iluminasi maksud lucah lagu6

Negara kita dikejutkan dengan pengharaman lagu "Despacito" nyanyian Luis Fonsi yang dikhabarkan mempunyai mesej lucah di dalamnya. Tidak mengejutkan sebenarnya pengharamannya berlaku, Cuma mengapa lagu tersebut lambat diharamkan oleh pihak berkuasa sehinggakan "Despacito" menjadi siulan masyarakat kita yang kurang menyedari apa yang mereka nyanyikan, itu yang menjadi persoalan.

Namun, lagu seperti "Despacito" bukanlah kali pertama lagu popular mempunyai mesej kotor yang tersembunyi. Sebenarnya banyak juga lagu popular lain yang menjadi siulan ramai tetapi mempunyai mesej kotor disebaliknya, cuma pencipta lagu tersebut menyembunyikannya dengan lebih baik.

Berikut adalah 5 lagu yang popular yang pasti tidak ramai menyangkakan terselindung mesej lucah disebaliknya.

1. "All My Life" oleh Foo Fighters

iluminasi maksud lucah lagu2

Pasti tidak ramai menyangka lagu popular Foo Fighters ini sebenarnya mempunyai bahagian lucah yang di tengahnya. Mesej ini diakui sendiri oleh penyanyi kumpulan Foo FIghters, Dave Grohl yang secara terus terang mengatakan lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang perbuatan lucah yang dia gemar lakukan pada kemaluan wanita-wanita yang menjadi temannya. Bahagian mana? Cari dalam lirik lagu tersebut.

2. "Tickets to Ride" oleh The Beatles

iluminasi maksud lucah lagu

Bagi generasi kanak-kanak sebelum zaman millenium, mungkin lagu ini menjadi siulan mereka bersama ibu bapa. Lagu ini cukup popular dan menjadi salah satu lagu klasik The Beatles. Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu maksud sebenar lirik lagu tersebut yang ditulis John Lennon adalah berkenaan pelacur-pelacur Jerman yang diberikan lesen untuk melacurkan diri, selepas disahkan oleh kerajaan Jerman sebagai bersih dari penyakit. Faham tak kenapa istilah "Ticket to Ride" digunakan sekarang? Rasanya tak baik saya jelaskan dengan lebih panjang lebar.

3. "Heart Shaped Box" oleh Nirvana

iluminasi maksud lucah lagu3

"Heart Shaped Box" merupakan single pertama Nirvana dalam album 'In Utero' yang menampilkan konsep album yang lebih kasar berbanding 'Nevermind' yang berbunyi komersial. Lirik lagu yang ditulis oleh Kurt Cobain selalunya tidak masuk akal tetapi pada tahun 2012, isteri mendiang Kurt Cobain, Courtney Love menjelaskan, keseluruhan lirik lagu "Heart Shaped Box" sebenarnya berkisar tentang kemaluan dia. Ya, lagu yang menjadi siulan seluruh dunia ini sebenarnya tentang kemaluan Courtney Love.

4. "Summer of 69" oleh Bryan Adams

iluminasi maksud lucah lagu4

Lagu rancak dan bertenaga nyanyian penyanyi terkenal dari Kanada ini cukup terkenal di seluruh dunia. Ramai menyangkakan maksud lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kenangan atau memori Bryan Adams pada tahun 1969, namun disangkal beliau kerana 1969 tidak mempunyai nilai signifikan dalam hidupnya. Menurut Bryan Adams sendiri, angka 69 yang digunakan dalam lagu tersebut merujuk kepada perlakuan seks yang kerap digelarkan "69" di seluruh dunia, antara seorang lelaki dan wanita. "Musim panas yang penuh dengan aksi 69" bukanlah sesuatu yang kita semua bayangkan apabila menyanyikan lagu ini, kan?

5. "(I Just) Died in Your Arms Tonight" oleh Cutting Crew

iluminasi maksud lucah lagu5

Lagu ini cukup popular dan masih lagi kedengaran sekarang ini walaupun dikeluarkan pada tahun 1986. Lagu ini boleh dikatakan berstatus evergreen kerana banyak juga radio negara kita gemar memutarkan lagu ini berkali-kali, khasnya stesen radio berbahasa Inggeris. Mungkin ini kerana metafora yang digunakan dalam lagu ini berjaya mengaburi maksud sebenar lirik lagu ini. Frasa "I just died in your arm tonight" yang berulang kali disebut sebenarnya adalah metafora kepada rasa kemuncak nikmat yang dirasakan ketika melakukan hubungan kelamin - senang kata : puncak syahwat.


Berlainan sekali kan bagaimana industri muzik tidak lama dahulu menyembunyikan mesej-mesej kotor menggunakan metafora-metafora yang jika tidak diketahui, sebenarnya tidak memberikan kesan negatif pada pendengarnya. Jika diteliti muzik zaman sekarang, lirik-lirik lucah seolah tidak ada lagi ditulis menggunakan metafora. Semuanya ditulis secara terang-terangan seperti lagu-lagu popular yang kerap mengungguli carta Billboard. Ini jelas sekali menunjukkan perbezaan budaya yang diamalkan diseluruh dunia kini semakin terbuka. Namun, keterbukaan ini sebenarnya banyak menjurus kepada unsur negatif apabila rasa malu tidak mampu lagi menjadi sempadan dalam penghasilan sesebuah karya.


tags : , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)