Sejak Pierre Omidyar mencipta eBay sekitar lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995, telah terlalu banyak barang yang dijual dan dilelong melalui laman itu. Terdapat juga barangan pelik, barangan yang tak masuk akal sehinggalah kepada benda bernyawa, semuanya ada di eBay.

Walaupun pada awal penubuhannya ramai pengguna telah menjadi mangsa penipuan dan scam, tahun demi tahun ia bertukar menjadi satu platform yang dipercayai untuk sesiapa sahaja mendapatkan atau menjual produk sejak peraturan perlindungan pelanggan diperkenalkan.

Sejarah eBay juga telah melakarkan beberapa transaksi jualan paling mahal yang direkodkan. Kami kongsikan 10 item paling mahal yang pernah dijual dan dibeli di eBay seluruh dunia:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kapal layar giga (RM650 juta)

Pada tahun 2006, seorang jutawan dari Rusia iaitu Roman Abramovich telah membeli sebuah kapal layar yang direka oleh arkitek terkenal Frank Mulder. Kapal berukuran hampir 125 meter itu mempunyai 10 tingkat suite VIP, 8 bilik tetamu, teater filem dan juga sebuah helipad. Lelongan itu berakhir pada jumlah RM325 juta namun itu hanyalah bayaran deposit sebanyak 50% yang diperlukan oleh firma pembrokeran 4Yacht dari Fort Lauderdale.

2. Jet Gulfstream II (RM19 juta)

jet paling mahal pernah dijual di ebay

Ketika ramai orang masih ragu-ragu untuk menggunakan eBay, sebuah syarikat sewaan kapal terbang yang berpangkalan di Texas telah melelongkan sebuah jet Gulfstream II pada tahun 2001 kepada sebuah syarikat dari Afrika. Ketika itu, eBay baru saja memperkenalkan kategori penerbangan di laman itu. Jet mewah yang boleh memuatkan 12 penumpang itu telah terjual pada harga RM19 juta.

3. Makan tengah hari bersama Warren Buffett (RM13.3 juta)

makan tengah hari warren buffet paling mahal pernah dijual di ebay

Warren Buffet yang mendapat jolokan "The Wizard of Omaha" ini merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia. Jadi, setiap saat bersama Warren Buffet adalah sangat berharga. Saban tahun, eBay telah melelongkan waktu untuk meluangkan masa makan tengah hari tertutup bersama ikon terkenal ini di restoran Smith & Wollensky di New York. Setiap sen yang diperolehi telah disalurkan kepada Yayasan Glide iaitu sebuah badan kebajikan yang terletak di San Francisco. Pembida yang memenangi lelongan itu dibenarkan membawa bersama 7 orang rakan.

Pada tahun 2010, seorang pembida yang tidak mahu dikenali telah berjaya menang lelongan itu pada harga RM10 juta. Namun, bidaan paling mahal adalah pada tahun 2012 dengan jumlah yang unik iaitu USD3,456,789 (RM13.3 juta).

4. Action Comics #1 (RM12.3 juta)

komik superman paling mahal pernah dijual di ebay

Kemunculan pertama watak Superman dalam komik hanyalah bernilai 10 sen pada tahun 1938. Namun, pada tahun 2014, komik berusia 76 tahun itu telah berjaya dijual kepada Metropolis Comics & Collectibles pada harga USD3.2 juta (RM12.3 juta). Pemilik asalnya, Darren Adams telah menyimpan komik tersebut dalam keadaan yang sangat sempurna dan merupakan satu daripada 50 keluaran asal yang masih belum dipulihkan.

5. Pratariccia, Itali (RM12 juta)

pekan pratariccia itali paling mahal pernah dijual di ebay

Semasa dilelongkan pada tahun 2012, perkampungan Tuscan kecil yang terletak di timur Florence ini telah lama ditinggalkan selama hampir 50 tahun. 25 buah bangunan dan 20 ekar tanah yang berada di situ dibangunkan atas lokasi yang berada pada ketinggian 731 meter. Walaupun Pratariccia bukan satu-satunya pekan atau bandar yang dijual di eBay, ia merupakan yang paling mahal iaitu pada harga USD3.1 juta (RM12 juta)

6. Surat tulisan tangan Albert Einstein (RM11.6 juta)

surat albert einstein paling mahal pernah dijual di ebay

Ketika Albert Einstein mula menghasilkan formula E=MC², Teori Kerelatifannya itu merupakan sesuatu yang tidak diduga dalam bidang sains. Satu surat catatan tangan oleh Einstein yang menulis tentang pandangannya mengenai agama dan konsep ketuhanan telah dilelongkan di eBay dan berjaya mencatat harga bidaan sehingga $3 juta (RM11.6 juta). Surat yang bertarikh 3 Januari 1954 itu didatangkan bersama sampul surat yang asal berserta setem dan cop pengeposan dari rumah Einstein di New Jersey.

7. Rumah pelancaran peluru berpandu (RM8.1 juta)

rumah pelancaran peluru berpandu paling mahal pernah dijual di ebay

Selepas berakhirnya Perang Dingin, Amerika mempunyai lebihan tapak pelancar peluru berpandu jarak jauh Atlas-F yang sudah tidak digunakan lagi. Salah satunya terletak di Gunung Adirondack, New York yang telah ditukarkan menjadi sebuah rumah mewah oleh pemaju Gregory Gibbons dan Bruce Francisco. Mereka telah menjual rumah unik yang mempunyai dua bahagian paras iaitu di permukaan dan juga bawah tanah kepada satu pasangan yang tidak ingin dikenali pada harga 2.1 juta dolar (RM8.1 juta)

8. Kad besbol Honus Wagner T206 (RM4.9 juta)

kad besbol honus wagner paling mahal pernah dijual di ebay

Pada tahun 2000, salah satu kad besbol paling terkenal telah dijual di eBay pada harga USD1.27 juta (RM4.9 juta) termasuk 15% fi penjual. Kad yang dikeluarkan pada tahun 1909 itu mula popular satu dekad sebelum dilelongkan kerana disertakan bersama pek asal rokok American Tobacco Company dan keengganan Honus Wagner menggunakan imejnya untuk mempromosikan tabiat merokok. Selain itu, hanya ada 57 kad Honus Wagner yang wujud dalam dunia.

9. Ferrari Enzo (RM2.2 juta)

ferrari enzo paling mahal pernah dijual di ebay

Hanya ada 399 buah Ferrari Enzo yang dihasilkan dalam dunia. Apabila kereta sport yang mewah dan unik itu dimuat naik untuk lelongan pada tahun 2004, seorang pembida dari Switzerland telah berjaya membelinya pada harga 540,000 Swiss Francs (RM2.2 juta) sehingga memecahkan rekod jualan paling tinggi di laman eBay seluruh Eropah.

10. Kayu besbol Joe Jackson (RM2.2 juta)

kayu besbol paling mahal pernah dijual di ebay

Kerjaya besbol "Shoeless" Joe Jackson selama 13 tahun dibantutkan apabila dia diharamkan menyertai perlawanan Siri Dunia pada tahun 1919. Antara kayu besbol yang pernah digunakannya adalah kayu hickory seberat 1.36kg yang diberi gelaran "Black Betsy". Pada tahun 2001 kayu besbol ini dilelong di eBay dan dijual kepada seorang pengumpul barang sukan berharga iaitu Rob Mitchell dengan harga USD577,000 (RM2.2 juta)

Kalau anda ada barang rare yang nak dijual, tunggu apa lagi?




Hakcipta iluminasi.com (2017)