Berita tentang haiwan peliharaan terutamanya anjing menyelamatkan tuannya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Namun, bagaimana pula haiwan liar yang menyelamatkan orang yang tidak dikenali?

Banyak kisah di mana haiwan liar seperti ikan lumba-lumba, singa, beruang dan ikan paus menyelamatkan manusia.

Walau bagaimanapun, tidak semua haiwan dalam senarai ini menyelamatkan manusia dengan tujuan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada yang menjadi wira yang tidak disengajakan, manakala tujuan yang lain masih menjadi misteri.

iluminasi.com kongsikan 5 kisah manusia diselamatkan oleh haiwan liar.

1. Singa selamatkan kanak-kanak daripada penculik

budak perempuan ethiopia diselamatkan oleh singa

Pada Jun 2005, seorang gadis Ethiopia berusia 12 tahun sedang berjalan pulang dari sekolah, namun telah diculik oleh 4 orang lelaki.

Kejadian seperti ini di kawasan pedalaman Ethiopia adalah sangat kerap berlaku di mana wanita diculik untuk dipaksa berkahwin.

Gadis itu tinggal bersama penculik-penculik tersebut selama seminggu sementara polis mencarinya. Ketika pihak polis sedang melakukan pencarian, para penculik melarikan diri meninggalkan gadis tersebut selepas dihampiri oleh 3 ekor singa.

Seperti yang dijangkakan, singa-singa tersebut tidak memakan atau mencedarakan gadis tersebut, tetapi hanya menemaninya.

Haiwan-haiwan itu kemudiannya beredar perlahan-lahan apabila polis tiba. Pakar hidupan liar mengatakan bahawa singa-singa tersebut tidak mengapa-apakannya kerana tangisan gadis itu kedengaran seperti anak singa.

2. Anjing laut selamatkan manusia cuba bunuh diri

kevin hines diselamatkan anjing laut

Pada tahun 2000, Kevin Hines memutuskan bahawa dia sudah tak tahan dengan hidupnya.

Dia menderita gangguan bipolar dan kemurungan, lalu memilih untuk membunuh diri dengan terjun ke laut.

Lokasi pilihannya ialah Jambatan Golden Gate yang terkenal di San Francisco. Walau bagaimanapun, dia tidak berjaya membunuh seperti yang diharapkan kerana seekor singa laut menolaknya naik ke atas air.

Kevin pada mulanya menyangkakan bahawa singa laut itu adalah seekor ikan jerung, membuatkan dia terkejut kerana tidak bercadang untuk membunuh diri dimakan jerung.

Tetapi kemudiannya Kevin menyedari ia adalah seekor singa laut yang mahu menyelamatkannya. Haiwan itu terus menolah badan Kevin agar berada di atas air, dan kekal dengannya sehingga bot pengawal pantai tiba.

3. Ikan paus selamatkan seorang wanita daripada jerung

Pada Oktober 2017, Nan Hauser sedang berenang di Kepulauan Cook apabila seekor ikan paus tiba-tiba muncul berhampirannya.

Ikan paus kemudiannya menolak wanita tersebut menggunakan perut dan kepalanya.

Ia juga membuat beberapa percubaan untuk menarik Nan Hauser ke bawah sirip dadanya, membuatkan dia menyedari perilaku pelik ini.

Nan adalah seorang ahli biologi marin dan tidak pernah melihat perbuatan ikan paus seperti ini. Nan kemudian menyedari apa yang berlaku selepas dia meninggalkan air dan kembali ke kapal penyelidikannya.

Terdapat ikan jerung harimau berukuran 4.6 meter berhampiran dengan ikan paus tersebut. Jelas sekali, ikan paus itu cuba untuk melindungi dia dari jerung.

4. Robert Biggs diselamatkan beruang ketika diserang singa 

robert biggs diselamatkan beruang

Pada Mac 2012, ketika seorang lelaki bernama Robert Biggs mendaki hutan di Whiskey Flats, California, dengan secara tiba-tiba dia diserang oleh seekor singa gunung.

Sebelum serangan itu, Robert mengawasi seekor beruang dan anaknya, namun diserang oleh singa tersebut ketika hendak beredar.

Singa yang bertubuh besar itu kemudian melompat dari belakang, menolak Robert jatuh ke tanah. Robert cuba melawan tetapi tidak berjaya.

Sehinggalah beruang tadi tiba dan bertarung dengan singa terbabit. Akhirnya, singa tersebut melarikan diri, beruang beredar dan membolehkan Robert pulang dengan selamat.

Robert mengalami kecederaan ringan pada tangannya. Dia percaya bahawa singa gunung itu bercadang untuk menyerang anak beruang tersebut sebelum dia tiba, namun beralih kepadanya.

5. Pelakon Dick Van Dyke diselamatkan ikan lumba-lumba 

dick van dyke

Pada tahun 2010, pelakon Dick Van Dyke mendedahkan dalam rancangan The Late Show Akhir With Craig Ferguson bahawa dia pernah diselamatkan oleh ikan lumba-lumba.

Van Dyke membuat pengakuan tersebut selepas Craig Ferguson bertanya kepadanya sama ada dia pernah meluncur di pantai sekitar rumahnya di California.

Van Dyke menceritakan detik ngeri ketika dia melakukan aktiviti pantai itu, dan kemudian tertidur di atas papan luncurnya. Ketika bangun, dia mendapati dirinya jauh dari daratan.

Ketika itu juga dia ternampak sirip yang mengelilingnya, namun tidak pasti sama ada ia ikan jerung atau tidak.

Rupa-rupanya, haiwan yang mengelilinginya adalah beberapa ekor ikan lumba-lumba yang kemudiannya menolak Van Dyke ke pantai.




Hakcipta iluminasi.com (2017)