Bagi kita orang kebanyakan, apa yang dipasang di rumah kita itulah selalunya yang akan kekal digunakan. Melainkan ada sesetengah individu yang mahukan peralatan berbentuk lain dipasang, seperti tandas di rumah.
Majoriti rumah (mungkin juga semua) yang dibina sekarang secara automatik akan dipasangkan dengan jamban duduk berbanding jamban cangkung, bentuk yang telah dijadikan de facto standard untuk jamban di Malaysia satu dulu. Populariti jamban duduk yang terbaik sehinggakan dan kini sudah ada syarikat yang mengeluarkan produk jamban berteknologi tinggi, khas untuk anda membuang air dengan lebih selesa.
BESARKAN TEKS A- A+
Kami tidak tahu apa bezanya membuang air di jamban tradisional berbanding jamban yang lebih mirip dengan gajet elektronik, tetapi kami tahu sukar untuk kami dapat pasang 5 jamban paling mahal di dunia ini dirumah kita. Berikut adalah 5 jenis jamban paling mahal yang terdapat di dunia.
5. TOTO Neorest 600
Untuk RM21.885 anda akan mendapat sebuah jamban duduk berteknologi tinggi dan paling penting, mesra alam. Dengan teknologi yang ada, jamban ini hanya akan menggunakan 4 liter untuk membasuh permukaan jamban selepas selesai urusan.
Apa yang hebatnya tentang model ini adalah ia tidak mempunyai tangki besar untuk penyimpanan air, seperti kebanyakan mangkuk tandas lain. Jadi rekaannya hanya berbentuk kecil dan ringkas sahaja sesuai dengan negara asalnya, Jepun.
4. KOHLER Numi
KOHLER Numi merupakan antara siri tandas paling canggih yang ada dan pesaing rapat kepada jenama TOTO. Sebelum kami mengulas panjang, perlu kami beritahu Numi adalah sebuah tandas yang mempunyai pembesar suara sendiri supaya anda boleh mendengar lagu atau radio, ketika membuang air.
Selain itu teknologi yang digunakan cukup hebat - Numi mempunyai pengesan sensor untuk mengetahui kewujudan manusia, pancuran air automatik, alat pengering dan juga pemanas tempat duduk bagi negara sejuk. Harganya pula hanyalah RM26,536 satu set.
3. Dagobert Wooden Toilet Throne
Sebuah rekaan semula tandas duduk semasa zaman pemerintah Merovingian di Perancis Raja Dagobert, tandas yang diperbuat daripada kayu dan porselin ini dikeluarkan dengan mensasarkan golongan yang mahukan gabungan rekaan tradisional dan teknologi moden. Walaupun tidak semoden beberapa tandas di dalam senarai ini, badan tandas ini diperbuat daripada kayu jati yang kukuh serta dipasangkan loceng yang akan berbunyi menandakan pam telah ditarik. Semua itu milik anda pada nilai RM52,119.
2. Lixil Smart Toilet Edisi Swarovski
Lixil adalah sebuah syarikat pengeluar tandas berteknologi dari Jepun, sama seperti TOTO dan menjadi antara pengeluar tandas pertama menggabungkan telefon pintar dengan tandas pada tahun 2011. Pada tahun 2015, untuk satu pameran Kitchen & Bath China 2015 di Shanghai New International Expo Center,
Lixil mempamerkan salah satu jamban berteknologi mereka yang digabungkan dengan keindahan 72 ribu kristal Swarovsi, yang menukar tandas itu kepada barangan mewah. Walaupun dipamerkan, tandas tersebut juga dibuka untuk jualan kepada individu yang mahu memilikinya ekoran keunikannya serta hanya satu unit dihasilkan. Harganya pula pastilah tidak semurah tandas-tandas lain dalam senarai ini. Unit ini berharga RM503,000 untuk sesiapa yang teringin memilikinya.
1. Tandas Emas Hang Fung
Mempunyai impian membina tandas daripada emas sejak remaja berikutan idea Vladimir Lenin, salah seorang tokoh komunisme paling berpengaruh dunia yang mahu membina tandas awam menggunakan emas sekiranya komunisme menang, Lam Sai Wing memegang impian itu lalu berusaha menjadikan dirinya ahli perniagaan yang berjaya.
Pada usia 46 tahun, impiannya tercapai dengan pembuatan sebuah tandas duduk yang diperbuat daripada emas 24 karat sepenuhnya. Tandas yang berfungsi sepenuhnya ini tidak boleh digunakan sesiapa, dengan pengunjung ke Hang Fung Gold Technology milik Sai Wing hanya membenarkan orang duduk di atasnya. Dipasang di atas lantai yang turut juga diperbuat daripada emas tulen, anggaran harga tandas ini adalah sekitar RM19.35 juta. (rujukan)