Setiap negara membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar dalam memperkuatkan jentera pertahanan bagi melindungi diri daripada serangan oleh negara musuh atau pengganas. Dan dalam situasi ini, kereta kebal memainkan peranan yang sangat penting dalam pasukan tentera.

Mana-mana negara yang mempunyai lebih banyak kereta kebal mempunyai kelebihan di medan perang dan mencetuskan rasa gerun terhadap negara lawan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Biasanya dalam sebarang peperangan, kereta kebal akan diletakkan di barisan hadapan bagi menunjukkan kuasa terhadap musuh, dan juga disebabkan ia mempunyai tembakan yang paling kuat untuk memusnahkan lebih banyak tentera lawan.

Dari tahun ke tahun, teknologi kereta kebal semakin canggih dan negara-negara maju telah mengeluarkan unit kereta kebal yang sangat dahsyat, dan iluminasi.com ingin kongsikan 5 unit kereta kebal yang dibina dengan kos paling tinggi di dunia.

5. Challenger 2 - United Kingdom

challenger 2 5 kereta kebal paling mahal di dunia 11

Dimiliki dan digunakan oleh United Kingdom, kereta kebal Challenger 2 telah berkhidmat sejak tahun 1998 dalam banyak peperangan, yang paling utama adalah dalam perang Iraq.

Challenger 2 mempunyai berat 65 tan dan berkapasiti 4 krew. Meriam utama jentera ini adalah 120mm dengan 48 pusingan bagi setiap muatan, dan senapang rantaian 7.62 mm serta mesingan 7.62mm.

Ia digunakan oleh kedua-dua tentera United Kingdom dan Oman yang direka pada tahun 1986 oleh Vickers, sebuah syarikat Inggeris. Harganya mencecah RM22.7 juta seunit.

4. K2 Black Panther - Korea Selatan

k2 black panther 5 kereta kebal paling mahal di dunia 462

Walaupun baru sahaja berkhidmat baru-baru ini iaitu pada tahun 2014, K2 Black Panther adalah antara salah satu kereta kebal terbaik milik Korea Selatan. Dengan kos kira-kira RM32.45 juta seunit, kereta kebal ini adalah paling terbaik jika dibandingkan dengan Merkava IV milik Israel dan Leopard 2A6 milik Jerman.

Ia mempunyai berat 55 tan dan dihasilkan sebanyak 100 unit sehingg kini. Kereta kebal ini dilengkapi dengan sistem pertahanan anti-roket di dalamnya dan mempunyai perisai komposit yang memberikan perlindungan berganda.

Meriam utama K2 adalah 120mm 40 pusingan serta mesingan 12.77mm dan 7.62mm, dan dilengkapi dengan sistem pengunci yang mampu mengesan dan mengunci sasaran dari jarah sejauh 10 kilometer.

3. M1A2SEP - Amerika Syarikat

m1a2sep 5 kereta kebal paling mahal di dunia

Di bawah pemilikan Amerika Syarikat, kereta kebal ini telah membantu negara ini mendapatkan nama "Big Brother" dunia dengan membantu pasukan tentera bertempur dengan negara lawan. Ia digunakan dalam pelbagai perang seperti perang Iraq, perang Afghanistan, perang ISIS dan banyak lagi.

M1A2SEP telah memberikan perkhidmatan sejak tahun 1980 dan mempunyai kapasiti 4 krew pada satu-satu masa. Ia diperbuat daripada perisai komposit Burlington dan lebih daripada 10,000 unit telah dihasilkan sehingga kini.

Kereta kebal ini dilengkapi dengan meriam 120m dan juga rifle 105mm, serta dilengkapi dengan 2 bom asap. Mesin dahsyat ini juga mempunyai sistem perlindungan aktif yang mampu mengarahkan peluru berpandu yang datang menghampiri supaya menghala ke tempat lain.

Kos bagi seunit M1A2SEP adalah 33.96 juta.

2. Type 10 - Jepun

type 10 5 kereta kebal paling mahal di dunia

Kereta kebal Type 10 adalah milik Jepun dan merupakan kereta kebal generasi ke-4 yang berharga kira-kira RM37.2 juta. Ia telah berkhidmat untuk Jepun sejak tahun 2012 yang direka serta dihasilkan oleh Mistubishi Company.

Berat Type 10 adalah kira-kira 45 tan dan setakat ini sebanyak 80 unit telah dihasilkan. Kereta kebal ini mempunyai kapasiti penumpang 3 orang dan diperbuat daripada keluli Nano-kristal, perisai komposit seramik modular.

Senjata utamanya mempunyai pemuat meriam 120mm automatik bersama-sama mesingan 12.7mm dan 7.62 mm. Kereta kebal ini menggantikan kereta kebal Type 74 dan Type 90. Pandangan dalam tangki kereta kebal ini jauh lebih luas daripada kereta kebal lain.

1. AMX 56 Leclerc - Perancis

amx 56 leclerc 5 kereta kebal paling mahal di dunia

Mula berkhidmat di Perancis buat pertama kalinya pada tahun 1993, kereta kebal ini telah digunakan dalam beberapa peperangan sehingga kini, yang mana paling utama adalah di Yaman. Ia telah direka oleh GIAT Industries pada asalnya dan kini oleh Nexter, syarikat Perancis.

Sebanyak 860 unit dihasilkan sehingga kini namun ianya dihentikan kerana tiada guna untuk pengeluaran lebih. Dengan berat kira-kira 55 tan, ia mempunyai senjata utama iaitu meriam kereta kebal 120mm sebanyak 40 pusingan. Ia dibina menggunakan perisai komposit modular seperti tungsten, titanium dan lapisan separa reaktif.

Kapasiti AMX 56 Leclerc adalah 3 orang dan harganya mencecah RM44.8 juta seunit.




Hakcipta iluminasi.com (2017)