Melania Trump selalu menjadi tajuk utama di dada akhbar namun bukanlah kerana dia seorang Wanita Pertama yang biasa. Isteri Presiden Trump ini sebenarnya banyak memecah tradisi dan melanggar peraturan Wanita Pertama sejak suaminya mengangkat sumpah menjadi orang nombor satu Amerika Syarikat.
Melania tidak dilahirkan di Amerika Syarikat
BESARKAN TEKS A- A+
Wanita Pertama yang terakhir dilahirkan di luar Amerika Syarikat ialah Louisa Adams (Isteri Presiden John Quincy Adams), yang lahir pada 1748. Melania dilahirkan sebagai Melanija Knavs dan membesar di Sevnica, Slovenia.
Dia tinggal di Amerika Syarikat pada 2001 dan diberikan kerakyatan penuh pada 2006, setelah setahun setengah berkahwin dengan Donald Trump.
Satu-satunya "1st Lady" yang lahir di negara Komunis
Apabila Melania Trump dilahirkan, Slovenia merupakan kawasan utara kepada Yugoslavia, sebuah negara komunis. Negara itu diperintah oleh diktator komunis iaitu Josip Broz Tito.Hanya sebahagian kecil sahaja warga Slovenia yang menyertai persatuan komunis dan bapa Melania adalah salah seorang daripadanya.
Melania pernah beraksi panas untuk majalah dewasa GQ
Pada tahun 2000, Melania Trump telah beraksi panas untuk kulit hadapan sebuah majalah British iaitu GQ. Pada masa itu dia sedang bercinta dengan Donald Trump.
Trump kemudian meminta agar gambar Melania dibingkaikan dan dihantar ke pejabatnya dan dituruti oleh majalah itu. Melania menganggap itu kejayaan terbesarnya dan ia ditulis di dalam laman web Rumah Putih.
Berkongsi hubungan intim bersama suaminya dengan umum
Semasa ditemuramah Howard Stern sebelum dia berkahwin, dia mengakui bahawa dia telah berhubungan intim dengan bakal suaminya Donald Trump. Perbualan temuramah itu diadakan melalui panggilan telefon di dalam rancangan televisyen.
Membesarkan anak sendiri tanpa bantuan pengasuh
Kebanyakan Wanita Pertama mendapat bantuan dalam membesarkan anak-anak mereka, akan tetapi Melania Trump menolaknya. Dia lebih rela menjaga anaknya, Barron Trump sendiri. Donald Trump juga bersetuju dengan keputusan isterinya itu.
Melania tidak mahu tinggal di Rumah Putih
Apabila Donald Trump berpindah ke Rumah Putih pada Januari 2017, Melania Trump tinggal di New York. Dia memberikan alasan untuk tinggal dan menunggu anaknya agar habis belajar di sekolah Upper West Side di New York.
Hadir ke Perbincangan Negara berasingan dengan suaminya
Antara perlanggaran peraturan paling besar Melania ialah apabila dia menghadiri Perbincangan Negara berasingan dengan suaminya Donald Trump. Ini menunjukkan dia adalah seorang yang boleh berdikari sendiri.
Tidur di bilik berasingan dengan Donald Trump
Tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, Melania dan Donald Trump tidur di bilik berasingan seperti yang dilaporkan The Guardian. Kali terakhir pasangan presiden yang berbuat demikian adalah semasa pemerintahan presiden Kennedy.
Melania mengelak untuk memegang tangan Donald Trump
Pada May 2017, dunia menyaksikan satu lagi kejadian pelik pasangan Trump ini. Ketika setibanya di Israel, Donald ingin memegang tangan isterinya namun Melania mengelak dan melambai ke arah orang ramai.
Ramai berpendapat pasangan ini sedang dalam pergaduhan. Kebanyakan pasangan orang ternama akan berpegangan tangan walaupun bergaduh bagi kelihatan baik namun bukan Melania. Pada keesokan harinya mereka berkunjung pula ke Rome, di sini juga Melania enggan memegang tangan suaminya.
Melania tidak menemani isteri Perdana Menteri Jepun
Pada Febuari 2017, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan isterinya, Akie Abe telah melawat Rumah Putih. Kebiasaannya Wanita Pertama akan menemani pasangan pemimpin luar yang berkunjung ke Rumah Putih.
Melania Trump telah memecahkan tradisi ini. Pada mulanya dia berjumpa dengan Akie Abe ketika baru tiba di Amerika Syarikat. Namun, setelah itu dia tidak lagi menemani Akie Abe dalam jadual kunjungannya.