Amalan alkimia (kimia) yang wujud sejak berabad-abad lamanya ini adalah berdasarkan idea bahawa logam boleh diubah kepada benda yang lebih berharga. Ianya bermula kira-kira pada tahun 100 Masihi dan mencapai kemuncaknya pada zaman pertengahan.

Penyelidik awal proses semulajadi ini memusatkan pencarian mereka dalam bahan mitos yang dikenali sebagai philosopher's stone, yang dikatakan mempunyai pelbagai kuasa seperti menyembuhkan, memanjangkan umur dan menukar logam asas menjadi logam berharga seperti emas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ahli alkimia dahulu percaya bahawa dunia ini terdiri daripada empat unsur asas iaitu air, tanah, api dan udara. Hari ini kita tahu bahawa komposisi unsur planet ini agak rumit berbanding itu. Namun, para saintis awal ini mempunyai satu perkara yang betul iaitu emas boleh dihasilkan daripada elemen lain, walaupun prosesnya lebih mahal daripada emas itu sendiri.

Dengan memperkenalkan idea-idea revolusioner tentang bagaimana bumi ini berfungsi dan membuka jalan kepada ahli kimia di masa hadapan, mereka telah meninggalkan warisan yang bertahan lama setelah kematian mereka. Berikut adalah ahli alkimia paling berpengaruh sepanjang masa.

5. Sir Isaac Newton

gambar isaac newton di bawah pohon epal

Ramai yang mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa Sir Isaac Newton yang menjumpai teori graviti ini juga adalah seorang ahli saintis yang juga bekerja secara meluas dalam bidang alkimia.

Walaupun banyak kajian alkimia beliau dikatakan telah hilang dalam kebakaran makmal yang terkenal, dia dikatakan sangat berminat dengan banyak kajian kimia alkimia termasuk yang berkaitan dengan Philosopher's Stone, penghasilan perak dan emas dari larutan kimia.

kebakaran perpustakaan isaac newton

Walaupun ramai yang mengambil pelajaran Newton tentang "epal yang jatuh dari pokok" yang membuktikan pandangannya yang sangat mekanikal bagaimana fizik dunia berfungsi, sebenarnya Newton lebih banyak menghabiskan masanya untuk mengkaji bidang alkimia berbanding kajiannya terhadap graviti.

4. Pope John XXII

pope john xxii

Pope John XXII memegang jawatan pope dari tahun 1316 sehingga 1334. Walaupun dia diingati sebagai seorang yang bertanggungjawab menyusun semula struktur gereja supaya ianya ditadbir dengan lebih cekap, dia juga terkenal kerana mengeluarkan perintah menarik yang mengutuk amalan alkimia pada tahun 1317.

Beliau mendakwa bahawa amalan itu bukan sahaja secara terlogikal mengubah ciptaan tuhan malah tidak bertanggungjawab secara moral kerana mengekspoitasi orang menggunakan emas yang tidak tulen.

Walaupun sesetengah orang menganggap peraturan baru itu sebagai anti-sains, John XXII sebenarnya adalah seorang pelopor pendidikan dan saintis paling liberal dalam sejarah.

gambar pope john xxii

Dikhabarkan pada masa itu Pope itu sendiri adalah seorang pengamal alkimia dan telah menyebarkan perintah itu untuk menutup khabar angin mengenai dirinya. Ini kerana pada waktu itu gereja dan sains adalah bertentangan antara satu sama lain.

Setelah meninggal dunia, dia telah meninggalkan sebahagian barang kemas dan wang yang sangat banyak dan membuatkan ahli alkimia yang lain pada masa itu mendakwa John XXII telah menghasilkan sendiri semua barangan itu.

3. John Dee

john dee

John Dee dianggap sebagai salah seorang pemikir terhebat pada zamannya di beberapa bidang akademik, termasuk matematik dan astronomi. Dia pernah dijemput untuk memberi ceramah di Universiti Paris pada usia awal 20-annya. Kepandaiannya dan gabungan kenalan berpengaruh membuatkannya dilantik sebagai penasihat dalam Istana Ratu Elizabeth I.

Akan tetapi, dunia akademik bukanlah salah satunya bidang yang diminati Dee. Dia sangat meminati ilmu alam ghaib dan alkimia. Dia telah menghabiskan tiga dekat terakhir hidupnya untuk berkomunikasi dengan makhluk ghaib dan mendalami alkimia.

Pada tahun 1659, dia telah memuatkan beberapa manuskrip yang memperincikan usaha-usaha yang dilakukannya dalam sebuah buku bertajuk "A True & Faithful Relation of What passed for many Years between Dr. John Dee and some spirits."

john dee dan ratu elizabeth

Bagi Dee, ilmu sains dan alam ghaib ini adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Baginya, kedua-duanya adalah asas untuk memahami dunia yang berada di sekeliling kita. Akan tetapi, dia hidup di zaman di mana sians dan kerohanian adalah dua benda yang berbeza.

Selepas Ratu Elizabeth mangkat, dia dicemuh dan meninggal dunia dalam keadaan miskin meskipun sumbangannya banyak dalam kebudayaan British, termasuk istilah "British Empire".

Namun, reputasinya telah diselamatkan berabad-abad selepas kematiannya. Harini ini dia diiktiraf kerana mempunyai perpustakaan terbaik di Eropah dan menjadi individu penting kepada keputusan Ratu untuk menjajah Amerika Utara kerana kehebatan navigasinya.

Ramai pakar saintis dan kimia yang telah menyokong Dee dan mendakwa dia hidup di zaman dimana kebanyakan orang tidak tahu tentang ilmu pengetahuan secara meluas berbanding Dee yang mempunyai pandangan jauh.

2. Jābir ibn Hayyān

jabir ibn hayyan 2

Abū Mūsā Jābir ibn Hayyān adalah ahli sains dan alkemia Persia yang terkenal yang hidup dari sekitar 720 hingga 815 Masihi. Dia yang juga digelar sebagai "bapa kimia awal" juga seorang yang ahli dalam bidang astrologi, jurutera, geografi, falsafah, fizik dan farmasi.

Beliau juga merupakan seorang ahli alkimia Islam yang paling terkenal dan dipercayai telah mengembangkan cara untuk mencipta makhluk hidup daripada formula kimia.

jabir ibn hayyan

Sepanjang hidupnya, beliau telah dilantik sebagai ahli alkimia istana di bawah pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid yang telah menyimpan banyak kajian Jābir di perpustakaan Bayt al-Hikma yang terkenal sebelum dimusnahkan oleh kaum Mongol pada tahun 1258.

Walaupun kebinasaan telah dilakukan oleh kaum Mongol itu satu kerugian besar dalam sejarah ilmuan Islam, beberapa kajian Jābir telah tersebar ke serata Eropah dibawah nama pena Geber.

1. Tycho Brahe

tycho brahe

Tycho Brahe adalah seorang bangsawan dari Denmark yang sering melakukan perkara dengan betul. Pemerhatiannya terhadap fenomena astrologi adalah lima kali lebih tepat dan merupakan kedua yang terbaik pada masa itu. Dia adalah orang pertama yang mendakwa bahawa bulan mengorbit Bumi dan planet dalam sistem solar kita mengorbit matahari.

Dia adalah seorang astronomi legenda yang terakhir yang membuat kesimpulan melalui pemerhatiannya dengan mata kasar sebelum terciptanya teleskop. Dengan pengamatan yang luar biasanya, tidak hairan jika Brahe juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian alkimia.

Dia melihat astrologi sebagai tenaga yang mengikat dunia spiritual dan fizikal bersama. Melalui penyelidikannya dalam bidang alkimia, dia telah cuba membuat ubat-ubatan herba untuk penyakit berjangkit dan demam.

mural tycho brahe

Hasil kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Kaare Lund Rasmussen dari University of South Denmark mendapati, ujian daripada sampel yang diambil daripada kulit kepala, rambut dan bulu kening mayatnya mendapati kandungan emas yang begitu tinggi berbanding manusia biasa iaitu sebanyak 20-100 kali ganda lebih tinggi.

Ini membuktikan bahawa dia telah menghabiskan beberapa bulan terakhir dalam hidupnya bekerja dengan bahan logam untuk menghasilkan emas. Dia juga dikhabarkan meninggal dunia dengan mempunyai tinggalan emas yang begitu banyak sekali. Mungkin dia berjaya menghasilkan banyak emas daripada penyelidikan alkimia yang dilakukannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)