Oleh pada 09 Dec 2017 kategori

penalti panenka

Sepakan penalti 'Panenka', dinamakan sempena pemain yang menciptanya iaitu penyerang Republik Czech Antonin Panenka, adalah satu cara terhebat untuk memalukan penjaga gol. Pemain yang mengambil sepakan penalti akan mengacah untuk menyepak ke arah kiri atau kanan namun sebaliknya hanya melakukan 'chip' ke arah tengah, menjadikan penjaga gol terpinga-pinga dan hanya menyaksikan bola menerjah jaring.

Namun tidak semua perancangan selalunya menjadi. Bila ia berlaku, bukan penjaga gol tetapi pemain yang mengambil sepakan tersebut yang akan kecewa. Berikut adalah senarai 5 sepakan penalti 'Panenka' yang menemui kegagalan dan juga melucukan.

#5 Fernando Tissone

Ia berlaku di dalam perlawanan persahabatan jadi ia tidak terlalu diperbesarkan. Tetapi sepakan penalti Fernando Tissone dalam perlawanan tersebut ketika Malaga menentang pasukan Argentina, San Lorenzo pada tahun 2015, kekal menjadi salah satu Panenka yang paling mudah diselamatkan dalam sejarah.

Jika penjaga gol boleh mengagak arah cubaan yang akan dilakukan pengambil sepakan penalti, selalunya mereka boleh menangkap bola dengan mudah. Tetapi dalam kes Tissone ini, rancangannya terlalu mudah dibaca sehinggakan penjaga gol tidak perlu bergerak dari kedudukannya dan langsung tidak menggunakan tangannya. Beliau hanya berdiri tegak dan mendada bola tersebut. Selepas itu, beliau berpaling ke arah Tissone dan mengatakan sesuatu yang gagal dirakam oleh kamera. Lagaknya itu seolah-olah mengatakan: "Adakah kamu rasa saya akan tertipu dengan helah mudah seperti itu?".

#4 Alexandre Pato

Kadang kala kegagalan ketika melakukan Panenka boleh menjadi sesuatu yang melucukan hanya disebabkan betapa teruknya cara ia dilaksanakan. Jika anda mencuba melakukan Panenka, tetapi cubaan untuk melakukan chip tidak berhasil, arah gerakan bola juga tidak seperti dirancang, dan hanya dapat menyaksikan penjaga gol mengekalkan kedudukan asalnya. Alexandre Pato pernah merasai pengalaman itu. Ketika penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang suku akhir Copa do Brasil pada 2013 di antara Corinthians dan Gremio, beliau perlu menjaringkan penalti tersebut untuk mengelakkan Corinthians daripada tersingkir, namun apa yang berlaku adalah beliau hanya menyaksikan cubaannya untuk mengelirukan bekas rakan sepasukannya di AC Milan, Dida, diselamatkan dengan mudah dan selesa.

#3 Jason Cummings

Jason Cummings mengalami masalah yang begitu berbeza dengan Pato ketika beliau menjadi pengambil sepakan penalti di separuh masa pertama untuk pasukan Hibernian dalam perlawanan separuh akhir Scottish Cup menentang Dundee United pada tahun 2016.

Penyerang muda itu dalam prestasi terbaiknya menjelang perlawanan tersebut dan keyakinannya mungkin telah mengatasi dirinya sendiri. Beliau boleh memilih untuk menyepak  bola ke penjuru kiri atau kanan gol, namun sebaliknya beliau cuba melakukan Panenka. Beliau berjaya melakukan chip, namun ia terlalu kuat. Penjaga gol sudah terpedaya dengan helahnya tetapi malangnya bola tersebut melepasi palang gol, dan membuatkan Cummings menyumpah dirinya sendiri dengan perasaan malu. Ketika analisis pada rehat separuh masa pertama, pengulas mengatakan, "Beliau cuba untuk kelihatan hebat dan bijak". Seperti yang sentiasa diperkatakan oleh umum, "Tiada sesiapa pun suka kepada orang yang cuba tunjuk pandai".

#2 Milos Adamovic

Kegagalan sepakan penalti yang diambil oleh Milos Adamovic untuk pasukannya Radnik Surdulica ketika tewas di tangan pasukan Napredak Krusevac di Liga Serbia membuktikan Panenka bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh pemain yang sudah berusia.

Cubaannya agak mengelirukan disebabkan oleh keyakinannya ketika membuat larian dan cara sepakannya yang sangat teruk. Lariannya sebelum membuat cubaan sangat meyakinkan dan kelihatan seperti akan berhasil, dan juga berjaya menutup segala helah yang dirancangkan, tetapi kemudian beliau telah menjadikan usahanya itu sia-sia dengan kesilapan yang besar. Hasilnya bola pergi ke arah budak pengutip bola, bukannya ke dalam gol. Bukan sesuatu yang mengejutkan Adamovic tidak pernah mewakili Serbia di peringkat antarabangsa.

#1 Romario Balde

Romario Balde adalah sebahagian daripada pasukan Benfica yang berjaya ke perlawanan akhir UEFA Youth League pada musim 2013-14 dan kemudian menjaringkan 3 gol ketika mereka melangkah ke peringkat 8 terbaik pada tahun seterusnya.

Sebagai pemain veteran di dalam pertandingan tersebut, beliau menjadi pilihan yang sesuai setelah mereka dianugerahkan sepakan penalti dalam perlawanan suku akhir menentang Shakhtar Donetsk. Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku. Cubaan penalti Panenka yang dilakukan terlalu lemah yang menyaksikan penjaga gol Oleh Kudryk yang sudah merebahkan badannya ke arah yang salah masih sempat bangun semula dan berjaya menghalang bola dari melepasi garisan gol. Balde kemudian dilihat dengan mukanya yang penuh kekecewaan dan kedua-dua tangannya diletakkan di atas kepala. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Balde menyaksikan perlawanan dari bangku simpanan yang memihak kepada Shakhtar selepas penentuan sepakan penalti yang membawa lawan mereka itu ke peringkat separuh akhir.

Rujukan: m.sportskeeda.com


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)