Mungkin ramai yang tak tahu, tetapi beberapa kerajaan di seluruh dunia mempunyai senarai nama yang mana mereka mahu hapuskan.

Senarai ini biasanya mengandungi nama orang yang didakwa oleh kerajaan sebagai pengganas atau pengintip. Akan tetapi, bukan semua nama yang tersenarai adalah seperti yang didakwa.

Aktivis hak asasi manusia dan wartawan juga telah disasarkan bersama-sama pengganas sebenar. iluminasi.com kongsikan 5 negara yang mempunyai senarai bunuh.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Filipina

rodrigo duterte presiden filipina

Kerajaan Filipina mempunyai senarai bunuh seramai 649 orang yang dianggap sebagai pengganas. Kewujudan senarai itu terbongkar apabila kerajaan mahu mahkamah mengisytiharkan sasaran-sasaran tersebut sebagai pengganas.

Sekiranya itu berlaku, mahkamah akan secara tidak sengaja memberi kuasa untuk membunuh rakyatnya.

Apa yang mengejutkan adalah senarai itu mengandungi nama beberapa orang yang mana bukan pengganas seperti Victoria Tauli-Corpuz, seorang penyokong hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Filipina.

Malah, ramai orang yang menjadi sasaran dikenali sebagai aktivis dan bukan pengganas. Dalam sesetengah kes, kerajaan menggunakan nama lain seperti "John Doe" atau "Jane Doe."

Ini akan membolehkan kerajaan menambah nama-nama itu pada suatu masa nanti. Kerajaan Filipina menegaskan bahawa orang-orang dalam senarai itu adalah ahli Parti Komunis Filipina (PKP) dan sayap tenteranya, Tentera Rakyat Baru (NPA).

Human Rights Watch mengutuk senarai itu, yang telah digambarkan sebagai cara Presiden Rodrigo Duterte untuk menyingkirkan pengkritik dan pesaing politik. 

2. China

xi jinping presiden republik china

Sama ada China mempunyai senarai bunuh yang aktif tidak disahkan, namun pada tahun 2010, ia telah terbukti wujud apabila Kementerian Keselamatan Negara China membunuh lebih daripada perisik CIA yang beroperasi di negara.

Pembunuhan itu bermula apabila Kementerian Keselamatan Negara (setara dengan CIA) menyusupkan masuk ke dalam rangkaian pengintip CIA yang beroperasi di China.

Ketika itu, CIA menggunakan beberapa teknologi rendah untuk komunikasi. Ia tidak dienkripsi dan pengintip CIA juga menggunakan komputer riba dan desktop biasa untuk berkomunikasi.

Sistem ini pada mulanya ditujukan untuk negara-negara Timur Tengah dengan keupayaan membalas yang lemah. Namun, China mempunyai keupayaan yang kuat dan aktif.

Ia menjejaki perisik CIA menggunakan saluran komunikasi dan membunuh individu-individu ini. China jelas tahu apa yang dilakukan mereka kerana mereka hanya membunuh perisik CIA sebenar.

Walaupun 30 telah disahkan mati, pegawai-pegawai risikan percaya angka yang terlibat adalah lebih tinggi. 

3. Rusia

vladimir putin 620

Kewujudan senarai bunuh yang dikekalkan oleh kerajaan Rusia adalah tidak jelas. Rusia tidak mengakui bahawa ia mempunyai senarai ini.

Amerika Syarikat dan NATO juga tidak membuat dakwaan ini terhadap Rusia. Walau bagaimanapun, Ukraine bertindak sebaliknya.

Pada tahun 2018, Ukraine berkata bahawa Rusia mempunyai senarai 47 wartawan Rusia dan Ukraine yang sedang dirancang untuk dibunuh.

Ukraine mendedahkan hal ini selepas membuat rancangan pembunuhan wartawan Rusia, Arkady Babchenko. Agensi berita melaporkan bahawa Arkady Babchenko telah dibunuh di rumahnya di Kiev, ibu negara Ukraine.

Tetapi Arkady Babchenko muncul keesokan harinya dan memberitahu semua orang bahawa dia masih hidup.

Arkady Bubchenko dan pihak berkuasa Ukraine menjelaskan bahawa pembunuhan olok-olok itu dimaksudkan untuk mendedahkan rancangan Rusia untuk membunuhnya dan beberapa yang lain.

Walaupun kerajaan Ukraine tidak memberitahu bagaimana ini dapat membantu merungkai plot jahat Rusia, namun pihak berkuasa mereka telah mengeluarkan senarai 47 orang yang dikatakan terdapat dalam senarai bunuh Rusia. 

4. Iran

hassan rouhani presiden iran

Perisik CIA yang beroperasi di Iran menggunakan saluran komunikasi yang sama yang mana membuatkan mereka diserang China.

Iran juga memintas komunikasi mereka dan mengenal pasti beberapa pengintip CIA yang kemudian diburu lalu dibunuh oleh kerajaan.

Menariknya, Iran menemui saluran komunikasi terlebih dahulu dan sepatutnya boleh memberitahu China tentangnya. Iran menyedari rangkaian perisik selepas mengesyaki bahawa agen-agen CIA secara aktif mengintip program nuklear mereka.

Double agent CIA menunjukkan laman web rahsia kepada Iran yang mana digunakan oleh agensi itu untuk berkomunikasi dengan perisiknya di Iran.

Sudah tentu, Iran tahu bahawa itu bukan satu-satunya laman web yang wujud, jadi mereka mencari laman web yang lain.

Kerajaan Iran kemudiannya mengesan, menangkap, dan mengeksplot pengintip CIA yang menggunakan laman web tersebut. Hanya beberapa orang sahaja yang berjaya melarikan diri.

Iran berkongsi maklumat dengan beberapa negara persahabatan lain, termasuk China. Kemudian China menggunakan maklumat ini untuk mengesan, menangkap, dan membunuh mata-mata CIA yang beroperasi di wilayahnya.

John Reidy, bekas kontraktor dengan CIA, menyalahkan agensi itu di atas operasi pengintipan yang gagal. John telah menemui kecacatan tersebut tahun lalu dan memberi amaran kepada CIA mengenainya.

Akan tetapi, agensi itu membalas dengan memecatnya.

5. Amerika Syarikat

barack obama presiden usa

Kerajaan AS mempunyai senarai bunuh rahsia, yang dikenali sebagai "matriks pelupusan," yang mengandungi nama, lokasi, dan kaedah pilihan untuk membunuh orang yang dianggap sebagai musuh Amerika Syarikat.

Walaupun kewujudan senarai ini adalah rahsia yang terbuka, namun nama-nama dalam senarai tersebut tidak didedahkan.

Ketika Barack Obama menjadi presiden, kerajaan AS memutuskan nama-nama dalam senarai ini ketika mesyuarat mingguan akhbar yang dikenali sebagai "Terror Tuesday."

Obama hanya meluluskan senarai tersebut tetapi nama-nama sasaran ditentukan oleh pegawai tentera dan perisikan AS dan, kadang-kadang, kerajaan British.

Sebaik sahaja nama diluluskan, tentera dan CIA mengesan suspek dan membunuh mereka dengan peluru berpandu yang dilancarkan drone atau serangan pasukan khas.

Dalam keadaan yang jarang berlaku, mereka menangkap dan menyoalsiasat sasaran. Sebahagian besar disyaki jihadis di Pakistan, Yemen, dan Somalia.

Matriks pelupusan ini telah dikritik kerana ia sepatutnya mengandungi nama orang yang mana mungkin bukan pengganas.

Serangan drone juga membunuh ramai orang awam. Antara tahun 2001 dan 2013, lebih 400 orang warga Pakistan meninggal dunia akibat 330 tembakan drone AS.

Walau bagaimanapun, kerajaan AS menafikan bahawa matriks pelupusan adalah satu senarai pembunuh. Kerajaan menegaskan bahawa matriks itu hanyalah satu bentuk pertahanan terhadap orang yang mengancam AS.




Hakcipta iluminasi.com (2017)