Mengapakah seseorang individu itu boleh sampai ke satu tahap di mana dia sedia membunuh dirinya sendiri - tidak nampak sebab untuk terus hidup?

Mungkin juga isu ini datangnya daripada struktur masyarakat yang bermasalah, di mana individu-individu yang berdepan tekanan mental sering rasa diabaikan? Walaupun pelbagai kajian dilakukan, sudah pastilah pelbagai macam telahan dan spekulasi yang ada susah untuk dibuktikan.

Namun itu tidak menghalang kita untuk belajar secara statistik tentang kadar bunuh diri di sesebuah negara tertentu. Berikut adalah 5 negara di mana kes bunuh diri paling kerap terjadi.

5. Ivory Coast

negara paling teruk kes bunuh diri

Ivory Coast mempunyai kadar bunuh diri 27.2 bagi 100 ribu penduduk. 

Negara yang politiknya kerap kali bergolak ini kerap mengalami masalah keganasan dan perang saudara, mengakibatkan konflik wujud. Dah kerap konflik, pertempuran juga sering berlaku di kalangan kumpulan penduduk.

Negara ini sejak dulu lagi tidak pernah mengalami penurunan kadar kematian bunuh diri, dengan peningkatan berlaku dari tahun ke tahun. Kadar lelaki melebihi tiga kali ganda wanita dalam kes mencabut nyawa sendiri. 

4. Kazakhstan

kazakhstan negara teruk bunuh diri

Kazakhstan adalah negara yang menjadi sasaran filem komedi Borat sehingga ,encetuskan bermacam jenis kontroversi melibatkan industri hiburan dan juga politik dunia. 

Kazakhstan dikatakan mempunyai kadar bunuh diri paling tinggi di kalangan golongan remaja berumur 15 ke 19 tahun bersama-sama dengan Turki, menduduki tempat kedua dalam kadar remaja lelaki membunuh diri dan pertama dunia dalam kategori remaja wanita.

Apa yang membimbangkan adalah kadar bunuh diri bagi remaja berumur 10 hingga 14 tahun di Kazakhstan yang sangat tinggi berbanding negara lain.

Secara amnya, Kazakhstan mempunyai kadar bunuh diri 27.5 daripada 100 orang dalam purata, mengikut jumlah demografik keseluruhan penduduk. (rujukan)

3. Mongolia

Negara kecil ini mempunyai kadar bunuh diri yang cukup tinggi bagi lelaki dengan kadar 48.2 daripada 100 ribu dengan perempuan mempunyai kadar 9.2 sahaja. Melalui kajian yang dijalankan dalam tempoh 5 tahun pada 1986 hingga 1991, suku kaum Mongolia yang terbahagi kepada tiga iaitu Han, Meng dan Hui mempunyai kadar bunuh diri yang berbeza. Suku Hui di Mongolia yang mengamalkan agama Islam mempunyai kadar bunuh diri paling rendah antara ketiga-tiga suku di Mongolia dengan suku Han paling ramai membunuh diri. Secara umumnya, Mongolia mempunyai kadar 28.1 kes kematian dalam 100 ribu individu. (rujukan)

2. Guyana

negara kadar bunuh diri tertinggi

Masalah kes bunuh diri di Guyana merupakan satu masalah sosial yang teruk. Masalahnya, tidak ramai yang mampu menjelaskan kenapa masalah ini berlaku di Guyana. Sebagai sebuah negara kecil, mereka hanya mempunyai kurang daripada 10 orang pakar psikiatri bertugas mendorong kepada masalah ini.

Majoriti individu yang membunuh diri melakukannya dengan meminum racun serangga yang mudah didapati, rakyat Guyana banyak bekerja sebagai petani dan peladang. Mentaliti masyarakat mereka dalam menangani kes-kes ini juga membimbangkan, kerana lebih ramai yang mempercayai semua yang berlaku adalah kesan ilmu hitam dan bukannya satu masalah mental. Guyana mempunyai kadar bunuh diri 30.6 daripada 100 ribu orang, tertinggi di dunia. (rujukan)

1. Sri Lanka

Menurut kajian, kadar bunuh diri di Sri Lanka sangat tinggi dengan setiap tahun mencatatkan kematian 4 ribu orang. Ini menjadikan 34.6 orang daripada 100 ribu orang Sri Lanka mempunyai kecenderungan bunuh diri dengan majoriti lelaki berumur 30 tahun ke bawah sebagai majoriti. Berdepan masalah hidup serta masalah peribadi menjadi penyebab utama berlaku kejadian sedih. Yang menyedihkan, ramai antara mereka yang membunuh diri, memilih untuk membakar diri sendiri. (rujukan)




Hakcipta iluminasi.com (2017)