikan Roger Federer adalah pemain tenis terbaik sepanjang zaman.


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)