Oleh pada 30 Sep 2017 kategori

Demam K-Pop Korea nampaknya belum berkesudahan tetapi artis Malaysia nampaknya sudah berhenti mencuba nasib meniru demam K-Pop yang melanda.

Syukurlah. Ada sesuatu yang agak janggal melihat anak muda kita terikut-ikut sangat dengan demam K-Pop. Pelik kan?

Adakah anda sedar ada satu ketika demam K-Pop melanda negara kita, muncul beberapa kumpulan yang maaflah, layak dikatakan setengah masak kerana jelas tidak nampak keseriusan mereka dalam meniru dengan sempurna trend K-Pop.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimana sebenarnya kualitin artis K-Pop tempatan kita?

1. Apabila serius, hasilnya boleh tahan juga!

Kumpulan VIP adalah hasil didikan KRU Records, jadi dari segi bajet, latihan dan penyampaian, mereka jauh meninggalkan kumpulan-kumpulan K-Pop lain.

Koreografi yang mantap walaupun memang jelas meniru trend K-Pop sebiji-sebiji membuatkan penggemar muzik ada juga rasa hormat sedikit kepada kumpulan VIP ini kerana nampak usaha mereka.

Kemunculan 'Lagu Sedih' membuktikan anak Malaysia berupaya menyadur K-Pop dengan baik dan layak dikatakan berjaya.

Bagaimana dengan nasib beberapa kumpulan lain?

2. Tidak tahu apa identiti kumpulan mereka

Kami tak pasti anda pernah atau tidak mendengar lagu kumpulan Megaboys. Mungkin juga anda tak pernah tahu kewujudan kumpulan Megaboys.

Kami sebenarnya tidak pasti apa perasaan kami selepas melihat video klip lagu cover mereka yang popular iaitu 'Seperti Raihana.'

Adakah Megaboys kpop? Boyband ala 90-an? Sekumpulan model yang cuba terjun ke dalam bidang nyanyian? Tiada siapa tahu.

3. Penggunaan Auto-Tune yang melampau

Salah satu kelemahan paling ketara kumpulan K-Pop Malaysia adalah terlalu bergantung dengan penggunaan perisian untuk meningkatkan mutu vokal.

Ini jelas berlaku pada kumpulan P.O.P atau Prince of Pop yang popular dengan lagi 'Kau Main Jauh-Jauh.'

Suara mereka kedengaran robotik dan tidak natural lagi kerana terlalu kuat pemprosesan dilakukan sehingga pendengar sendiri mampu sakit telinga mendengar corak vokal yang diubah suai.

Kekalkanlah keaslian suara. Nyanyian kumpulan boyband luar sebenarnya terhad saja kemampuan vokal mereka, tetapi tetap berkesan untuk membawakan lagu yang popular ke seluruh dunia.

4. Identiti ala rojak

Nama kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang gadis ini adalah 'Gula-Gula.'

Kami pasti untuk sebuah kumpulan yang K-Pop, nama itu sebenarnya agak kurang sesuai kerana susah nak ambil serius sebuah kumpulan sedemikian namanya.

Melihat persembahan mereka dalam rancangan 'Wanita Hari Ini' melihatkan wujudnya pertembungan identiti antara setiap ahli kumpulan yang nampak masing-masing hendak bawa identiti sendiri.

Yang paling menyedihkan sebenarnya dalam persembahan yang hanya memerlukan mereka miming lirik, tarian mereka masih caca merba.

Penggunaan identiti yang serba satu serta tarian koreografi yang seragam dapat melonjakkan kumpulan tempatan ke tahap lebih baik.

5. Terlalu syok sendiri

Kumpulan MAX 24-7 menggelarkan diri mereka pelopor kepada genre K-Pop di Malaysia oleh anak Malaysia.

Namun kualiti yang mereka persembahkan mampu membuatkan penonton terpinga-pinga dan tertanya-tanya "mereka ni artis yang serius ke atau hanya sebuah kumpulan parodi?"

Tanpa ada asas populariti yang kukuh, tiada lagu popular, tanpa peminat kenal, kumpulan ini layak digelar terlalu berani mengeluarkan muzik video memaparkan gadis-gadis menjerit-jerit tergilakan mereka.

Seperti kata pepatah orang putih, "first impression is the most lasting" dan 'impression' yang mereka berikan hanya membuatkan kritikan demi kritikan dihamburkan pada mereka.

Kami faham anda kacak-kacak, tapi untuk terus berani menggambarkan anda digilai gadis tanpa ada sebarang lagu menjadi siulan masyarakat merupakan satu percubaan berani mati. Insaflah.

6. Jika nak tiru, tiru betul-betul

Melihat kualiti yang ditonjolkan oleh kumpulan K-Pop Indonesia seperti XO-IX atau Dragon Boyz, kita tidak boleh lari dari membandingkan kualiti artis yang terhasil antara kumpulan tempatan dengan negara jiran kita.

Nampak usaha lebih teliti diberikan pada penghasilan kumpulan dari Indonesia yang ternyata lebih cekap mencedok budaya K-Pop Korea Selatan ini.

Ini bukan satu kenyataan negatif tetapi adalah satu pujian, kerana jika kita rasa kagum dengan sesuatu sehingga kita mahu menirunya, satu cara penghormatan dalam meniru - adalah dengan menirunya sampai benar-benar jadi.


Dalam senarai ini, hanya satu kumpulan saja mencapai tahap yang boleh dibanggakan iaitu VIP. Selebihnya? Susah nak digambarkan apa perasaan melihat persembahan mereka.

Jadi kini anda dah tahu apa elok dan tak elok, dalam merealisasikan impian anda nak bergelar artis KPOP tempatan. Silalah kejar impian anda! Kami doakan anda berjaya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)