Pastinya ramai yang menyetujui bahawa individu yang mempunyai lekukan pada pipi atau dikenali sebagai lesung pipit adalah sangat menawan, sekurang-kurangnya senyuman mereka sangat menarik.

Lesung pipit atau nama rasminya, gelasin, adalah lekukan yang boleh dilihat di mana-mana sahaja di kulit. Walaupun ianya paling jelas dan disukai adalah terletak di pipi, ia boleh berlaku hampir di mana-mana sahaja di badan, seperti di bahu dan di belakang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

preity zinta 5 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit

Namun, tak kira di mana terletaknya lekukan ini, ia merupakan hasil daripada variasi pada struktur tisu badan, otot-otot atau tisu penghubung.

Lesung pipit secara teknikalnya dikenali sebagai Fovea buccalis, dan berlaku kepada kedua-dua jantina. Ia merupakan satu kecacatan jenetik yang menyebabkan pertumbuhan otot muka yang tidak teratur semasa perkembangan embrio.

Otot yang dipendekkan bertanggungjawab untuk meregangkan atau menarik bibir ke bahagian belakang ke penjuru apabila seseorang itu senyum. Ia diselaraskan secara menyerong di bawah pipi dan dikenali sebagai zygomaticus major.

shah rukh khan 5 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit

Disebabkan kecacatan pada tisu penghubung wajah, zygomaticus major terbahagi kepada dua bahagian. Satu ikatan otot ini terletak di sudut atas, sementara yang lain terletak di bawah.

Kedua-dua kumpulan otot ini dipisahkan oleh ruang kosong kecil yang ditutup oleh kulit pipi. Apabila seseorang yang mengalami kecacatan ini mengembangkan otot-otot ketika senyum, kulit muka akan mengikut bentuk tersebut dan menghasilkan lesung pipit.

chaeyoung lesung pipit

Selain daripada di pipi, gelasin yang popular juga berlaku di bahagian dagu, yang membuatkan dagu seseorang itu terbelah. Dagu belah atau Fovea mentails langsung tak ada kaitan dengan otot-otot.

Dilaporkan bahawa lesung pipit dagu adalah hasil daripada penyatuan tak lengkap oleh dua bahagian tulang rahang. Kecacatan ini juga berlaku semasa perkembangan embrio dan sama seperti pembentukan lesung pipit pipi, kulit akan mengambil bentuk struktur kecacatan ini.

Antara fakta-fakta menarik mengenai individu berlesung pipit:

adiela ridzuan 5 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit

1. Golongan yang mempunyai lesung pipit agak rare, di mana hanya 20% daripada populasi dunia memilikinya, dan lagi 80% hanya mampu menginginkannyaa

2. Individu yang dilahirkan tanpa kecacatan ini juga masih boleh "memiliki" lesung pipit. Disebabkan lesung pipit menjadi kegilaan dan mendapat sambutan, seorang wanita dari New York, Isabella Gilbert telah mencipta mesin lesung pipit pertama pada tahun 1936.

mesin lesung pipit 5 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit

3. Walaupun ia merupakan satu kecacatan pertumbuhan, lesung pipit dikaitkan dengan usia muda yang kekal dan antara salah satu kelebihan lesung pipit adalah ia mampu membuatkan anda kelihatan muda daripada usia sebenar.

4. Lesung pipit dipercayai diwarisi oleh satu genetik, jadi kebarangkalian mewarisi kecacatan ini adalah di antara 25 hingga 50%, jika salah seorang daripada ibu bapa anda memilikinya. Jika kedua-dua ibu bapa memilikinya, peluang ini meningkat kepada antara 50 hingga 100%.

afghan 5 fakta menarik mengenai individu berlesung pipit

5. Memang benar lesung pipit terbentuk sejak dari dalam rahim, namun ia tidak semestinya bertahan selama-lamannya. Walaupun majoriti daripadanya akan kekal, sebahagian daripada lesung pipit hanyalah sementara.

Rujukan:

1. Life in Saudi Arabia

2. Bustle

3. Dimples




Hakcipta iluminasi.com (2017)