Oleh pada 23 Jan 2018 kategori

Banyak kes culik yang telah berlaku dan ibu bapa juga telah banyak mengambil langkah berjaga-jaga supaya mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku. Ibu bapa banyak menasihati anak-anak untuk tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali kerana berkemungkinan besar mereka ialah orang jahat.

Bagi kanak-kanak, mereka menganggap yang penculik ini akan datang dalam keadaan yang menakutkan dengan berpakaian mencurigakan seperti kot gelap. Walau bagaimanapun, sebenarnya kebanyakkan penculik merupakan mereka yang berpakaian kemas dan sangat peramah dan ini membuatkan kanak-kanak mudah mempercayai mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Statistik juga menunjukkan bahawa penculik bukanlah datang daripada orang asing kerana hanya 24% penculik tergolong daripada jenis ini sebaliknya penculik sebenarnya datang daripada kenalan atau keluarga kita sendiri.

Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang tipu helah ini dan juga supaya masyarakat dan orang awam lebih peka dengan tanda-tanda sebegini supaya mereka dapat mencegah penculikkan daripada berlaku di depan mata mereka sendiri.

1. Kehilangan Haiwan Peliharaan

Ramai ibu bapa yang mendidik anak-anaknya untuk berbuat baik kepada semua orang dan didikan ini banyak diambil kesempatan oleh penculik untuk mereka menggunakan tipu helah mereka sendiri. Ada di antara penculik yang akan mendekati kanak-kanak dengan memberitahu bahawa mereka telah kehilangan kucing atau anjing mereka semasa berjalan-jalan di taman.

Kanak-kanak yang tidak berdosa pasti akan berasa kasihan dan ingin membantu individu yang telah kehilangan haiwan peliharaan mereka ini tapi tanpa kanak-kanak itu sedari mereka telah terperangkap dalam tipu helah penculik itu. Sebagai warga masyarakat yang prihatin, ibu bapa perlu sentiasa mengawasi kanak-kanak sepanjang masa terutama di tempat awam seperti taman permainan.

Ramai juga ibu bapa yang membiarkan kanak-kanak berusia 7-12 tahun untuk pergi ke taman permainan bersama rakan-rakan mereka tetapi sebaiknya mereka ditemani oleh sekurang-kurangnya satu orang dewasa. Orang awam yang menyaksikan helah ini digunakan perlu peka dan mengambil langkah pantas untuk memastikan kanak-kanak itu tidak dibawa lari.

2. Bertanya Arah Dan Jalan

bertanyakan jalan taktik penculik 495

Ada di antara penculik ini akan bertanyakan jalan kepada kanak-kanak sedangkan mereka mempunyai agenda disebalik soalan tersebut. Kanak-kanak sering diajar untuk membantu mereka yang memerlukan jadi perkara ini juga banyak diambil kesempatan oleh penculik namun ia boleh dielakkan dengan pelbagai langkah.

Dengan teknologi yang sangat berkembang pesat, banyak perkhidmatan penunjuk arah jalan seperti Waze dan Google Maps telah disediakan. Kebarangkalian untuk seseorang bertanyakan jalan adalah sangat rendah dengan teknologi sebegini. Selain itu, orang biasanya akan bertanyakan arah jalan kepada pegawai polis yang ada setidakpun kepada orang dewasa yang lain kerana sudah tentu orang dewasa lebih mengetahui selok belok tentang jalan.

Jika anda lihat kereta berhenti di sebelah kanak-kanak, ia merupakan satu tanda amaran. Jika pemandu tersebut bertanyakan jalan kepada kanak-kanak itu, sudah pasti ia mempunyai niat yang tidak baik kerana dia boleh bertanyakan jalan kepada orang dewasa lain yang ada di kawasan berdekatan.

3. Menyamar Sebagai Kenalan Ibu Bapa

taktik penculik

Taktik sebegini banyak digunakan oleh penculik perempuan kerana kanak-kanak berasa lebih selamat berada berdekatan wanita berbanding lelaki. Selalunya penculik sebegini akan mendekati anak anda dan memberitahu bahawa mereka merupakan "makcik" kepada kanak-kanak tersebut ataupun mengakui bahawa mereka ialah kenalan rapat ibu bapa anda.

Kanak-kanak selalunya tidak akan berfikir dua kali apabila mereka diberi tahu sedemikian terutama apabila yang mendekati merupakan perempuan. Selalunya penculik sebegini akan memerhati sesebuah keluarga melalui media sosial supaya mereka boleh mengenali lebih banyak tentang keluarga tersebut.

Mereka mempunyai sasaran kanak-kanak mereka tersendiri jadi ibu bapa amat disarankan untuk mendedahkan anak-anak dengan perkara-perkara sebegini supaya mereka lebih berhati-hati. Selalunya penculik sebegini akan mengambil kanak-kanak daripada sekolah dengan berkata ibu bapa tidak dapat datang mengambil kanak-kanak itu jadi mereka menyuruh "makcik" ini untuk mengambilnya.

4. Menggunakan Kanak-Kanak Lain Sebagai Umpan

taktik penculik pedofilia

Taktik sebegini banyak digunakan oleh pasangan suami isteri untuk menculik kanak-kanak dan ia banyak diklasikasikan sebagai penculik keluarga. Mereka akan menghantar anak mereka sendiri untuk bermain dengan kanak-kanak sasaran mereka dan kanak-kanak ini akan dipujuk dengan menggunakan tipu helah "terdapat lebih banyak permainan menarik di rumah saya".

Kanak-kanak pasti akan berasa selamat jika kanak-kanak lain yang mendekati mereka tetapi sebenarnya mereka tidak sedar orang yang tidak dikenali itu tidak semestinya bermaksud lelaki asing yang menakutkan. Penculik yang memakai kot hitam dan berkaca mata hitam sangatlah jarang sekali dilihat.

Untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku, ibu bapa perlulah mengenali setiap rakan-rakan anak sendiri supaya mereka tahu ke mana anak mereka pergi. Untuk lebih selamat, ibu bapa juga boleh kenal rapat dengan ibu bapa kepada rakan anak sendiri. Jika rakan-rakan mereka sendiri yang mengajak bermain, sekurang-kurangnya ibu bapa tahu rumah rakan-rakan mereka. 

5. Mangsa "WeChat" dan Media Sosial Lain

wechat taktik penculik berbahaya

Penculik jenis inilah yang paling licik dan ini juga taktik paling popular dalam kalangan penculik kerana mereka dapat menculik kanak-kanak sambil baring di atas katil dalam bilik sendiri. Kanak-kanak zaman sekarang sudah bijak IT dan ramai juga kanak-kanak yang sudah menggunakan telefon pintar walaupun masih belajar di sekolah rendah.

Banyak kes dilaporkan di mana kanak-kanak terutamanya perempuan diajak untuk melakukan hubungan seksual melalui WeChat. Namun, mangsa pedofilia tidak semestinya perempuan kerana penjenayah pedofilia ini kurang mementingkan jantina sebaliknya kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan sangat terdedah kepada jenayah sebegini.

Selepas beberapa ketika kanak-kanak ini ber"chatting" dengan penculik, mereka akan mendapat maklumat peribadi kanak-kanak tersebut seperti sekolah yang dihadiri. Selepas mendapat kepercayaan, mereka akan mengajak kanak-kanak untuk berjumpa dengan mereka dan inilah waktu mereka akan melakukan jenayah penculikkan.

Ibu bapa sangatlah disarankan untuk memantau aktiviti anak-anak terutama yang melibatkan internet dan telefon pintar agar perkara buruk tidak akan berlaku melalui media ini. WeChat bukanlah satu-satunya aplikasi yang digunakan penculik kerana terdapat juga aplikasi seperti Instagram, Whatsapp dan banyak lagi.

sumber: Brightside




Hakcipta iluminasi.com (2017)