Gurun adalah kawasan yang menerima jumlah hujan yang tersangat rendah. Ia sama ada gurun panas atau gurun sejuk. Kebanyakan gurun adalah tandus dan tersangat kering untuk didiami oleh mana-mana hidupan.

Satu pertiga daripada permukaan bumi dianggarkan sama ada separuh kering atau kering sepenuhnya. Gurun diklasifikasikan oleh beberapa faktor termasuklah:

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dianggarkan kira-kira satu pertiga permukaan tanah di bumi adalah sama rata atau kering. Gurun diklasifikasikan oleh beberapa faktor termasuk:

  1. Jumlah hujan yang diterima
  2. Faktor menyebabkan berlakunya gurun
  3. Suhu lazim
  4. Lokasi geografi

gurun paling besar di dunia

Malaysia juga mempunyai gurun, tetapi ia hanya merupakan nama tempat iaitu Gurun, yang terletak Kedah dan tidak mempunyai ciri-ciri yang boleh dikategorikan sebagai sebuah gurun. Jadi iluminasi.com ingin kongsikan 5 buah gurun yang paling besar dan luas di dunia.

5. Gurun Gobi

gurun gobi gurun paling besar di dunia

Gurun Gobi yang meliputi bahagian barat laut dan utara China, serta selatan Mongolia adalah gurun yang ke-5 terbesar di dunia dengan jumlah keluasan 1.29 juta kilometer persegi. 

Gurun ini juga dikenali sebagai "gurun bayang-bayang hujan" kerana jarak yang dekat dari Pergunungan Himalaya menghalang hujan dan awan dari Lautan India daripada sampai ke Gurun Gobi.

gurun gobi gurun paling besar di dunia 2

Sebahagian besar daripada permukaan Gurun Gobi tidak berpasir dan agak terdedah dengan batu-batu. Ia merupakan sebuah gurun sejuk dan kadang-kadang salji terkumpul di bukit pasirnya.

4. Gurun Arab

gurun arab gurun paling besar di dunia 2

Gurun Arab terletak di Asia Barat di mana ia meliputi sebahagian besar Semenanjung Arab. Ia melintasi di beberapa buah negara termasuklah Yaman, Teluk Parsi, Oman, Jordan dan Iraq, dengan jumlah keluasan 2.33 juta kilometer persegi, gurun ke-4 terbesar di dunia.

Pusat Gurun Arab, Rub al-Khali atau "Empty Quarter" membentuk gurun pasir terbesar di dunia. Iklim di kawasan ini adalah sangat kering sementara suhu berubah-ubah di antara suhu biasa. 

gurun arab gurun paling besar di dunia

Hujan tahunan adalah sekitar 100mm secara purata, tetapi kawasan paling kering menerima hujan antara 30 hingga 40mm setahun. Gurun ini tidak memiliki sumber mata air seperti danau atau sungai.

Habitat yang mampu hidup gurun panas ini adalah unta kerana ia mampu menahan haus dan memiliki sumber air yang disimpan sendiri.

3. Gurun Sahara

gurun sahara gurun paling besar di dunia

Dengan keluasan 9.2 juta kilometer persegi, Gurun Sahara adalah gurun ketiga terbesar di dunia dan gurun panas terbesar di dunia. Nama "Sahara" berasal dari dialek bahasa Arab bermaksud gurun atau padang pasir.

Ia menyumbang kepada sebahagian besar tanah di Afrika, yang mana meliputi beberapa negera termasuklah Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Morocco, Niger, Sudan dan Tunisia. Kebanyakan daripada gurun ini terdiri daripada landskap berbatu yang tandus.

gurun sahara gurun paling besar di dunia 2

Landskap Gurun Sahara sentiasa dirombak oleh angin dan jumlah hujan yang sangat rendah di kawasan ini. bahagian tengah gurun ini adalah tersangat gersang bermakna giada tumbuhan langsung di kawasan ini. 

Kebanyakan sungai di Gurun Sahara adalah bermusim, namun terdapat pengecualian iaitu Sungai Nil yang merupakan sungai utama yang melintasi padang pasir.

2. Artik

artik gurun paling besar di dunia

Gurun Artik adalah gurun yang kedua paling besar di dunia, meliputi permukaan tanah kira-kira 14 juta kilometer persegi. Gurun ini terletak di sebahagian daripada wilayah yang dituntut atau dikuasai oleh Kanada, Denmark, Norway, Rusia, Sweden dan juga Amerika Syarikat.

Sebagai sebuah gurun yang sejuk, suhu musim sejuk di Gurun Arktik boleh mencecah -40 darjah Celsius, atau lebih rendah. Ia dicirikan oleh angin kencang yang meniup salji, menghasilkan ilusi salji turun setiap masa.

Arktik sangat terdedah kepada perubahan iklim. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pengurangan ais di gurun ini sangat membimbangkan. Pengurangan ini amat penting kerana ia dapat memberi kesan yang serius kepada paras air global.

1. Antartika

antartika gurun paling besar di dunia 2

Dengan kawasan seluas 14.24 juta kilometer persegi, iaitu 43 kali ganda keluasan Malaysia, Antartik adalah gurung paling besar dan luas di dunia. Terletak di Kutub Selatan, ia merupakan benua yang paling kering, berangin dan tersejuk di dunia.

Antartik juga mempunyai purata ketinggian yang paling tinggi di bumi berbanding benua-benua yang lain. Seluruh Antartika adalah gurun yang mana benua ini menerima kurang daripada 200mm hujan setiap tahun.

Suhu di Antartika biasanya sangat sejuk dan mampu turun serendah -89 darjah Celsium pada musim sejuk. Disebabkan oleh suhu yang melampau dan kekurangan bekalan air, Antartika tidak mempunyai penduduk tetap.

antartika gurun paling besar di dunia

Kira-kira 1,000 hingga 5,000 penduduk sementara tinggal di sini bergantung kepada masa. Kumpulan penduduk sementara ini terdiri daripada penyelidik saintifik dan kakitangan sokongan. 

Oleh kerana silau cahaya matahari, masalah sinaran matahari dan masalah penglihatan menjadi kebimbangan kepada orang-orang di Antartika.

Rujukan:

1. Geology

2. Atlas

3. Universe Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)