Untuk beribu-ribu tahun, kayu gaharu dikenali sebagai "The Wood of the Gods". Kayu gaharu gred pertama boleh mencecah harga RM400,000 sekilogram sekaligus menjadikannya sebagai bahan mentah paling mahal di dunia.

Namun untuk pokok ini menghasilkan kayu gaharu, ia perlu dijangkiti bakteria terlebih dahulu. Bagaimana jangkitan ini berlaku? Apa kegunaan kayu gaharu dan mengapa ia tersangat mahal?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Aquilaria malaccensis adalah pokok yang berasal dari hutan hujan di Asia Tenggara.

pokok aquilaria malaccensis

Sebelum dijangkiti bakteria, kayu di dalam pokok ini adalah pucat, tidak mempunyai bau dan tidak berharga.

Namun dalam dunia liar, kerosakan pada pokok ini yang disebabkan oleh haiwan mengakibatkan pertumbuhan sejenis jangkitan kulat di bahagian dalam pokok yang dikenali sebagai Phialophora parasitica.

Untuk mempertahankan diri dari jangkitan ini, pokok Aquilaria menghasilkan resin aromatik gelap dan lembap yang disebabkan oleh tekanan, dikenali sebagai aloe.

kayu gaharu terhasil akibat kulat

Selama beberapa tahun, aloe-aloe yang dihasilkan ini tertanam di bahagian dalam pokok yang menghasilkan akhirnya menghasilkan kayu gaharu.

Setelah kayu gaharu dituai, ia perlu dipisahkan dari kayu Aquilaria yang sihat di sekelilingnya.

Dalam tugas sukar yang sering memakan masa berjam-jam, kayu gaharu yang terhasil dan juga dikenali sebagai oud, diukir menggunakan tangan.

Oud biasanya digunakan sebagai pewangi biasanya di Timur Tingah di mana ia dibakar untuk mewangikan ruangan rumah atau sebagai minyak wangi.

penghasilan kayu gaharu

Oud juga disuling menjadi minyak pati dan dalam bentuknya yang paling tulen, harga minyak oud matang boleh mencecah RM320,000 seliter.

Ini membuatkan ia mendapat nama julukan "emas cair" dalam kalangan para peniaga.

Disebabkan Oud menjadi semakin popular di Barat, ia telah menjadi ramuan biasa dalam sesetangah minyak wangi untuk menambahkan aroma "musky ", menjadikannya tersangat mahal.

oud

Tetapi kerana pengeluaran tidak mapan dan pemburuan haram, semua jenis pohon Aquilaria kini diklasifikasikan sebagai terancam terancam kritikal, dengan para pakar menganggarkan populasi global telah menurun sebanyak 80% selama 150 tahun terakhir.

Malah bagi pokok Aquilaria yang masih bertahan, kekerapan untuk ia dijangkiti kulat secara semula jadi adalah sangat jarang.

Sesetengah pihak menganggarkan hanya 2% sahaja dari pokok Aquilaria liar yang dijangkiti jumlah kulat yang cukup untuk menghasilkan gaharu secara semula jadi. kayu gaharu oud 564

Ini sekaligus membuatkan pemburuan untuk mencari kayu gaharu semula jadi tersangat sukar.

Dengan kayu gaharu semula jadi kini yang hampir pupus, di beberapa kawasan perhutanan termasuklah seperti yang diuruskan oleh Truong di Vietnam, pokok-pokok disuntik dengan sebatian mikroba secara artifisial untuk mendorong penghasilan resin yang sangat penting.

minyak oud

Gaharu digambarkan sebagai produk yang melambangkan kekayaan dan kemewahan yang harum dalam salah satu teks tertulis tertua di dunia, Sanskrit Veda, sejak 1,400 SM.

Aroma yang dihasilkan dari gaharu sangat dihargai oleh banyak budaya dan agama sepanjang sejarah. Dalam Sutra Nirvana, gaharu disebut sebagai "kayu syurgawi" yang digunakan dalam pembakaran mayat Buddha.

Dalam New Testament, tubuh Jesus dikatakan digosok dengan campuran mur dan gaharu selepas disalib.

Dan dalam Hadis Sahih al-Bukhari, penerangan syurga oleh utusan Allah termasuklah pembakaran gaharu sebagai wangian.

penghasilkan kayu gaharu buatan manusia 833

Pasaran global untuk gaharu dianggarkan bernilai RM128 bilion.

Namun di tempat-tempat di mana Oud sangat popular, permintaan tinggi bukan sahaja meningkatkan harganya tetapi juga meningkatkan kadar penuaian dan pengeluaran buatan. 

Pada akhir 2029, pasaran Oud dijangka meningkat dua kali ganda menjadi RM256 bilion.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Tragettech

3. Robotics




Hakcipta iluminasi.com (2017)