kuza

kredit gambar : Malay Mail Online

Negara Jepun sememangnya terkenal dengan penguasaan kumpulan samseng yang digelar Yakuza. Mereka bukanlah kumpulan amatur sebaliknya sebuah organisasi profesional yang mempunyai kira-kira berpuluh ribu orang ahli di seluruh Jepun. Ketika zaman kegemilangannya, keanggotaanya dianggarkan seramai 100,000 ahli.

Di Jepun, kumpulan ini terlibat dengan pelbagai jenis keganasan seperti serangan bersenjata, pengeboman, perjudian, penculikan dan sebagainya. Tidak dapat dipastikan bila kumpulan ini ditubuhkan tapi mengikut beberapa sumber, ianya dipercayai bermula sekitar 1870-an. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak iluminasi.com ini berkongsi beberapa fakta menarik mengenai kumpulan ini. Untuk pengetahuan semua, pihak kami sama sekali tidak menyokong kegiatan kumpulan Yakuza ini sebaliknya info yang ditulis ini hanyalah untuk perkongsian ilmu semata-mata.

1. Irezumi (Tatu)

irezumi yakuza

Ahli kumpulan Yakuza ini sangat mudah dikenal pasti melalui tatu pada mereka. Kebiasaannya, setiap orang ahli akan mentatu sebahagian besar badan mereka menggunakan teknik tradisional yang menyakitkan. Ianya juga mengambil masa yang lama berbanding teknik moden yang menggunakan laser.

Walau bagaimanapun, bagi mengelakan mereka mudah dikesan di kawasan awam, tatu ini kebiasaannya tersembunyi apabila seseorang ahli itu memakai baju. Proses mentatu badan yang menyakitkan ini membuktikan bahawa seseorang ahli itu kuat dan mampu menahan kesakitan.

2. Yubitsume

yubitsume amalan potong jari

Yubitsume adalah sejenis amalan ritual ahli Yakuza iaitu dengan memotong jari kelingking mereka. Ianya adalah sejenis denda atau cara untuk memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Bahagian jari yang dipotong tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada ketua mereka.

Walau bagaimanapun, amalan ini sudah kurang diamalkan memandangkan ianya memudahkan pihak polis mengesan pembabitan seseorang itu dengan kumpulan Yakuza berdasarkan jari yang sudah dipotong. Bagi ahli yang jarinya sudah dipotong, mereka juga biasanya akan memakai jari kelingking palsu bagi mengelakkan identiti mereka sebagai ahli Yakuza terbongkar.

3. Pecahan Kumpulan

kumpulan yakuza

Yakuza bukanlah sebuah kumpulan besar, sebaliknya pecahan beberapa buah kumpulan. Dianggarkan terdapat 22 buah kumpulan Yakuza dimana Yamaguchi-gumi, Sumiyoshi-kai, Inagawa-kai dan Aizukotetsu-kai adalah 4 kumpulan terbesar. Ahli anggota kumpulan Yamaguchi-gumi sahaja meliputi satu suku daripada keseluruhan jumlah Yakuza di Jepun.

Perpecahan kumpulan ini sememangnya memberikan banyak masalah. Selama bertahun-tahun lamanya, kumpulan-kumpulan ini terlibat dengan perang saudara yang melibatkan banyak kes pengeboman dan pembunuhan.

4. Penglibatan Dalam Politik

pembabitan yakuza dalam politik jepun

Selain terlibat dalam kegiatan jenayah, Yakuza juga terlibat dalam hal politik di Jepun. Mereka merupakan penyokong kuat parti berhaluan kanan di Jepun iaitu Liberal Democratic Party (LDP) sejak 1955.

Banyak pendedahan yang telah dibuat membabitkan ahli politik dan Yakuza dimana kumpulan Yakuza ini dipercayai telah merasuah ahli-ahli politik untuk tujuan-tujuan tertentu. Selain itu, Yakuza juga berperanan membantu ahli LDP mendapatkan sokongan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar dengan memberikan mereka sokongan terutamanya dari segi pekerjaan dan kewangan.

5. Kegiatan Penyeludupan Manusia

human trafficking

Yakuza terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah di Jepun di mana aktiviti penyeludupan manusia dan perjudian merupakan yang utamyang utama bagi setiap kumpulan Yakuza. Walaupun Jepun disenaraikan sebagai negara dengan kadar jenayah paling rendah di dunia dengan hanya 0.3 kematian bagi setiap 100,000, aktiviti penyeludupan manusia di Jepun sangat membimbangkan.

Pembabitan Yakuza ini bermula sejak dari Perang Dunia ke 2 lagi. Pada ketika itu, mereka terlibat dalam menyediakan wanita pemuas nafsu bagi tentera Jepun. Wanita-wanita ini biasanya diseludup daripada Korea dan beberapa buah negara yang diserang Jepun.

Kredit:

  1. CNN
  2. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)