Nak dekat pilihanraya ini, pasti akan kedengaran banyak janji-janji manis daripada semua parti dan calon yang bertanding.

Janji-janji dan tawaran yang disebutkan, walaupun nampak hebat tetapi banyak yang tidak berpaksikan kepada realiti, berikutan situasi dan kondisi yang ada kebiasaannya menyukarkan sesuatu janji itu untuk dipenuhi. Namun tidak dapat dinafikan seronok juga melayan janji ahli politik sebelum pilihanraya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernah dengar janji pelik-pelik ahli politik? Berikut adalah 5 janji ahli politik yang kami rasakan unik, pelik dan mengelirukan pernah diucapkan dalam meraih undi.

1. Calon Presiden Amerika Syarikat mahu rakyat Amerika duduk di bulan

gingrich mahu buka koloni di bulan

Seorang calon Presiden bagi parti Republikan Amerika Syarikat, Newt Gingrich berjanji sekiranya dia terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, dia akan membuka sebuah koloni di bulan pada tahun 2020, ketika penggalnya yang kedua dengan semua yang bakal tinggal di situ, akan dipilih daripada rakyat Amerika Syarikat.

Newt berkata apa yang dilakukan oleh NASA ketika ini tidak membawa negara mereka ke mana-mana dan beliau percaya hanya dengan menjadi pertama di dunia mempunyai koloni di luar bumi, akan memberikan faedah lebih besar pada mereka. Menyifatkan kajian NASA sebagai satu tragedi, idea Newt mendapat tepukan bergemuruh penyokongnya. (rujukan)

2. Ganti jalan raya dengan rumput

hunter thompson mahu buang jalan raya

Hunter Thompson, penulis terkenal buku Fear and Loathing in Las Vegas pernah bertandin di Pitkin County, Aspen, Colorado dalam merebut jawatan Ketua Polis berpangkat Sherrif di bandar tersebut dalam pilihanraya yang diadakan.

Mengadakan kempen yang membawa mesej radikal serta agresif seiring dengan imej dan parti beliau, Hunter berjanji sekiranya dia terpilih dia berjanji akan menukar menukarkan permukaan jalan raya yang ada di kawasan tersebut, menggantikannya dengan rumput tiruan yang digunakan di padang golf. Kesemua penduduk akan mula berjalan kaki atau berbasikal ke mana-mana sahaja.

Ssemua urusan penjagaan rumput jalan pula akan dikawal selia oleh pihak polis di bawah kelolaan beliau. Agendaini dibawa kerana Hunter percaya wujud masalah kegemukan kronik melanda masyarakat di situ. Selain itu, Hunter juga berjanji, sekiranya dia menang dia akan menukar nama 'Pikmin County' kepada 'Fat City.' Tidak menghairan Hunter tidak memenangi pilihanraya tersebut. (rujukan)

3. Calon Datuk Bandar mahu ubah pemakaian ahli perniagaan

jello biafra mahu korporat pakai baju badut

Bagi vokalis kumpulan punk Dead Kennedys, Jello Biafra, beliau pernah beberapa kali mencuba nasib dalam bidang politik. Pada tahun 1979, Jello pernah menjadi calon kepada Datuk Bandar San Fransisco dan dalam salah satu agenda beliau sebagai calon, berjanji akan mewujudkan undang-undang di San Fransisco untuk mewajibkan kesemua ahli perniagaan korporat memakai pakaian badut, sebagai pakaian kerja rasmi mereka.

Walaupun membawa agenda yang agak luar daripada kebiasaan, Jello berjaya menduduki tempat ke empat daripada 10 calon Datuk Bandar, dengan mendapat 3.5% jumlah undi. Selepas itu, beliau mencuba sekali lagi menjadi calon Presiden untuk Green Party di Amerika Syarikat, namun tidak berjaya melangkah jauh. (rujukan)

4. Parti kerajaan India berjanji akan membawa rakyat mereka melawat Jerusalem

parti di india janji jerusalem

Penduduk sebuah daerah di India bernama Nagaland, yang mempunyai kumpulan majoriti penganut Kristian, dijanji akan dibawa ke Jerusalem, Israel sebagai habuan sekiranya mereka mengundi semula kerajaan. Oleh kerana projek ini masih berjalan, kita belum lagi tahu sama ada janji ini bakal dipenuhi atau tidak.

Dalam tawaran itu, parti Bharatiya Janata, yang kini dipimpin oleh Narendra Modi, telah berjanji melalui Menteri Pertahanan mereka, Nirmala Sitharaman akan melakukan cabutan undi bagi memilih 50 orang penduduk Nagaland yang layak, untuk dibawa melawat Jerusalem secara percuma.

Tindakan ini dilakukan sebagai satu simbol keikhlasan kepimpinan kerajaan India yang bermajoriti Hindu yang berjanji untuk tidak meminggirkan kelompok minoriti Kristian di India. Janji ini menjadi kontroversi di India kerana dua sebab - pertama, kerajaan India telah pun memotong subsidi untuk warga India Muslim menunaikan haji. Yang kedua, kerajaan India membantah pengiktirafan Amerika Syarikat kepada status Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Namun untuk undi, semua boleh jadi. (rujukan)

5. Donald Trump berjanji untuk membina dinding di sempadan Mexico

donald trump mahu bina dinding mexico bayar

Setakat ini belum ada lagi janji politik yang mampu menewaskan janji Donald Trump ini. Ideanya yang agak di luar kebiasaan, dilihat oleh beberapa kelompok masyarakat Amerika Syarikat sebagai ubat kepada masalah kebanjiran pendatang Mexico di negara mereka.

Kita belum tahu sama ada janji ini akan berjaya dipenuhi atau tidak. Setakat bulan lepas, Presiden Donald telah pun berjaya memperolehi USD1.57 billion sebagai dana permulaan untuk membina dinding yang dijanjikan, namun kelambatan proses membuatkan Trump bercadang akan menggunakan wang tersebut sebagai dana untuk menaikkan pagar terlebih dahulu di kawasan yang dicadangkan.

Sehingga kini janji Presiden Trump untuk memastikan Kerajaan Mexico yang akan mengeluarkan dana bagi membayar projek pembinaan dinding ini, belum dipenuhi kerajaan Mexico. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)