Dalam dunia perfileman, prop digunakan sebagai ganti bahan sebenar yang jauh lebih bernilai dan mahal. Dengan kemajuan teknologi juga, pelbagai kesen khas juga dapat dihasilkan tanpa perlu menggunakan barangan atau latarbelakang sebenar.

Namun, sudah banyak terjadi beberapa kes dimana pelakon filem telah bertindak menghancurkan barangan sebenar yang bernilai tinggi sama ada secara tidak sengaja atau akibat kecuaian diri mereka. Ada juga yang dihancurkan secara sengaja demi kepuasan yang lebih "real".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari lihat beberapa barangan sebenar yang telah dimusnahkan ketika penggambaran sesuatu filem. Jangan terkejut, ada di antaranya yang bernilai jutaan ringgit!

5. Kamera bernilai $300,000

Filem Blade: Trinity sering dikaitkan dengan kemahiran memanah Jessica Biel. Beliau terpaksa belajar menembak busur untuk filem itu dan beliau berjaya menguasainya dengan sangat baik. Jadi, sebenarnya, penerbit membuat kesilapan dengan meminta dia memanah terus busur ke arah kamera untuk satu adegan.

Walaupun seorang pemanah yang menembak tepat pada kamera menghasilkan visual yang hebat, namun tiada siapa yang menyangka beliau mampu memanah dengan begitu tepat ke arah kamera. Oleh itu, sebuah kamera yang terletak empat puluh kaki jauhnya dan lima puluh kaki ke bawah dari tempat Biel diletakkan, dilindungi oleh kaca plexiglass supaya tiada sesiapa akan cedera.

Tetapi untuk mendapatkan rakaman tersebut, mereka terpaksa membuka lubang dua inci kali dua inci untuk lensa kamera dan di situlah anak panah Biel tepat pergi, memusnahkan kamera $300,000 dalam kejadian itu.

4. Kemusnahan kereta api lokomotif

Kebanyakan penonton filem di zaman moden tidak menganggap era filem senyap sebagai penuh dengan aksi bajet yang besar, tetapi itu tidak benar. Buster Keaton adalah seorang lelaki yang ingin membuat sesuatu yang luar biasa pada filem dan dia melakukannya dalam filem The General pada tahun 1926.

Dalam filem itu, pengarah dan pelakon Keaton berjaya memukau penonton dengan aksi yang paling mahal dalam sejarah filem senyap. Sebuah lokomotif akan melanggar jambatan yang terbakar dan merempuh sungai di bawahnya. Hari ini kita boleh melihat kemalangan kereta api dalam semua jenis filem daripada Wanted to The Fugitive dan banyak lagi.

Pada tahun 1926, Keaton tidak mendapat manfaat daripada teknologi kesan khas yang digunakan dalam filem era moden masa kini, jadi beliau terpaksan melakukannya dengan lokomotif sebenar. Pada masa itu, kereta api itu berharga $42,000 dan jika diambil kira inflasi, nilainya kini adalah sekitar $682,000.

3. Kemusnahan 9 kereta Lykan Hypersport (kereta stunt)

lykan hypersport 73

Dalam siri filem Fast Furious, begitu banyak kereta yang telah dimusnahkah sepanjang lebih 20 tahun penerbitan fiem ini. Namun, jumlah nilai kereta yang dimusnahkan sukar ditentukan kerana kesemua adalah kereta stunt, iaitu kereta khas yang dihasilkan seperti kereta sebenar. Namun, reka bentuknya mirip dengan kereta sebenar

Menjelang tahun 2017, jumlah nilai kereta yang dimusnahkan dalam filem ini adalah $500 juta sekiranya kita mengambil kira harga kereta sebenar yang dijual. Menjelang tayangan Furious 7 mereka telah memusnahkan hampir 1,500 kereta. Dalam filem itu, mereka memusnahkan Lykan Hypersport yang sangat jarang ditemui.

Syarikat itu membuat sepuluh kereta aksi untuk filem itu dan 9 telah dimusnahkan. Yang ke 10 telah dijual dalam acara lelongan dengan bidaan bermula pada $100,000. Ia mendapat sehingga lebih $500,000 dan dijangka memperoleh lebih daripada $2 juta. Jadi ini bermakna, sekurang-kurangnya $1 juta nilai kereta stunt telah dimusnahkan untuk filem ini.

2. Letupan sebuah rumah agam

Terdapat beberapa pengarah filem seperti Michael Bay amat menggemari babak letupan. Dalam filem Bad Boys II, beliau menggunakan kepakarannya ini untuk menghasilkan sebuah babak letupan yang mengakibatkan kemusnahan sebuah rumah agam.

Adegan itu sangat menonjol kerana itu adalah rumah agam sebenar bernilai $16.5 juta. Pemilik harta itu membayar $16.5 juta dengan niat untuk memusnahkan bangunan itu dan kemudian membahagikan lot itu kepada tiga hartanah baharu.

Tetapi, daripada memusnahkannya sendiri, dia fikir ia mungkin menyeronokkan untuk melihat jika sesiapa yang membuat filem mahu memusnahkannya, dan Michael Bay benar-benar melakukannya. Untuk menghasilkan adegan ini, rumah tersebut telah diubahsuai sedikit untuk menghasilkan warna dinding yang lebih cerah dan beberapa bahagian lain yang mudah meletup.

1. Kasino di Las Vegas

Berada di tempat pertama dalam senarai ini adalah sebuah kasino, Sands Casino yang terletak di Las Vegas. Pada penghujung filem Con Air, terdapat sebuah babak yang memaparkan sebuah kapal terbang mendarat di lapangan terbang dan menghentam kasino ini.

Walaupun kasino bertukar tangan beberapa kali selama bertahun-tahun, ia dijual pada tahun 1988 dengan harga $110 juta. Menjelang 1996, keputusan telah dibuat untuk memusnahkannya bagi memberi laluan kepada pembinaan kasino dan resort baru. Rancangan asalnya adalah memusnahkan bangunanan ini dengan letupan.

Namun pihak produser filem Con Air berjaya memujuk pemilik kasino tersebut menangguhkan proses merobohkan tersebut selama beberapa minggu agar ia boleh digunakan untuk prop filem. 14 buah filem digunakan untuk merakamkan babak kemusnahan kasino ini.

Kredit:

  1. Looper
  2. CNBC
  3. The Vegas Tourist
  4. Lethbridge News



Hakcipta iluminasi.com (2017)