Muzik rock telah lama wujud sehinggakan sejarah rock menjadi satu subjek kajian yang sah. Namun, ia bukanlah satu-satunya cara genre ini mempunyai kaitan dengan sejarah.

Etimologi nama-nama band sangat menarik terutamanya apabila ia bersifat pendidikan, seperti band-band yang diberi nama berdasarkan tokoh sejarah, peristiwa, dan pergerakan.

iluminasi.com kongsikan 5 nama band popular yang mendapat inspirasi dari sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Children Of Bodom

sejarah nama children of bodom

Sudah tentunya nama band Children of Bodom dikenali oleh mana-mana sahaja peminat muzik metal.

Namun, nama band ini tidaklah langsung tidak membuatkan anda berasa seperti ia mempunyai kaitan dengan sejarah, melainkan jika anda membesar di Finland atau mempunyai minat terhadap siasatan jenayah yang masih tidak dapat diselesaikan.

Sebenarnya, insiden yang menginspirasikan nama kumpulan muzik metal dari Finland ini adalah lebih menakutkan berbanding dengan imej band itu sendiri.

kejadian bunuh tasik bodom 1960

Ia berdasarkan kes pembunuhan ngeri Tasik Bodom pada tahun 1960, yang merujuk kepada empat remaja yang diserang ketika sedang tidur di dalam khemah berhampiran tasik berkenaan.

Tiga daripada remaja tersebut dibunuh dengan begitu kejam dan seorang lagi iaitu Nils Gustafsson, terselamat.

Nils didakwa dan dibebaskan dari kejadian itu 44 tahun kemudian. Kes ini diisytiharkan secara rasmi sebagai tidak dapat diselesaikan.

2. Kasabian

sejarah nama kasabian

Kasabian adalah sebuah band Inggeris yang mendapat perhatian dunia melalui lagu hits seperti "Fire" dan "Club Foot", namun reputasi itu agak bertentangan dengan asal usul nama mereka yang agak gelap.

Dan apa yang dikatakan oleh pemain gitar kumpulan ini iaitu Sergio Pizzorno, sangat jelas menerangkan tentang asal-usul nama band ini: "Kami sangat berminat dengan pembunuh bersiri. Kami sukakan nama ini, jadi kami memilihnya,".

linda kasabian

(Linda Kasabian)

Inspirasi yang dimaksudkan adalah Charles Manson iaitu seorang penjenayah Amerika, dan Kasabian merujuk kepada Linda Kasabian, anggota Keluarga Manson merangkap pemandu percutian mereka.

Bersama dengan ahli kumpulan yang lain, Linda Kasabian turut serta dalam pembunuhan tujuh orang, termasuk pelakon Sharon Tate.

Nama keluarga Kasabian berasal dari Armenia, di mana Sergio Pizzorno mendakwa ia bermaksud "tukang sembelih haiwan".

3. Foo Fighters

sejarah nama band foo fighters 2

Foo Fighters ditubuhkan oleh bekas pemain drum Nirvana iaitu Dave Grohl, yang boleh dikatakan sebagai sebuah band "berseorangan" untuk album debut mereka.

Ahli-ahli lain menyertai band ini kemudiannya, tetapi konsep asli Foo Fighters sepenuhnya bergantung pada Dave dan dia menggunakan beberapa rujukan sejarah Perang Dunia II sebagai inspirasi.

Istilah "foo fighters" pertama kali digunakan untuk menggambarkan serangkaian objek terbang yang tidak dikenali yang ditemui oleh juruterbang Sekutu pada Perang Dunia II.

nama band foo fighters berasal dari alien perang dunia kedua

Terbang pada waktu malam di ruang udara Jerman pada tahun 1944, skuadron-skuadron melaporkan secara terus-menerus di mana mereka ternampak lampu terang yang mengikuti pesawat mereka dengan kelajuan tinggi dan kemudian hilang secara tiba-tiba.

Pemerhati radar Donald J. Meiers memberikan nama julukan kepada mereka sebagai "pejuang foo", dengan "foo" merupakan satu perkataan karut kartun yang popular pada masa itu.

Dave menemui nama itu dan berasa tertarik dengannya, lalu menamakan Foo Fighters sebagai nama bandnya.

4. U2

sejarah nama band u2

U2 boleh dikatakan sebagai sebuah kumpulan muzik yang ada di mana-mana sehingga mereka hampir boleh dianggap lebih terkenal daripada objek sejarah dan peristiwa yang menjadi inspirasi kepada nama mereka,

Ia berasal dari kejadian yang membawa dunia ke ambang peperangan.

Ya, nama band ini sebenarnya dinamakan bersempena pesawat perisik U-2, tetapi lebih khusus lagi merujuk kepada kejadian perisikan U-2 tahun 1960 di mana pihak Kesatuan Soviet menembak jatuh sebuah pesawat perisik Amerika Syarikat di ruang udara mereka dan menangkap juruterbangnya.

u2

Ini mencetuskan satu situasi diplomatik yang sangat buruk dan menambah kehangatan Perang Dingin pada satu ketika, terutama ketika juruterbang Francis Gary Powers dijatuhkan hukuman untuk tuduhan pengintipan, walaupun dia kemudiannya ditukarkan dengan anggota Soviet yang ditangkap.

Perisitiwa ini terbukti cukup memberi kesan kepada ahli kumpulan band ini sehingga memilih nama U-2 hampir dua dekad kemudian iaitu pada tahun 1976. 

5. Megadeth 

asal usul nama band megadeath

Tidak lama selepas dibuang dari Metallica kerana masalah peribadi, Dave Mustaine berada dalam perjalanan bas yang panjang sambil menulis lirik pada sehelai risalah rawak yang ditemuinya.

Di belakang risalah anti-nuklear itu tertulis, "Senjata megadeth tidak dapat dihapuskan walau apa pun perjanjian damai yang dibuat," dan Dave memutuskan untuk menggunakan perkataan "megadeath" untuk band seterusnya.

Istilah megadeath adalah bahasa umum bagi sesiapa sahaja yang membincangkan tentang kemusnahan bersama dan yang sama dengannya.

Ini merujuk kepada kematian sejuta manusia, yang bererti letupan atom boleh diukur dengan megadeath.




Hakcipta iluminasi.com (2017)