kes jenayah guru yang berlaku di malaysia

Guru adalah sumber ilmu. Guru yang baik, adalah mereka yang mampu dipandang tinggi dalam masyarakat, berkat daripada didikan mereka yang pasti akan kekal digunakan sepanjang hayat.

Walaupun begitu, bukan semua guru itu baik-baik. Pasti ada seorang dua yang akan muncul dan mencemarkan kemurnian profesion guru. Berikut adalah contoh 5 kes yang membuktikan ada masanya guru juga tidak dapat lari daripada naluri buruk.

1. Cikgu belasah empat orang pelajar kerana tidak bawa buku

belasah pelajar tak bawa buku latihan

Pada 14 Februari 2014 di Sitiawan, Perak, empat pelajar tingkatan satu termasuk dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dipukul seorang guru lelaki tanpa sebab. Salah seorang pelajar perempuan yang sedang berada di depan makmal komputer tiba-tiba ditumbuk sebanyak 5 kali oleh guru itu di muka. Dua orang pelajar yang tidak membawa buku latihan ditendang sehingga mengakibatkan dagu berdarah teruk. Seorang lagi, seperti dilaporkan oleh polis, dibelasah akibat masalah botol air.

Apa yang mengejutkan, itu bukanlah kali pertama kejadian sama berlaku. Guru yang sama pernah melakukan tindakan serupa pada Januari 2014, namun kes itu dapat diselesaikan secara dalaman. (rujukan)

2. Rogol pelajar yang sakit dan tidak bermaya

cikgu rogol pelajar sakit

Seorang guru di Sabak Bernam melampaui batas apabila mengambil kesempatan ke atas keperluan tugasan menghantar pelajar perempuan ke klinik akibat kurang sihat. Selepas selesai urusan di klinik, guru tersebut terus membawa mangsa ke rumah beliau dan pelajar tersebut dipaksa untuk menonton video lucah, mungkin bagi menaikkan nafsu pelajar tersebut.

Cubaannya gagal lalu guru tersebut yang sudah dikawal nafsu akhirnya merogol pelajarnya itu yang pada ketika itu berada dalam keadaan kurang sihat, kerana dipercayai mengidap penyakit tibi. Tidak beraya melawan, pelajar itu hanya mampu berdiam diri sebelum mengadu perbuatan itu pada guru kaunseling sekolah, keesokannya. (rujukan)

3. Guru sekolah rendah gemar sentuh alat sulit pelajar lelaki

cikgu pegang alat sulit

Seorang guru lelaki bernama Lee Chee Hiang yang bertugas di sebuahb sekolah rendah di Serian, Sarawak mempunyai satu tabiat pelik. Dia gemar memegang alat sulit pelajar lelaki. Dengan menggunakan kedudukannya sebagai seorang guru, Lee gemar menjadikan waktu mengajar sebagai waktu untuk memancing pelajar lelaki bawah umur untuk hubungan seksual, dengan menyentuh dan membelai alat sulit mangsa.

Bagi mana-mana pelajar yang tidak bernasib baik, mereka telah dijadikan mangsa liwat oleh Lee di dalam bilik stor sekolah atau di dalam bilik darjah. Hakim perbicaraan, berdasarkan kes, tidak membenarkan petuduh diikat jamin. Apa yang menakutkan, kes ini baharu saja berlaku pada 9 Oktober 2017. (rujukan)

4. Belasah guru besar depan kelas penuh murid

gaduh dengan guru besar

Seorang guru sekolah rendah di Sibu, bertindak membelasah guru besar sekolahnya yang sedang melakukan rondaan. Rimas dengan tindakan guru besar yang masuk ke dalam kelasnya, seolah-olah kurang mempercayai kemahirannya, berlaku pertengkaran di antara guru besar lelaki berusia 40 tahun dengan guru wanita berusia 49 tahun itu.

Dengan air minuman yang agak panas ditangannya. guru wanita itu mencampakkan air panas tersebut pada wajah guru besar beliau lalu menendang guru besarnya. Guru besar itu mengalami kesan lecuran pada bahagian belakang badan dan juga lengan. Masalahnya, itu bukan kali pertama suspek menyerang bekas guru besar sekolah berkenaan. Dapat guru besar baru pun, dia serang juga. (rujukan)

5. Guru veteran cabul pelajar OKU

guru cabul pelajar

Pada bulan Julai 2013, seorang guru bernama Sha'ari A.Samat yang telah berkhidmat di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi lebih 35 tahun, didapati telah mencabul salah seorang pelajar tingkatan tiga beliau yang mempunyai masalah kecelaruan hiperaktif daya tumpuan (ADHD). Sha'ari telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang guru untuk meminta pelajarnya melakukan seks oral bagi memuaskan nafsu beliau.

Semuanya terdedah selepas bapa mangsa menemui mesej-mesej lucah yang telah dihantar oleh CIkgu Sha'ari kepada anaknya melalui telefon bimbit, lalu ayahnya ke sekolah untuk menyiasat. Cikgu Sha'ari menafikan tuduhan namun pihak mahkamah berpuas hati dengan bukti lalu menjatuhkan hukuman 10 tahun keseluruhannya ke atas Cikgu Sha'ari. (rujukan)


Walaupun ini adalah 5 contoh kes buruk melibatkan pihak guru, janganlah pula hanya kerana 5 kes ini, masyarakat mempunyai persepsi buruk terhadap profesion perguruan. Seperti kata pepatah, hanya kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga. Kami kongsikan kes-kes ini hanyalah sebagai peringatan kepada anda semua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)