item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Jika anda pernah bermain MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) atau permainan video yang serupa, anda tahu bahawa sesetengah orang boleh bertindak secara tidak masuk akal apabila ia melibatkan barangan atau lokasi yang mereka mahukan.

Dan apa yang anda mungkin tak tahu adalah terdapat di antara mereka ini yang sanggup membelanjakan wang dunia sebenar semata-mata untuk membeli item yang tidak wujud, dan jumlahlahnya adalah tersangat besar.

Jika anda beranggapan bahawa anda sudah membelanjakan wang yang banyak dengan membeli permainan video untuk telefon pintar anda yang berharga RM50, belian anda ini sangatlah remeh untuk dibandingkan dengan senarai ini.

iluminasi.com kongsikan 5 item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah.

5. Ethereal Flames Wardog (DOTA 2) - RM158,000

ethereal flames wardog dota 2 item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Kebanyakan orang tidak akan pernah membelanjakan wang sebanyak RM158,000 seumur hidup mereka untuk permainan video, namun bagi individu "gila" ini, dia menghabiskan sebanyak itu untuk membeli satu item sahaja.

Kebanyakan item yang bernilai tinggi dalam permainan video biasanya milik MMORPG, namun terdapat satu item yang jarang ditemui dijual dalam dota, permainan arena pertempuran berbilang pemain dalam talian (MOBA).

Dalam DOTA 2, para pemain boleh menggunakan kurier, yang merupakan item yang boleh mengangkut barang dari pasukan anda ke pangkalan anda dan sebaliknya.

Item-item ini sangat penting, tetapi tidaklah terlalu penting sehinggakan ia bernilai semahal ini. Seorang pemain membelanjakan hampir RM160,000 untuk membeli War Dog yang jarang ditemui, dan ia berwarna merah jambu.

Jika anda tertanya-tanya mengapa seekor anjing merah jambu boleh bernilai setinggi ini, penjual tersebut menjelaskannya dengan mengatakan bahawa ia terdiri daripada kombinasi jenis kurier, warna, dan kesan yang paling dicari-cari dalam Dota 2.

4. Amsterdam (Second Life) - RM208,000

bandar amsterdam second life item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Permainan dalam talian telah berkembang dengan pesat sejak mula diperkenalkan, tetapi salah satu yang paling popular dari awal tahun 2000 adalah Second Life.

Dalam permainan ini, anda mencipta avatar yang tinggal dan dikendalikan dalam dunia maya, yang mana tidak begitu berbeza dari dunia sebenar.

Sebagai contoh, mereka mencipta replika bandar Amsterdam dan kemudian menjualnya di eBay.

Seperti yang anda sudah tahu, Amsterdam mempunyai "Daerah Lampu Merah" di mana orang dewasa melakukan perkara nakal untuk mendapatkan wang.

Apabila permainan ini memperkenalkan satu versi bandar ini, tidak hairanlah jika mereka memberikan perhatian kepada daerah gelap ini, yang merupakan salah satu lokasi paling popular dalam Second Life. 

Apa yang paling mengejutkan tentang penjualan bandar maya ini adalah ia dijual dengan harga tak masuk akal iaitu RM208,000.

Ia dijual kepada pembida bertuah yang dipercayai tinggal di Belanda. Tak banyak yang diketahui tentang pembeli bandar ini, tetapi kita boleh bayangkan betapa minatnya individu itu terhadap bandar ini.

3. Stesen Angkasa Crystal Palace (Entropia) - RM1.37 juta

stesen angkasa crystal palace item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Entropia adalah MMORPG yang menarik di mana ia membenarkan para pemain untuk membayar dan menerima wang dunia sebenar dalam permainan ini.

Ini bermakna bahawa jika seseorang pemain memiliki sesuatu seperti sebuah kelab untuk dikunjungi, mereka boleh mengenakan bayaran masuk. Dan jika seseorang memiliki sebuah pulau di mana orang boleh datang untuk memburu, cukai boleh dikenakan.

Sesetengah pemain menjana wang yang sangat banyak dalam permainan ini, satu sebab mengapa ia mengungguli kedudukan tiga teratas dalam senarai ini.

Untuk entri pertama bagi permainan video Entropia, kita melihat kepada Stesen Angkasa Crystal Palace yang dijual dengan harga RM1.37 juta.

Mungkin ini sesuatu yang tidak masuk akal bagi kebanyakan orang, namun bagi pembelinya, ia merupakan satu pelaburan.

Bagi setiap kedai atau transaksi yang berlaku dalam stesen angkasa maya itu, pemiliknya boleh mengenakan caj atau cukai, yang boleh memberikan pulangan pelaburan.

Walaupun harta ini adalah harta maya, namun ia dibeli dengan cara yang sama seperti mana anda membeli tanah atau rumah dalam dunia nyata.

2. Club Neverdie (Entropia) - RM2.65 juta

club neverdie item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Club Neverdie adalah kelab malam yang sangat popular di Entropia Universe. Ia terletak di sebuah asteroid gergasi yang mengorbit planet Calypso.

Ia merupakan item maya paling mahal pernah dijual apabila ia dibeli oleh John "NeverDie" Jacobs pada tahun 2005 dengan harga RM416,500.

Dan 5 tahun kemudian, pelaburan John ini memperlihatkan pulangan lumayan apabila dia pula menjual lokasi maya itu dengan harga RM2.65 juta.

Lokasi ini dibahagikan kepada dua bahagian, lalu dijual secara berasingan dengan harga RM1.25 juta untuk satu bahagian dan satu lagi dijual kepada seorang gamer lain bernama John Foma Kalun dengan harga RM1.4 juta.

Keuntungan John yang melebihi RM2 juta ini membuktikan bahawa hartana maya juga boleh memberikan pulangan yang lumayan jika ia diuruskan dengan baik.

1. Planet Calypso (Entropia) - RM25 juta

planet calypso item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah

Apabila Entropia dilancarkan, ia bermula dengan sebuah planet tunggal dikenali sebagai Calypso.

Planet ini dijual dalam acara lelong dengan harga RM25 juta kepada SEE Virtual Worlds, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan hiburan bertema dalam talian.

Planet ini diiklankan untuk dijual oleh syarikat perisian Sweden iaitu MindArk pada tahun 2011 dan melalui urusan jual beli ini, SEE Virtual Worlds akan mengambil alih pengurusan Planet Calypso dan memperkenalkan 2 planet baru ke dalam Entropia Universe.

planet calypso item maya paling mahal pernah dijual dalam sejarah 2

Dari situ, kesemua keuntungan yang dijana melalui pelbagai cara di atas planet ini akan dikaut oleh SEE Virtual Worlds. 

RM25 juta ini mungkin kedengaran seperti wang yang tidak masuk akal untuk dibelanjakan ke atas sebuah planet yang tidak wujud, namun menurut MindArk, planet Calypso merupakan lokasi berlakunya transaksi lebih daripada RM1.78 bilion antara para pemain pada tahun 2010, tahun sebelum ia dijual.

Rujukan:

1. Engadget

2. Mashable

3. ZD Net



Hakcipta iluminasi.com (2017)