Oleh pada 21 Sep 2017 kategori

trimble ux5

Drone pada mulanya dicipta untuk digunakan oleh pihak tentera bagi melakukan risikan. Namun penggunaan gajet drone pada zaman ini semakin meluas dengan pelbagai tujuan lain. Antaranya termasuklah pemetaan, perfileman, penggambaran malah digunakan untuk pengawasan bagi menjaga keselamatan awam.

Ketika mula-mula diperkenalkan di pasaran komersial, harga drone boleh dikatakan agak mahal. Namun selepas ia mula menjadi tarikan, semakin banyak drone mampu milik dihasilkan.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 drone paling mahal di dunia setakat ini.

5. AEE F50

aee f50

AEE F50 adalah drone keluaran AEE Technology Co., Ltd dari China. Drone seberat 2 kilogram (termasuk bateri) ini mampu bergerak dengan kelajuan 80 km sejam, dan bertahan selama 40 minit. Harga agak mahal namun ia dikatakan berbaloi kerana mampu beroperasi sejauh 19.8 kilometer, dan kamera binaan (1080P HD) di antara yang terbaik dalam pasaran ketika ini.

Keseluruhan badan drone ini mengambil daripada binaan badan pesawat menggunakan bahan komposit serat karbon sepenuhnya. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri anti-kecurian. 

aee f50 2 155

Ia mampu beroperasi dengan skala angin maksimum di tahap 6 (40-50 km/j), ketika hujan sederhana, kalis air tahap IPX4 dan berkemampuan untuk terbang setinggi 900 meter. Ia mampu digunakan dengan tujuan pengawasan atau kecemasan, oleh pihak berkuasa seperti polis dan bomba.

Setiap unit AEE F50 berharga RM155,400.

4. Sci.Aero cyberQuad

sci aero cyberquad

cyberQuad berkongsi kedudukan dengan AEE F50 dengan dengan harga RM155,400 seunit. Ia merupakan keluaran syarikat Scientific Aerospace yang terletak di Western Australia, Australia. Ia mempunyai berat 1.68 kilogram dan mampu membawa muatan seberat 800g. 

Dengan kelajuan maksimum 60km/j, ia mampu terbang pada altitud 1,640 kaki (500 meter) selama 25 minit. Drone ini mampu beroperasi ketika angin bertiup dengan kelajuan 37 km/j.

sci aero cyberquad 2 736

Ia biasa digunakan bagi tujuan pertanian, perfileman dan penggambaran, pemetaan serta keselamatan awam.

3. AEE F100

aee f100 2

AEE F100 merupakan adik kepada AEE F50, keluaran syarikat AEE Technology Co., Ltd. Beratnya boleh dikatakan agak tinggi iaitu 7.6 kilogram termasuk bateri, namun mampu terbang di ketinggian 7,000 meter.

Merupakan penaiktarafan daripada AEE F50, drone ini mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 100 km sejam sejauh 10 kilometer daripada pengendali, sehingga 60 minit (bergantung kepada persekitaran).

aee f100 830

Ia juga mempunyai kemampuan mengesan pelbagai sasaran termasuklah bangunan, kereta dan manusia dengan pengenalan visual serta pengesanan. AEE F100 boleh dinaiktaraf dengan penambahan kamera 3Dimensi, kamera 20X zoom dan kamera HD.

Dengan harga mencecah RM243,600, AEE F100 biasanya digunakan untuk tujuan sinematografi dari udara dan fotografi.

2. XactSense Titan

xactsense titan

Tak semua mampu untuk memilik drone keluaran XactSense ini berharga mencecah RM504,000. Titan merupakan drone ke-2 termahal di dunia. Titan dikategorikan sebagai oktokopter, yang mampu beroperasi dengan jarak sejauh 15.8 kilometer setinggi 54 meter selamat 30 minit.

Dengan muatan maksimum seberat 22.7 kilogram, ia mampu membawa kamera DSLR yang paling berat, kerana ia tidak mempunyai kamera. Ia dikendalikan oleh alat kawalan jauh berasingan dan aplikasi telefon pintar. 

1. EHang 184

ehang 184 drone

Dengan binaan yang tersangat unik dan agak besar, EHang 184 keluaran Beijing Yi-Hang Creation Science & Technology Co., Ltd adalah drone yang termahal di dunia dan di antara yang terhebat setakat ini. Ia mempunyai berat yang agak keterlaluan bagi sebuah drone iaitu 240 kilogram, namun mampu membawa muatan tambahan seberat 100 kilogram.

Pasti anda pelik mengapa beratnya terlalu berbeza dengan drone yang lain yang rata-rata di bawah 10 kilogram kan? Ini adalah kerana ia sebuah drone yang dikawal secara manual, dan mempunyai kokpit yang boleh memuatkan manusia.

ehang 184

ehang 184 4

ehang 184 3

Pasti ada yang bimbang untuk menaiki drone yang dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar, namun menurut pengeluarnya, ia mempunyai binaan tambahan yang membuatkan ianya selamat untuk dinaiki.

ehang 184 5

EHang 184 mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 100 km sejam selama 23 minit, setinggi 3,500 dari aras laut. Namun sebelum anda menaiki drone paling canggih ini, anda harus mempunyai wang sebanyak RM1.26 juta untuk memiliki EHang 184.

Rujukan :

1. EHang

2. Dronethusiast

3. XactSense

4. Luxatic

5. Sci.Aero


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)