Fungsi sesebuah muzium adalah bagi menyimpan barangan bersejarah dan berharga. Sebahagian barangan ini juga biasanya dipamerkan di muzium bagi tujuan pendidikan. Sebagai contoh, sekiranya anda ke Muzium Negara, anda akan melihat sejarah penubuhan Malaysia, barang-barang lama penduduk zaman dahulu, gambar-gambar peristiwa bersejarah dan sebagainya.

Sebelum ini, kami pernah berkongsi senarai 5 muzium paling besar di dunia. Kali ini, kami ingin berkongsi pula 5 buah muzium dengan koleksi barangan pelik yang disimpan dan dipamerkan.

1. Muzium Mi Segera

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejarah penciptaan mi segera bermula pada tahun 1958 apabila Momofuku Ando berjaya mencipta mi segera berperisa ayam di rumahnya. The Momofuku Ando Instant Ramen Museum adalah sebuah muzium yang berperanan untuk membuat dokumentasi mi segera yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya Jepun.

Muzium ini mempunyai koleksi 800 paket mi segera daripada jenama berlainan yang datang dai selurhuh dunia. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk merasai beberapa perisa khas mi segera. Selain itu, di kilang CUPNOODLES yang terletak di muzium ini, pengunjung diberi peluang untuk mencipta sendiri rekabentuk pembungkus mi segera dan perisa mi segera mereka sendiri.

2. Muzium Perisik

international spy museum

Bidang perisikan adalah sesuatu yang sangat rahsia. Selain apa yang diperlihatkan di dalam filem, tiada siapa yang benar-benar tahu senjata dan kelengkapan sebenar seseorang perisik untuk menjalankan sesuatu risikan.

Terdapat sebuah muzium di Washington D.C. yang diberi nama International Spy Museum yang mengumpulkan dan mempamerkan koleksi barang-barang yang digunakan oleh seseorang perisik seperti kamera mini, wang palsu dan beberapa senjata rahsia.

3. Muzium Koleksi Mangkuk Tandas

sulabh international museum of toilets

Pernahkah anda terfikir akan wujudnya sebuah muzium yang dikhaskan untuk mempamerkan koleksi mangkuk tandas? Ia sebenarnya memang wujud di India. Muzium ini diberi nama Sulabh International Museum of Toilets.

Muzium ini juga mempunyai dokumentasi sejarah penciptaan mangkuk tandas pada tahun 2500 Sebelum Masihi sehinggalah kini. Antara koleksi mangkuk tandas disini termasuklah mangkuk tandas bersalut emas daripada zaman empayar Rom.

4. Muzium Seks

museum of sex

Muzium berkaitan seks yang digelar The Museum of Sex ini dibuka pada tahun 2002 bertujuan untuk membuat dokumentasi mengenai sejarah dan evolusi seksual manusia. Muzium ini juga bertujuan untuk memberi pendidikan seks terutamanya kepada golongan remaja.

Muzium ini mempunyai koleksi 15000 artifak, hasil seni, fotografi, kostum dan beberapa barang berkaitan seks. Walau bagaimanapun, muzium yang terletak di bandar New York ini hanya dibenarkan masuk buat remaja yang sudah berumur  18 tahun dan keatas sahaja.

5. Muzium Bawah Laut

muzium dalam laut

Muzium yang siap dibina pada tahun 2009 ini pelik bukanlah kerana koleksi bahan pamerannya yang unik tetapi ianya merupakan satu-satunya muzium di dunia di mana semua bahan pamerannya terletak di dalam air. Muzium Museo Subacuático de Arte (MUSA) ini terletak di Cancun. Mexico.

MUSA merupakan sebuah muzium kesenian. Terdapat kira-kira 500 binaan bersaiz sebenar yang diletakkan di permukaan laut. Pengunjung dapat melihat bahan-bahan pameran disini melalui bot dengan permukaan lantai kaca, snorkelling ataupun scuba diving.

Kredit:

  1. National Geographic
  2. Time.com
  3. CNN



Hakcipta iluminasi.com (2017)