Oleh pada 20 Jul 2017 kategori

Demokrasi adalah satu idea di mana orang ramai diberikan hak untuk memilih kerajaan atau pemerintah yang akan menjalankan dasar-dasar pembangunan negara dari segi fizikal dan juga pembangunan dasar sosial.

Terdapat pelbagai jenis bentuk demokrasi yang wujud di banyak negara dan bukan semua bentuk sistem demokrasi itu sama. Namun, satu persamaan yang ketara mengenai sistem demokrasi adalah sistem undian yang akan dijalankan bagi menentukan kerajaan yang akan dipilih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 negara yang mengamalkan demokrasi tetapi memperkenalkan undang-undang ketat yang mewajibkan setiap rakyat keluar mengundi.

1. Belgium

iluminasi demokrasi pilihanraya

Belgium adalah antara negara paling lama mengamalkan kewajipan mengundi. Semua penduduk berumur 18 tahun ke atas perlu mengundi pada setiap kali pilihanraya dan akan didenda di antara EUR25 ke EUR50 jika gagal.

Apabila seorang penduduk Belgium gagal untuk mengundi tanpa alasan kukuh sebanyak empat kali, mereka kehilangan hak untuk mengundi bagi 10 tahun akan datang dan berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat kerja di sektor awam.

2. Australia

iluminasi demokrasi pilihanraya4

Di Australia, memilih calon bukanlah satu kewajipan tetapi rakyatnya perlu hadir di pusat mengundi pada hari yang ditetapkan, untuk memastikan kehadiran mereka direkodkan. Jika ada yang gagal menghadirkan diri mereka pada hari mengundi itu, mereka boleh didenda di antara AUD20 hingga AUD50 setiap seorang.

Risiko rakyat Australia tidak hadir pada hari mengundi agak besar. Selain daripada denda yang dikenakan, lesen memandu mereka juga boleh ditarik balik jika gagal membayar denda, pendaftaran kenderaan di bawah nama individu itu dibatalkan atau jika berterusan, dipenjarakan beberapa hari.

3. Bolivia

iluminasi demokrasi pilihanraya8

Bolivia mengambil langkah berbeza dalam memastikan setiap rakyatnya menyertai proses pengundian. Untuk menggalakkan semua rakyatnya mengundi, kebanyakan premis perniagaan diwajibkan tutup. Selepas proses pengundian, semua pengundi yang telah mengundi akan diberikan kad pengesahan pengundi bernama 'certificado de sufragio.'

Kad itu pula dijadikan dokumen wajib yang akan diminta dalam tempoh tertentu selepas pilihanraya, apabila rakyat mereka melakukan aktiviti harian seperti melakukan transaksi bank, memohon sijil kelahiran dan lesen memandu.

4. Singapura

iluminasi demokrasi pilihanraya6

Jiran terdekat kita, Singapura juga mengamalkan dasar wajib mengundi di negara mereka. Bagi setiap individu yang tidak mengundi, nama mereka akan disenaraikan sebagai individu yang kehilangan kelayakan mengundi pada pilihanraya berikutnya. Apabila ini berlaku, individu tersebut juga kehilangan kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya.

Jika seseorang individu itu mahu memasukkan namanya semula dalam senarai layak mengundi, beliau perlu menghantar penjelasan kepada Singapore Election Committee dan bukti yang menyokong alasan mereka. Hanya ada beberapa alasan diterima pakai.

Apabila seseorang individu itu gagal berbuat demikian tetapi masih mahu kekal sebagai pengundi, beliau perlu membayar denda SGD50 untuk mendaftar semula sebagai pengundi.

5. Korea Utara

iluminasi demokrasi pilihanraya7

Semua individu berumur 17 tahun ke atas adalah diwajibkan untuk mengundi. Menurut penganalisa, proses pilihanraya di Korea Utara sebenarnya dilakukan sebagai satu kaedah bagi mengira jumlah populasi dan mana-mana individu yang tidak hadir mengundi, akan direkodkan.

Proses mengundinya pula agak luar biasa. Hanya ada satu sahaja calon yang dipaparkan pada kertas undian dan calon itu selalunya datang dari parti yang diketuai oleh Kim Jong Un.

Jika seseorang individu itu tidak mahu menyokong calon yang dipaparkan dalam kertas undi tersebut, beliau boleh memotong nama calon tersebut. Namun, kertas undi tersebut perlu dimasukkan ke dalam kotak berasingan dengan undi-undi lain yang menyokong.

Apa yang berlaku kepada mereka yang berani meletakkan kertas undi di dalam kotak berasingan tersebut? Kami pun tak tahu jawapannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)