Apabila sesebuah negara perlu menjalankan ujian rahsia atau memastikan mereka mempunyai pangkalan yang selamat untuk melaksanakan sesebuah misi, mereka lebih daripada mampu untuk membina apa yang diperlukan tanpa pengetahuan orang awam.
Kebanyakan bandar-bandar rahsia dibina di kawasan yang terpencil atau di bawah tanah, bagi memudahkan projek dilakukan dan terhindar daripada segala bahaya.
BESARKAN TEKS A- A+
Konsep bandar ini sangat popular satu ketika dahulu dan kini dilihatkan sebagai tidak relevan memandangkan teknologi yang canggih serta kehebatan Internet pasti akan menggagalkan tujuan bandar rahsia ini.
iluminasi.com kongsikan 5 bandar rahsia yang disembunyikan daripada orang awam.
5. Oak Ridge - Amerika Syarikat
Pada tahun 1943, Perang Dunia II berada di kemuncak dan tentera Sekutu berusaha untuk menghasilkan satu benda yang mereka tahu dapat mengakhiri perang selama-lamanya, iaitu bom atom.
Terletak di barat Knoxville, Tennessee, bandar rahsia Oak Ridge dipenuhi dengan ribuan pekerja, tentera, dan saintis.
Namun, anda tidak akan dapat mencari bandar ini dalam mana-mana peta kerana orang-orang ini sangat bekerja keras untuk Projek Manhattan, salah satu rahsia yang disimpan dengan baik ketika Perang Dunia II.
Para pekerja tidak diberitahu perkara sebenar tentang projek yang sedang dijalankan dan mereka terpaksa menjalani ujian pengesahan pembohongan.
Lebih 60,000 ekar tanah di sekitar Oak Ridge telah dibeli oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan bahawa mereka mempunyai ruang yang diperlukan untuk mencapai matlamat projek tanpa diketahui oleh pengintip.
Oak Ridge dibina untuk menapis bijih uranium untuk menghasilkan senjata nuklear yang akan menguasai abad ke-20.
4. 404 - China
Bandar rahsia besar ini juga dikeluarkan dari peta, disimpan rahsia dari dunia luar dan digunakan untuk membuat senjata nuklear.
Tetapi kali ini, ia adalah untuk orang Cina. Beberapa laporan mengatakan bahawa bandar itu mempunyai hampir sejuta orang dan yang lain mengatakan ia hampir 100,000 orang.
Walau bagaimanapun, memandangkan penduduk China pada masa itu melebihi 600 juta, anggaran sejuta orang mungkin adalah benar.
Tetapi tidak mungkin China akan mendedahkan jumlah sebenar penduduk yang tinggal di bandar rahsia yang mula dibina pada thaun 1954.
Bandar ini terdiri daripada seluruh pelusuk masyarakat yang mana semuanya dipilih oleh kerajaan China untuk membolehkan negara itu bersaing dengan negara kuat seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet untuk dominasi global.
Terletak di wilayah Gansu di pinggir Gurun Gobi, bandar itu hanya mengambil masa 4 tahun untuk siap dibina dan 6 tahun lagi untuk mencapai matlamat menjadikan China sebagai kuasa nuklear.
Pada tahun 1964, China berjaya melakukan ujian senjata pertama di padang pasir sekitar bandar itu, yang telah mengubah wajah politik global selama-lamanya.
3. Wunsdorf - Jerman Timur
Dengan nama samaran seperti "Little Moscow" dan "Kota Terlarang," Wunsdorf menjadi ibu pejabat Tentera Merah di Jerman Timur selepas perang tamat.
Pada asalnya, digunakan sebagai pangkalan Nazi.
Ia menjadi tempat tinggal kepada kira-kira 60,000 hingga 75,000 orang, yang mana kebanyakan daripada mereka adalah adalah askar.
Wunsdorf membolehkan mereka untuk mempertahankan kuasa di Jerman Timur selama beberapa dekad.
Bandar rahsia ini menyediakan keretapi ke Moscow dan membantu dalam pembentukan kuasa ketenteraan besar-besaran sekiranya Perang Dingin menjadi semakin panas.
Diasaskan oleh Empayar Jerman pada tahun 1871, tapak ini adalah lokasi kepada masjid pertama Jerman yang digunakan untuk tahanan Muslim.
Ia kemudiannya menjadi ibu pejabat Angkatan Bersenjata Jerman pada tahun 1935.
Pada hari ini, bandar ini semakin hancur dan rosak.
2. Burlington Bunker - England
Di bawah bandar Corsham, England yang sepi, terdapat sebuah satu lagi bandar rahsia.
Namun, ia bukan bertujuan untuk menghasilkan nukleae, tetapi untuk bertahan dari serangan nuklear.
Ketika perang nuklear sedang berlangsung, 4,000 anggota kerajaan berpangkat tinggi menyembunyikan diri dalam kompleks berkeluasan 35 hektar yang dikenali sebagai Burlington Bunker ini.
Ia mempunyai kelengkapan penuh dari stesen penyiaran radio ke hospital hinggalah ke tasik bawah tanah yang menyediakan bekalan air yang mencukupi.
Malah, kemudahan itu juga mempunyai laluan kereta api sendiri untuk membenarkan akses yang cepat dan mudah sekiranya berlaku "amaran empat minit", yang merupakan tempoh masa yang diperlukan oleh peluru berpandu balistik antara benua Rusia untuk sampai ke United Kingdom.
Dihentikan pada tahun 2004, tapak ini telah dibuka kepada orang ramai beberapa kali dan bahkan dijual pada harga yang agak rendah iaitu RM8 juta pada tahun 2016.
1. Sarov - Rusia
Sarov adalah satu lagi "kota rahsia" Rusia yang terkenal sebagai salah satu pengeluar utama bagi senjata nuklear negara itu sehingga ke hari ini.
Apa yang menjadikan kota ini lebih unik bukanlah kerana hakikat bahawa ia terputus berita dari orang awam selama beberapa dekad atau ia telah dikeluarkan dari peta pada tahun 1947.
Sarov yang sebelum ini dikenali sebagai Arzamas-16 sangat unik kerana ia terletak bersebelahan dengan satu tapak keagamaan yang paling terkenal di negara ini iaitu gereja abad ke-18.
Disebabkan ini, ia telah menarik perhatian dari Gereja Ortodoks Rusia pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Mereka berusaha untuk membina semula gereja itu walaupun terdapat sekatan-sekatan yang menghalang jemaah dari melawat tapak ini.
Ironinya, gereja ini adalah rumah kepada salah seorang paderi Rusia yang paling terkenal, St. Seraphim, yang terkenal dengan ajarannya berdasarkan kasih sayang dan kebaikan.
Hal ini sangat berbeza dengan tujuan moden kota Sarov sebagai pangkalan nuklear.
Rujukan:
1. Atlantic