Kayu adalah satu bahan yang digunakan dalam penciptaan banyak objek di sekeliling kita, sama ada kerusi yang kita duduki, meja yang kita makan atau rak yang kita letakkan buku.

Objek-objek biasa ini diperbuat daripada kayu disebabkan oleh mudah untuk didapati, murah, ringan, kukuh dan sebagainya. Juga terdapat banyak objek yang tidak dihasilkan menggunakan kayu juga disebabkan oleh sifat kayu itu sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun begitu, ia tidak menghalang penciptaan objek-objek dalam senarai ini, yang sangat aneh untuk difikirkan. iluminasi.com kongsikan 5 barang yang anda tak sangka diperbuat daripada kayu.

5. Skuter

vespa kayu carlos alberto

Skuter Vespa adalah kenderaan yang biasa dilihat di jalan raya sejak ia dicipta oleh Piaggio Group dari Itali selepas Perang Dunia II.

Walaupun Itali sentiasa menjadi pasaran terbesar untuk kenderaan bergaya ini, ia juga sangat popular di United Kingdom sejak ia dikaitkan dengan adegan "Mod" ketika tahun 1960-an.

Walau bagaimanapun, walaupun Vespa telah melalui beberapa variasi reka bentuk yang berbeza dalam 70 tahun sejak ia mula dilancarkan, tiada siapa yang pernah terfikir untuk menghasilkan skuter kayu sehingga Carlos Alberto muncul.

Pada Oktober 2007, Carlos yang merupakan seorang tukang kayu dari Portugal, melakukan satu tugas pelik dalam merekabentuk dan membina Vespa yang mampu berfungsi daripada kayu, yang kemudiannya dinamakan "Daniela."

Projek itu mengambil masa 10 bulan, melibatkan penggunaan 10 jenis kayu yang berbeza dan menelan belanja RM13,200.

4. Pesawat pengebom

pesawat pengebom kayu

Apabila berfikir tentang kapal terbang, perkara yang paling utama adalah ia sudah tentu diperbuat daripada logam. Namun, pesawat kayu adalah salah satu inovasi luar biasa yang muncul dalam Perang Dunia Kedua.

Apabila peperangan berada di kemuncak, aluminium yang lebih biasa digunakan untuk membina pesawat pejuang diklasifikasikan sebagai bahan strategik dan agak sukar didapati, sedangkan kayu balsa dan papan lapis yang digunakan dalam pembinaan DH.98 Moquito sangat mudah untuk diperolehi.

Syarikat yang menghasilkan idea ini adalah Havilland, yang sebelum ini mempelopori penggunaan balsa dan papan lapis untuk menghasilkan badan pesawat seperti pada DH.91 Albatross.

Kemampuan kelajuan pesawat ini memberikan idea kepada Geoffrey de Havilland untuk pesawat pengebom yang akan menjadi lebih pantas daripada yang lain di udara kerana ia dibuat dari kayu yang ringan dan tidak mempunyai senjata mesin yang dibina ke dalamnya.

Ketiadaan senapang mesin adalah satu lagi perkara yang menjadikan Mosquito sebagai pengebom yang sangat luar biasa dan ini juga bermakna pegawai-pegawai kementerian perang perlu merealisasikan idea yang hebat ini.

Atas sebab itu, DH.98 Moquito tidak dihasilkan sehingga lewat 1940. Tetapi apabila ia sudah bersedia untuk bertindak, ia dengan pantas menjadi pesawat pilihan dalam pelbagai tugas, termasuk serangan pengeboman, pengangkutan tentera, kerja fotografi jarak jauh dan pencarian laluan.

Ia memperoleh gelaran "The Wooden Wonder" dan menyebabkan menteri penerbangan Jerman Herman Goering pergi tersangat cemburu dengan ciptaan ini.

3. Komputer meja

komputer kayu

Komputer yang diperbuat daripada kayu mungkin kedengara seperti sesuatu dalam filem komedi, tetapi ia benar-benar wujud dalam nyata.

Apa yang membuatkannya lebih aneh adalah papan kekunci komputer ini adalah sebahagian daripada meja. Komputer kayu ini dihasilkan oleh seorang artis dari Belanda bernama Marlies Romberg.

Dia menyatakan bahawa konsep di sebalik penciptaan komputer ini adalah perpaduan dunia digital dan dunia nyata. Ciptaannya terdiri daripada komputer meja yang mempunyai skrin dan tetikus, kedua-duanya diperbuat daripada kayu.

Papan kekunci pula dihasilkan menggunakan pemotong laser untuk mengukir setiap satu kekunci pada permukaan meja.

Malah, Marlies menghasilkan pemacu USB untuk digunakan bersama komputer ini sebagai sebahagian daripada projek yang sama, namun itu diperbuat daripada daripada silikon dan bukannya kayu.

Marlies Romberg bukanlah orang pertama yang menghasilkan komputer seperti ini. Seorang tukang yang berpangkalan di Moscow menghasilkan skrin, papan kekunci dan tetikus kayu pada tahun 2007, 2tahun sebelum Marlies.

2. Bangunan pencakar langit

bangunan diperbuat daripada kyu

Sebuah syarikat di Jepun, Sumitomo Forest, bercadang untuk membina sebuah pencakar langit kayu 70 tingkat di Tokyo pada tahun 2041 yang akan menjadi yang paling tinggi dari jenisnya di seluruh dunia.

Ia akan dibina daripada gabungan 90% kayu dan 10% keluli, dengan rangka kerja menggabungkan kedua-dua cara yang direka untuk memastikan ia mampu bertahan gegaran gempa bumi yang biasa di negara ini dan ia akan menyediakan perumahan untuk 8,000 orang.

Mungkin berasa sangat hairan dan pelik terhadap rancangan pembinaan bangunan pencakar langit kayu bukannya konkrit dan keluli. Namun sebenarnya, pada masa ini telah wujud beberapa bangunan yang diperbuat daripada kayu.

Salah satu contoh ialah bangunan T3 (gambar di atas), yang terletak di Minneapolis dan kini merupakan gedung balak kayu terbesar Amerika Syariakt.

Arkitek semakin berminat dengan idea menggunakan kayu untuk pembinaan bangunan-bangunan ini kerana proses pembinaan adalah jauh lebih cepat daripada menggunakan keluli dan kongkit kerana bahan-bahan ini tidak menghasilkan pengeluaran karbon, sedangkan kayu menyerap karbon dioksida, menjadikannya lebih baik untuk alam sekitar.

1. Torpedo

torpedo kayu

Torpedo adalah sejenis peluru berpandu yang bergerak di bawah air dan mempunyai peledak yang dipasang di atasnya, direka untuk meletupkan sasaran dan secara umumnya bukan sesuatu yang diperbuat daripada kayu.

Walau bagaimanapun, semasa Perang Dunia II, sebuah dermaga yang diubahsuai terletak di Stokes Bay, England, telah digunakan oleh Tentera Udara Diraja Britain sebagai tapak uji untuk senjata, termasuk torpedo latihan.

Ini adalah perlu supaya keberkesanan torpedo yang jatuh dari pesawat dapat dipantau. Tetapi untuk sebab-sebab yang kita semua faham, peluru berpandu latihan yang digunakan tidak dipasangkan peledak letupan.

Satu lagi perkara yang membuat torpedo "palsu" ini berbeza daripada yang digunakan dalam peperangan sebenar adalah bahawa sebahagian daripadanya diperbuat daripada kayu.

Perkara ini telah disahkan apabila salah satu daripada peluru ujian yang dilancarkan dari Stokes Bay dermaga oleh Unit Pembangunan Torpedo RAF telah ditemui di dasar laut.

Peluru berpandu ini kini dipamerkan di Muzium Armada Air Arm di United Kingdom.




Hakcipta iluminasi.com (2017)