Minyak kelapa sawit diproses dari buah pokok kelapa sawit, dan terdapat tiga jenis pokok kelapa sawit yang ditanam di seluruh dunia.

Ia adalah pokok maripa, kelapa sawit Amerika dan kelapa sawit Afrika. Minyak kelapa sawit dalam keadaan semulajadi mempunyai warna kemerah-merahan hasil daripada kandungan beta-karoten yang tinggi. Terdapat perbezaan besar antara minyak inti sawit dan minyak kelapa sawit yang biasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Minyak inti sawit diperbuat daripada isi buah sawit yang sama. Perbezaannya adalah pada warna di mana minyak isi sawit kurang karatenoid membuatkannya tidak kemerah-merahan.

Minyak kelapa sawit dan minyak kelapa adalah sebahagian daripada lemak tepu sayur-sayuran. Lemak tepu ini pada suhu bilik, ia dalam bentuk separa pepejal.

buah dan inti kelapa sawit

Minyak sawit digunakan secara meluas sebagai bahan memasak terutamanya di Asia Tenggara dan beberapa bahagian di Brazil serta di sepanjang pinggir tropika Afrika.

Sebab mengapa ia digunakan secara meluas dalam industri makanan di rantau yang berlainan adalah disebabkan oleh kos yang rendah dan keupayaan oksidatif yang tinggi apabila ia digunakan dalam aktiviti menggoreng.

Pada tahun 2015, dianggarkan purata penggunaan minyak sawit dunia bagi setiap kepala adalah sebanyak 7.7 kilogram. Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar; Menyumbang hampir 90% daripada pengeluaran minyak sawit dunia.

Sejarah penggunaan minyak kelapa sawit

sejarah minyak kelapa sawit 2

Penggunaan minyak kelapa sawit boleh dijejaki sehingga 5000 tahun yang lalu. Ahli arkeologi telah menemui bukti yang menunjukkan minyak kelapa sawit digunakan di makam Abydos bertarikh 3000 SM. Dikatakan bahawa ia dibawa ke Mesir oleh para pedagang.

Minyak sawit juga telah digunakan selama beberapa abad di bahagian Afrika Tengah dan Afrika Barat. Pedagang dari Eropah kadang-kala membelinya untuk digunakan dalam masakan. Semasa revolusi perindustrian, minyak sawit menjadi komoditi yang paling dikehendaki kerana ia digunakan sebagai pelincir perindustrian bagi jentera.

sejarah minyak kelapa sawit

Minyak sawit telah digunakan secara meluas untuk menghasilkan sabun. Dan perintis terawal dalam industri ini adalah adik-beradik Lever yang kini lebih dikenali sebagai Unilever.

Menjelang tahun 1870-an, minyak sawit merupakan produk eksport utama dari Afrika Barat untuk negara-negara seperti Nigeria dan Ghana. iluminasi.com kongsikan 5 pengeluar minyak sawit paling besar di dunia.

5. Nigeria

nigeria pengeluar minyak sawit kelima terbesar di dunia

Nigeria adalah pengguna minyak sawit terbesar di Afrika dengan populasi 197 juta orang. Negara ini menggunakan kira-kira 3 juta metrik tan lemak dan minyak pada tahun 2018, dengan minyak sawit menyumbang sebanyak 44.7% atau 1.34 juta metrik tan.

Dalam tempoh yang sama, pengeluaran oleh negara ini mencecah 1.02 juta metrik tan, mengakibatkan kekurangan bekalan sebanyak 320,000 metrik tan (tidak termasuk impak eksport minyak sawit).

Pada awal tahun 1960-an, Nigeria adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia dengan bahagian pasaran global sebanyak 43%.

minyak kelapa sawit di nigeria

Minyak kelapa sawit keluaran Nigeria

Kini, ia adalah pengeluar ke-5 terbesar dengan kurang daripada 2% daripada jumlah pengeluaran pasaran global sebanyak 74.08 juta metrik tan. Pada tahun 1966, Malaysia dan Indonesia mengatasi Nigeria sebagai pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.

Menurut Bank Negara Nigeria (CBN), jika Nigeria mengekalkan dominasi pasarannya dalam industri minyak sawit, negara itu akan memperoleh kira-kira RM83.3 bilion setahun dari penanaman dan pemprosesan minyak sawit sehingga hari ini.

4. Colombia

colombia pengeluar minyak sawit kelima terbesar di dunia

Menghasilkan 1.6 juta tan minyak sawit setiap tahun, Colombia menyumbang sebanyak 2% daripada minyak sawit global.

Ini mungkin kelihatan seperti pasir dalam lautan jika dibandingkan dengan Malaysia dan Indonesia, tetapi ia masih menjadikan negara ini sebagai pengeluar sawit keempat terbesar di dunia dan yang terbesar di Amerika Latin.

Colombia mendakwa minyak kelapa sawitnya "unik dan berbeza" dan ia mempunyai 44 juta hektar tanah yang kurang dimanfaatkan dan sudah terdegradasi untuk membina ladang kelapa sawit tanpa melakukan penebangan hutan.

Negara ini juga dalam misi untuk meningkatkan pengeluarannya dan yakin ia boleh melakukan ini secara mampan, kata kumpulan perdagangan negara Fedepalma.

3. Thailand

thailand pengeluar minyak sawit ketiga terbesar di dunia

Thailand adalah pengeluar minyak kelapa sawit ketiga di dunia, dan majoriti daripada para pengeluar di negara ini adalah petani kecil yang bertanggungjawab terhadap 76% pengeluaran negara.

Pengeluaran minyak sawit di Thailand meningkat daripada 6.39 juta tan pada tahun 2007 kepada 10.78 juta tan pada tahun 2011. Wilayah Surat Thani mempunyai pengeluaran minyak sawit tertinggi iaitu, 26.59% daripada pengeluaran negara.

Pengeluar di negara ini boleh dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu petani pekebun kecil, syarikat besar, dan koperasi serta kumpulan bantuan diri. Kebanyakan minyak sawit yang dihasilkan di Thailand digunakan di dalam negara, dan sebahagian kecilnya untuk eksport.

Beberapa cabaran yang dihadapi oleh pengeluaran minyak sawit di negara ini termasuklah kurang pengetahuan yang sesuai dalam menguruskan minyak kelapa sawit, kekurangan kewangan, kualiti anak benih yang rendah dan kadar hujan yang rendah.

Pekebun kecil juga menghadapi masalah pemasaran kerana mereka tidak mempunyai kuasa tawar menawar terhadap harga jualan.

2. Malaysia

malaysia pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia

Ketika ini, Malaysia berada di tangga kedua dalam pengeluaran minyak sawit dunia selepas Indonesia, dengan pengeluaran keseluruhan menyumbang kepada 39% daripada pengeluaran global.

Eksport minyak kelapa sawit Malaysia mencecah kira-kira 44% daripada keseluruhan pengeluaran. Malaysia mempunyai kawasan ladang yang besar, dan sehingga tahun 2016, pengeluaran minyak kelapa sawit negara berjumlah 21 juta metrik tan.

Pengeluaran minyak sawit di Malaysia dikategorikan kepada tiga iaitu swasta, pekebun kecil, dan usahasama.

Walau bagaimanapun, aktiviti ekonomi ini menimbulkan ancaman alam sekitar yang serius dengan mencemarkan sumber air, yang membawa kepada kehilangan biodiversiti, dan penebangan hutan.

Malaysia adalah pengeksport utama minyak kelapa sawit dunia dengan negara pengimport utamanya adalah Kesatuan Eropah, Pakistan, China, Amerika Syarikat dan India.

1. Indonesia

indonesia pengeluar minyak sawit terbesar di dunia

Indonesia adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, dan ini disokong oleh kawasan tumbuh sawit yang semakin besar di negara ini serta angka eksport.

Sebagai contoh, pada tahun 2016, negara ini menghasilkan 36 juta metrik tan minyak sawit, yang mana 25.1 juta tan daripadanya dieksport.

Dianggarkan menjelang tahun 2020, projek minyak sawit di Indonesia akan meliputi kira-kira 12 juta hektar.

Indonesia menghasilkan 35% minyak kelapa sawit dunia pada tahun 2012, dan India dan China adalah pengimport terbesar minyak sawit Indonesia.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)