Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

Sambungan daripada : 4 Minggu Hidup Di Kem Pelarian Perancis, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Yang Mengajarnya Erti Sebenar Kehidupan - Bahagian 2

90% pelarian Islam, 95% sukarelawan bukan Islam bukti kemanusiaan masih ada 

sol 1641 684Lawatan dari rakyat Malaysia dari Qatar ke Kitchen in Calais

Entah bagaimana aku pelik dari mana datangnya rasa untuk membantu dalam diri mereka. 90% daripada pelarian di kem ini adalah beragama Islam, dan menurut Jamalulail lagi, 90% daripada sukarelawan yang datang membantu di kem adalah bukan Islam. Yang hanya boleh menjelaskan situasi ini adalah sesungguhnya sifat kemanusiaan itu masih wujud di dunia ini.

Pelarian tak punya apa, hanya semangat untuk hidup

Ramai di antara mereka yang datang sehelai sepinggang. Tidak mempunyai apa-apa. Menurut Sofinee, pernah sekali datang seorang kanak-kanak perempuan yang hanya berusia 12 tahun, baru tiba di kem, dan bertanya kepadanya ke mana dia hendak pergi dan di mana dia boleh tidur. Bagaimana seorang kanak-kanak perempuan sekecil itu hendak hidup di tempat yang bagi orang dewasa pun sudah sukar untuk survive.

kanak kanak 2 796Pelarian kanak-kanak sedang bermain

Bagaimana dengan makanan, pergi ke tandas seorang diri dan sebagainya? Pernahkah anda merungut dengan tempat tidur atau tempat tinggal anda? Jika ya, maka anda perlu muhasabah diri.

Semalam jutawan, hari ini pelarian

Aku mengetahui bahawa di kalangan pelarian itu terdapat orang-orang hebat yang berpangkat dan berharta. Ada di antara mereka adalah jurutera, jutawan dan juga mempunyai PhD. Yang mana kita boleh katakan telah berjaya dalam hidup, dan masa depan sudah terjamin. Namun, siapalah kita untuk menentukan. Apabila negara mereka bergolak, dan terpaksa melarikan diri dan tinggalkan apa yang mereka punyai, apa yang tinggal hanyalah diri mereka dan sepasang pakaian. Tidak lebih dari itu.

img 20161005 194316 105Kedai pakaian di depan Kitchen in Calais. Gambar di ambil selepas selesai solat berjemaah di Masjid Umar

Menyedarkan aku bahawa segala nikmat dan harta benda yang kita ada sekarang hanyalah pinjaman daripada Allah semata-mata. Hari ini kita jutawan atau doktor, tetapi dalam sekelip mata sahaja kita boleh kehilangan segala-galanya dan jadi gelandangan atau pelarian yang tak punya apa-apa. Dan hidup kita pula hanya bergantung kepada belas kasihan orang lain.

Ya, kita tak akan pernah sangka itu akan terjadi kepada kita, sama seperti mereka. Tetapi kalau terjadi, apakah yang akan kita rasa? Ia mengajar aku untuk sentiasa memberi apa sahaja yang termampu kepada mereka yang memerlukan, kerana mungkin satu hari aku pula yang memerlukan, pastinya aku mahukan orang lain membantu aku.

Harapan mereka adalah untuk ke England

pelarian 855Seorang ayah bersama anaknya melintasi kedai runcit

Pelbagai cerita yang berlaku di kem pelarian ini. Ayah kehilangan anak, suami kehilangan isteri, ada pelarian yang memeluk Islam, ada ibu yang melahirkan anak di dalam tempat serba kekurangan ini.

Kecekalan mereka memang sangat tinggi. Mereka yang tinggal di kem ini kebanyakannya mahu ke negara seberang, iaitu England. Bagi mereka England adalah negara yang lebih baik untuk hidup, dan ada juga yang ada saudara mara di sana. Jadi mereka akan cuba menyelinap masuk ke sana. Tapi disebabkan kawalan sempadan yang sangat ketat, hanya yang bernasib baik sahaja terlepas.

Berjalan 4 kilometer setiap hari cubaan ke England

article 2594640 1c92ff4e00000578 566 634x421 222Cubaan masuk ke dalam lori untuk ke England

Cara paling biasa adalah memanjat dan masuk secara senyap ke dalam lori yang ingin ke England dari Perancis. Mereka perlu berjalan kaki sejauh 2 kilometer untuk ke tempat yang biasa mereka cuba masuk ke dalam lori. Jika tak berjaya, pulang pula berjalan kaki lagi 2 kilometer. Dan ulang setiap hari sehingga berjaya.

Pelbagai kisah aku dengar. Ada yang jatuh dari lori dan dilanggar sehingga mati. Ada yang mengikat badan pada bawah lori sehingga badan dah tak rasa apa, namun berjaya masuk ke England. Ada yang menyelinap masuk ke dalam lori ais, dan berjaya sampai ke England, namun mati kesejukan kerana terlalu lama berada dalam lori bersuhu -25 darjah selsius. Ada yang menggunakan kayak sejauh 33.3 kilometer menyeberangi selat Inggeris.

pelarian mati 373

Cuba mencari kehidupan yang diinginkan sehingga meragut nyawa, bagaimana dengan kita?

Kisah suami dan isteri sarat hamil terpisah ketika cuba masuk dalam lori

cub

Tetapi kisah yang paling menyedihkan adalah sepasang suami isteri yang terpisah ketika usaha untuk masuk ke England.

Si suami berjaya masuk ke dalam lori tetapi disebabkan si isteri yang sarat mengandung, beliau tak berjaya memanjat. Dan si suami berjaya masuk ke England. Pulanglah si isteri berjalan kaki balik ke kem pelarian. Keesokan harinya pula si isteri mencuba lagi, tapi kini berseorangan tanpa suaminya. Namun masih tak berjaya, tetapi masih mencuba, dan mencuba.

cuba

Mengharapkan nasib menyebelahinya untuk bersama-sama suami di England. Dengan perut yang sarat mengandung, berjalan kaki pergi dan balik tanpa kenal erti penat lelah.

Tetapi semakin hari, kandungan semakin sarat. Ramai yang menasihati agar beliau berhenti mencuba kerana fikirkan keselamatan dan kesihatan kandungan, namun beliau masih mencuba. Akhirnya sampai masa beliau melahirkan anak di dalam kem serba daif ini, dengan bayinya yang sangat kurus kerana tidak cukup zat.

calais

Masih tak berputus asa, beliau masih mencuba, tetapi selepas dinasihati orang ramai, beliau berhenti mencuba. Maka terpisahlah sepasang suami isteri, dan anak dengan bapanya, hanya kerana kesusahan dan nasib hidup yang tak menyebelahi mereka. Sehingga sebegitu dugaan yang mereka lalui.

Hargailah orang tersayang yang ada di hadapan kita

pelarian calais

Adakah kita pernah diuji dan diduga sebegitu hebat? Jika tidak, betapa bersyukurnya kita dengan hidup kita, atau kita masih merungut itu ini? Aku dengar cerita ini, di dalam hati menangis. Bagaimana agaknya perasaan si isteri ketika berjalan kaki dan mencuba dengan perut yang membesar, hanya untuk meneruskan hidup bersama suami tercinta.

Entah bagaimana mereka boleh sekuat ini. Mungkin kerana keperitan dan kesusahan hidup yang ditempuhi setiap minit, membuatkan hati mereka cekal. Aku rasa, bagi sesetengah orang kita, termasuklah aku, untuk hidup seperti mereka disini, satu hari pun sudah cukup untuk mengajar erti kesusahan hidup sebenar. Apatah lagi satu tahun.

Hargailah orang yang tersayang jika mereka masih ada di depan mata anda.

Kemahiran digunakan sepenuhnya

img20160929135506 805Kedai gunting rambut "Hamam"

Namun, walaupun mereka diuji begitu hebat, tak semudah itu untuk mereka berputus asa. Ramai di antara mereka yang mempunyai kemahiran dan ia digunakan sebaiknya ketika berkampung di sini. Mereka yang pandai menggunting rambut, membuka kedai gunting rambut, "Hamam". 

img 20170716 025941 960Seorang pelarian sedang menyiapkan naan yang kami pesan

Bagi mereka yang pandai membuat roti nan, berniaga roti. Bagi yang boleh membaiki basikal, memberikan servis tersebut. Juga terdapat kedai runcit dan restoran. Seperti sebuah perkampungan kecil.

kedai kedai 981Kawasan lorong di sekitar kem pelarian

Jadi, aku melihat situasi ini sebagai suatu yang perlu diambil contoh, di mana jika anda mempunyai kemahiran, ke mana saja anda pergi, walau sesukar mana sekalipun, anda boleh survive. Kerana itu pentingnya mempelajari kemahiran, tak kisahlah apa kemahiran sekalipun. Tak rugi belajar, kerana insyaAllah akan berguna di masa hadapan.

Penutupan kem pelarian The Jungle, Calais

img 20161006 082906 570Pemandangan kem dari bumbung Kitchen in Calais

Di penghujung hayat kem pelarian ini, di mana penutupannya di lakukan oleh kerajaan Perancis, berlaku satu insiden di mana terdapat pihak yang membakar rumah-rumah pelarian ini. Banyak spekulasi yang timbul siapa dan mengapa mereka membakarnya. Namun itu tak penting, apa yang penting adalah rumah-rumah dan bumbung berteduh bagi pelarian-pelarian selama berbulan malah ada yang bertahun ini telah hangus begitu sahaja.

dsc 0689 630 865Kebakaran dicetuskan oleh pihak tak bertanggungjawab
img20161026122802 614Kebakaran semakin banyak dan api semakin marak

Yang ada hanyalah teratak buruk, tapi itu pun telah di ambil. Entah apa rasanya apabila satu-satunya benda yang kita ada, hilang dalam sekelip mata. Mahu tak mahu, mereka terpaksa beredar dari kawasan itu.

img20161026123209 358 931Seorang sukarelawan cuba memadam api yang sedang marak
kebakaran teruk 884Aku di luar sedikit daripada kawasan kem yang telah terbakar
pelarian melihat kebakaran 6022 wanita dan seorang kanak-kanak sedang melihat kebakaran dari jauh

Jika hendak diceritakan kesemuanya, pastilah tak akan habis. Apa yang aku tahu dan lalui sepanjang 4 minggu hanyalah sedikit berbanding mereka yang lain. Bagi aku, perasaan melihat mereka menderita dan terseksa mungkin tidak berpanjangan, kerana selepas tutupnya kem ini, aku akan pulang ke tanah air yang masih aman dan cukup segalanya. Tapi bagi mereka? Wallahualam.

Anak muda Malaysia perlu ada kesedaran terhasap situasi ini

pelarian syria 193

Harapan aku adalah agar kita rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam dapat menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan ketika kita mampu, kerana tiada siapa yang mahukan kehidupan seperti itu. Jika setiap orang daripada kita melakukan tanggungjawab masing-masing, pastinya semua nasib semua saudara-saudara seagama dengan kita akan terbela. Jika anda boleh melihatkan sendiri bagaimana kehidupan mereka di sana, pastinya anda akan sedikit sebanyak akan berubah.

It's no longer charity, it's our responsibility

pelarian kecil 906

Ia bukanlah lagi dikira sebagai kerja amal, ini adalah satu tanggungjawab kita terhadap saudara-saudara kita. Jika kita tidak mengendahkan mereka, kita akan dipertanggungjawabkan satu hari nanti.

Sangat lah aku berharap lebih ramai anak Malaysia, terutamanya golongan belia yang bakal meneraju negara suatu hari nanti, untuk mengambil bahagian dalam kerja-kerja seperti ini. Percayalah, ia akan memberikan kesan yang sangat besar kepada mereka, dan juga kepada diri anda sendiri. Tak rugi, penat badan boleh rehat.

Bersyukurlah kita dengan apa yang ada

jungle terbakar 293

Dan tanamkan rasa bersyukur di dalam hati dengan apa yang kita ada. Sesusah mana kita di Malaysia, tak dapat nak dibandingkan dengan kesusahan mereka. Ingatlah, jika anda dilanda kesusahan, ada lagi yang lebih susah.

img 0521 822Amir, Soleh, aku, Waheed, Seif dan Asyraf

Dan pengalaman indah sekali seumur hidup ini tak akan pernah aku lupakan.

dsc 0799 441Kelihatan grafiti Steve Job yang dilukis oleh pelukis terkenal, Banksy, dan tulisan "London Calling"

Ketika ini, Puan Sofinee dan Tuan Jamalulail sedang merancang projek kemanusiaan di Greece pula dan mereka sedang mencari 6 sukarelawan. Jika anda berminat untuk menyumbangkan tenaga anda, boleh hubungi mereka.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan anda sesuatu yang bermanfaat.

-TAMMAT-


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)