Kebanyakan ahli politik meningkat naik dalam parti mereka kerana mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan sokongan kewangan yang kukuh. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya akan kekayaan pemimpin-pemimpin politik dunia?

Walaupun pada umumnya gaji pemimpin adalah sangat besar dengan elaun-elaun yang tinggi, namun majoriti daripada mereka mewarisi kekayaan keluarga dan juga melakukan pelbagai jenis pelaburan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dengan ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 5 ahli politik dan pemimpin yang paling kaya di dunia ketika ini.

5. Hassanal Bolkiah - Brunei

hassanal bolkiah ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia 2 686

Pasti ramai yang dapat mengganggarkan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah akan berada dalam senarai ini. Tekaan anda tepat, kerana beliau merupakan pemimpin ke-5 terkaya di dunia dengan kekayaan sekitar RM79 bilion.

Beliau merupakan Perdana Menteri Brunei yang pertama dan masih memegang jawatan itu sehingga kini. Sultan Hassanal adalah pemerintah yang memulakan penguatkuasaan undang-undang jenayah Shariah pada tahun 2014.

Beliau ditabalkan sebagai Sultan Brunei pada October 1967 dan Perdana Menteri pada tahun 1984. Selepas Ratu Elizabeth II, Sultan Hassanal adalah raja kedua paling lama  memerintah di dunia, yang masih memerintah sehingga kini.

4. Khalifa Bin Zayed Al Nahyan - Emiriah Arab Bersatu

khalifa bin zayed al nahyan ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia 2

Khalifa bin zayed Al Nahyan memegang banyak jawatan politik termasuklah Emir Abu Dhabi, Presiden Emiriah Arab Bersatu dan Sheikh Khalifa. Beliau sangat terkenal di seluruh dunia sebagai seorang yang sangat dermawan.

Khalifa mengambil alih takhta sebagai Emir Abu Dhabi selepas kematian bapanya pada tahun 2004 ketika berusia 56 tahun. Dengan mendapat jawatan ini bermakna beliau menjadi presiden secara automatik. 

Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mendengalikan dana kekayaan yang ke-2 paling banyak di dunia, aset yang dilaporkan bernilai RM3.058 trilion. Dengan kekayaan sekitar RM91 bilion, Khalifa adalah pemimpin ke-4 terkaya di dunia.

3. Bhumibol Adulyadej - Thailand

bhumibol adulyadej ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia 2

Bhumibol Adulyadej bukan sahaja merupakan antara ketua negara yang paling lama berkhidmat di dunia tetap juga yang ke-3 terkaya dengan kekayaan mencecah RM119 bilion. 

Bhumibol terkenal dengan beberapa gelaran termasuklah Raja Thailand, Rama IX dan juga raja ke-9 Dinasti Chakry yang memerintah dengan cara monarki. Lahir pada tahun 1927, Bhumibol memerintah Thailand ketika berusia 19 tahun sehingga meninggal dunia pada usia 88 tahun, pada tahun 2016.

2. Michael Bloomberg - Amerika Syarikat

michael bloomberg ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia 2

Michael Bloomberg terkenal dengan kerja-kerjanya mengenai isu kesaksamaan hak, dan merupakan Datuk Bandar New York City yang kontroversi. Michael memulakan kerjayanya dengan Salomon Brothers, syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1081.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas syarikat perisian kewangan, data, dan media iaitu Bloomberg L.P., yang banyak menyumbang kepada kekayaannya menjadikannya sebagai ahli politik ke-2 terkaya di dunia dengan kekayaan RM211 bilion.

1. Vladimir Putin - Rusia

vladimir putin ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia

Vladimir adalah Presiden Rusia dan juga mempunyai kedudukan cemerland sebagai ahli politik paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan RM790 bilion. Putin menjadi Presiden Rusia bermula tahun 2012 sehingga kini dan merupakan pemimpin paling berjaya di negara ini.

Apa yang menarik adalah beliau memegang kedua-dua jawatan Presiden dan Perdana Menteri Rusia sebanyak dua kali.

Sebelum memenangi pemilihan presiden, Putin merupakan Perdana Menteri Rusia dari tahun 1999 sehingga 2000.

vladimir putin ahli politik dan pemimpin paling kaya di dunia 2

Beliau memegang jawatan Presiden Rusia buat kali pertama pada tahun 2000 selama 8 tahun sehingga tahun 2008, kemudian sebagai Perdana Menteri Rusia sekali lagi bermula tahun 2008 sehingga 2012.

Putin sekali lagi memenangi pemilihan presiden pada tahun 2012 dan kekal sehingga kini. Beliau dianggap sebagai individu paling berkuasa di dunia. Putin mempunyai kekayaan, kebijaksanaan dan sifat yang membuatkan beliau menjadi individu penting dunia.

Rujukan:

1. Money Inc

2. Thrillist

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)